Saturday, March 28, 2020

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal Masa tingkatan 3 dalam pertandingan Tafsir (jumpa tengah kemas bilik) boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan.


BERBAKTI KEPADA IBU BAPA


Prolog
Yang dimuliakan saudari pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, tidak ketinggalan rakan seperjuangan dan para hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti jejak baginda sehingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah, beradanya saya disini pada hari ini adalah untuk mentafsirkan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Israk ayat 23 sehingga ayat 25 yang membawa kepada tajuk BERBAKTI KEPADA IBUBAPA.

 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُ وَبِٱلۡوَ ٰ⁠لِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا یَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَاۤ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَاۤ أُفࣲّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلࣰا كَرِیمࣰا)

[Surat Al-Isra' 23]

Bermaksud: Dan tuhanmu telah perintahkan sampai engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaanmu dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun 'ah'. Dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia iaitu (sopan santun). -ayat 23

(وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّیَانِی صَغِیرࣰا)
[Surat Al-Isra' 24]

Bermaksud: Dan hendaklah engkau merendahkan menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) "wahai tuhanmu! Cucurkanlah kami rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" -ayat 24


(رَّبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا فِی نُفُوسِكُمۡۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِینَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلۡأَوَّ ٰ⁠بِینَ غَفُورࣰا)
[Surat Al-Isra' 25]

Bermaksud: Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu, kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahnya, maka sesungguhnya (Allah) adalah amat pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. -ayat 25

Hadirin hadirat sekalian,

Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kepada umat Islam seluruh dunia untuk diamalkan apa yang terkandung di dalam ayat Al-Quran tersebut. Daripada diatas jelas menunjukkan bahawa kita perlu BERBAKTI KEPADA IBUBAPA.

Ada tiga cara menghormati kedua ibu bapa.
1. Bersopan santun semasa bertutur dengan mereka dan sentiasa menjaga perasaan mereka supaya tidak tersinggung.
2. Mendoakan mereka agar diampunkan Allah didunia dan diakhirat.
3. Menziarahi mereka, menghormati dan memuliakan sahabat-sahabat mereka.

Kenyataan ini dapat disokong dengan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW.

Bermaksud:
Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah menunaikan solat pada waktunya kemudian berbuat baik kepada ibu bapa seterusnya berjihad pada jalan Allah.

Didalam surah Luqman ayat ke 14 Allah SWT berfirman 

(وَوَصَّیۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَ ٰ⁠لِدَیۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنࣲ وَفِصَـٰلُهُۥ فِی عَامَیۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِی وَلِوَ ٰ⁠لِدَیۡكَ إِلَیَّ ٱلۡمَصِیرُ)

[Surat Luqman 14]

Bermaksud: Dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang bertambah lemah Dan menyusukannya selama dua tahun bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua-duanya hanya kepada ku kamu akan kembali.

Cara BERBAKTI kepada mereka
1. Melayani mereka dengan lemah lembut agar mereka sentiasa gembira
2. Merawat mereka ketika mereka sakit
3. Memberikan Wang apabila mereka berada dalam kesusahan

Doa kepada ibubapa:

Bermaksud: wahai tuhanku! Ampunilah dosa kedua ibubapa serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.

Balasan kepada anak derhaka:
1. Allah SWT murka
2. Berdosa besar
3. Allah akan menurukan azab dan balasan buruk samada didunia atau diakhirat

Hadirin hadirat sekalian,

Anak yang taat kepada ibubapa akan mewujudkan keluarga yang bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga pula adalah pemangki hin utama kearah mewujudkan masyarakat penyanyang. Seterusnya akan menghasilkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Ketaatan anak kepada ibubapa akan menghasilkan keberkatan hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya atau pengajarannya daripada surah Al-Israk ayat 23 sehingga ayat 25 ini adalah kita perlu patuh dan taat kepada ibu bapa. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan mereka selepas bersolat dan terakhir berbakti kepada kedua ibubapa dengan sebaik-baiknya. 

Sampan molek dari kelapa,
Pagar sopan kolek tidak,
Berbuat baik kepada ibubapa,
Agar amalan ditolak tidak.

Sekian.




Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...