Friday, March 27, 2020

Saya Gadis Banjar : 10 PERKATAAN BERMULA HURUF 'B'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

-------------------------------------------

Baiklah semua, berkesinambungan daripada entry lalu iaitu Saya Gadis Banjar:10 Perkataan Bermula huruf 'A', jadi hari ni Amal nak buat pula perkataan huruf B. Tak tahulah kalau Amal 'rajin' sangat nak buat sampai huruf Z. Memandangkan statistik carian dalam blog ni, inilah rating tertinggi setakat hari ni.

Okay semua!. Jom mulakan pembelajaran kita hari ni.

1. Badadas

Perkataan badadas ni maksudnya adalah tergesa-gesa ataupun nak cepat. Arwah nenek Amal selalu guna perkataan ni bila nak marahkan cucu dia suruh cepat sikit pergi bendang. Biasalah kami adik beradik, bila nak buat kerja di bendang ada sahaja alasan nak lambat-lambat turun...tu yang kena marah suruh badadas sikit turun ke bendang. Dapat dah maksud badadas?. Boleh lah guna perkataan ni kalau nak suruh sesiapa cepat-cepat.

2. Bagaya

Bila nak sebut perkataan bagaya ni, Amal sarankan korang kena tekan sikit dekat perkataan hujung sekali. Jangan sebut ya tu macam jawi ي (ya) tapi tambah 'k' di belakang. Bunyi dia akan jadi bagayak. Apa maksud perkataan ni? maksud perkataan bagaya adalah bergurau. Adik Amal memang suka bagaya dengan gaya badan sekali. "macam ni ke?...macam ni ke?...jari diletik-lentikkan. Kanak-kanak riang betul...padahal dah tingkatan 5 adik Amal ni.

3. Bagana

Haa, yang ni macam perkataan bagaya kat atas tu kan. Bezanya cuma pada perkataan na. Bagana ni maksudnya tinggal. Selalunya orang banjar kalau jumpa kulaan iya...mesti akan tanya macam ni.

"dimana ikam bagana wayahinik?"

maksudnya

"dimana awak tinggal sekarang?"

4. Bahaul

Nak sebut perkataan ni ba.ha.wul. baru jadi. perktaan ni lebih kurang macam aruh juga. Tapi aruh lebih besar dan umum. Aruh maksudnya kenduri, boleh jadi kenduri kawin. Tapi untuk bahaul ni orang banjar tahu ianya memang khas untuk kenduri arwah. Jadi, bahaul maksudnya kenduri arwah. Yup!...betul tu. Cuba sebut ba.ha.wul.

5. Bahari

Amal suka perkataan ni. Tahu tak maksudnya apa?. Maksudnya adalah dulu-dulu ataupun waktu lama. Orang tua suka guna perkataan ni bila mereka nak bercerita kan. Tahulah kita, zaman waktu kecil-kecil atuk dan nenek.

"amun bahari ni hiih, kakanakan...."

6. Bahimat

Bahimat ni maksudnya bersungguh-sungguh ataupun buat betul-betul. Tak boleh buat main-main. Tapi kan, masa arwah nenek Amal ada dulu, pernah nenek marah Abang Bain sebab buat kerja tak berehat. Arwah nenek kata jangan bahimat sangat nanti semput. Abang Amal tu ada lelah pasal tu nenek tak bagi buat kerja straight tak berhenti. Nak buat boleh...tapi berhenti sekejaplah...then sambung balik.

7. Bahambur

Bersepah, berterabur tak bersusun. Inilah maksudnya bahambur. Kalau nak cakap sangat-sangat bersepah, tak kemas dan macam tongkang pecah boleh lah tambah 'an' di belakang perkataang ini untuk menunjukkan betapa teruknya keadaan ketidak kemasan itu. Bahamburan!. Ha! dapat perkataan ni dengar kat telinga memang sakit...tapi lembut lagi. Orang banjar memang lembut (rolling eyes guys....)

8. Bagamat

Hmm...perkataan ni macam sama dengan gayur. Tapi bagamat ni lagi bagus kot kalau nak cakap orang tu buat kerja slow. Bukan maksudnya lembap bila buat kerja...tapi maksudnya orang ni buat kerja teliti. Dia perhatikan satu-satu dan tidak cincai bila buat kerja. Haa!...lebih kurang macam apik, Amal ada sebut perkataan ni dalam entry lalu. Apik ni cermat. Bagamat pula teliti. Gayur pula lambat.

9. Bagirap

Maksud perkaataan ni adalah bercahaya, bersinar-sinar. Boleh lah kalau nak kata tudung yang dia pakai tu bagirap. Biasalah tudung yang banyak manik-manik tu. (Amal sakit bahu lah nak taip...tapi Amal tak nak stop lagi, jap sikit lagi)

10. Bahinak

Amal ringkaskan maksudnya adalah bernafas. Tapi bernafas laju atau kuat. sebab tu orang cakap bahinak. Ini apa yang Amal pernah dengar masa arwah nenek Amal cakap dulu. Pernah dulu, masa Amal sekolah rendah mak Amal jatuh sakit yang tenat sampai ayah Amal waktu tu menangis dekat sebelah mak Amal. Sampai sekarang Amal ingat moment itu.

okaylah...

Amal tak larat dah nak tulis. Amal sakit bahu. Tak tahulah kenapa tulang bahu Amal ni sakit sangat. Makin hari makin sakit. Makin mencucuk-cucuk. Tapi...Amal sangat suka menulis.

Bye. Terima kasih semua.







Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...