Saturday, May 30, 2020

AKIBAT BURUK DAN BAIK PERBUATAN MANUSIA


Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal yang kedua masa tingkatan 3 dalam pertandingan Tafsir (jumpa tengah kemas bilik) boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan. 





AKIBAT BURUK DAN BAIK PERBUATAN MANUSIA


Yang dimuliakan saudara pengerusi majlis. Para hakim yang menegakkan paksi keadilan, tidak ketinggalan rakan seperjuangan dan para hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Segala puji dan kesyukuran bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang meneruskan perjuangan jejak baginda sehingga kehari kiamat.

Beradanya saya disini pada hari yang berbahagia ini adalah untuk mentafsirkan ayat Al-Quran daripada surah Al-Rom (bangsa Rom) ayat yang ke-41 bertajuk akibat yang buruk dan baik dari perbuatan manusia.


Bermaksud: telah nampak kerosakan di darat  dan dilaut supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar) (Taubat)

Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kepada seluruh umat Islam diatas muka bumi untuk diamalkan apa yang terkandung didalam ayat Al-Quran tersebut. Perkara yang terkandung dalam Al-Quran adalah menyeluruh mengenai kehidupan manusia. kandungan Al-Quran seperti

1. Akidah
2. Ibadah
3. Hukum
4. Akhlak
5. Muamalat
6. Sirah
7. Munakahat

Daripada ayat surah Al-Rom 41:
Bermaksud : Telah nampak kerosakan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia...

Daripada ayat diatas jelas menunjukkan bahawa kerosakan, kemusnahan dan kehancuran yang berlaku diatas muka bumi ini adalah disebabkan dari tangan-tangan manusia.

Akhir-akhir ini kejadian yang merosakkan bumi telah nampak dan jelas serta secara terang-terangan. Kejadian perang seperti Iran Iraq menyebabkan banyak kemusnahan dinegara tersebut berlaku. Penggunaan senjata nuklear, bom, peluru berpandu dan senjata moden yg lain menyebabkan banyak kemusnahan yang membawa kesan buruk kepada rakyatnya. contoh lain, penggunaan senjata seperti ini menyebabkan Hiroshima dan Nagasaki hilang dari peta dunia. Semuanya itu adalah terbit dari tangan manusia itu sendiri.

pendengar budiman,
perkara diatas bersesuaian dengan firman Allah SWT yang melarang melakukan kerosakan di muka bumi ini:

bermaksud : dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah SWT tidak suka akan orang yang berbuat kerosakan.

dalam ayat 41 Surah Al-Rom menerangkan konsep kerosakan darpada tangan manusia sebagai akibat dari perbuatan mereka.

akibat buruk dari tangan manusia seperti berikut

pencemaran di darat:
  • hakisan
  • suhu bumi meningkat
  • kepupusan haiwan dan tumbuhan
pencemaran di laut/sungai:
  • hidupan di dalamnya mati
  • air menjadi kotor
kepada manusia
  • mengancam nyawa
  • membahayakan kesihatan
sesungguhnya setiap perbuatan manusia itu akan disoal di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah yaasin ayat 65

bermaksud: pada hari itu kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada kami tangan yang memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

sebagai seorang muslim, kita mestilah menjauhi daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan bumi. bersesuaiann dengan hadis nabi mengenai muslim yang menjaga tangannya:
sabda rasulullah SAW
bermaksud : seorang muslim itu ialah yang merasa aman sejahtera muslim yang lain dari bencana lidah dan tanggannya.

adapun perbuatan yang baik dari tangan manusia dengan membangunkan bumi ini. manusia sebagai khalifah yang dipilih Allah SWT memikul amanah dengan tugas yang mencabar iaitu menguruskan segala yang ada di bumi ini. 
dunia dan segala isinya adalah milik semua. penghuni dunia merasa generasi sekarang dan akan datang. sebagai khalifah dibumi ini, akan berpegang teguhlah prinsip tiada toleransi dalam penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan sumber alam yang mengakibatkan sumber alam yang membuatkan kerosakan dan kemusnahan.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah bermaksud: dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi

islam menggesa supaya umatnya bersifat lemah lembut kepada semua makhluk lain. menguruskan alam dengan baik dalam menunaikan amanah yang telah dipikulkan.

kesimpulannya,
sesungguhnya bagi orang yang pandai berfikir dan dapat merenung dengan mata hati yang jernih tiada lagi keraguan terhadapnya bahawa keperihatinan kepada penjagaan alam di muka bumi ini adalah manifestasi dari iman yang teguh serta pemahaman mendalam mengenai islam. malah ianya adalah sebahagian dari apa yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai akhlak mulia.

sabda rasulullah SAW
maksudnya : sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.

kelangsungan hidup didunia ini adalah bergantung kepada pengurusan yang bijak keatas bumi Allah dan sumber-sumbernya. kehidupan yang sempurna yang membolehkan manusia beribadah dengan selesa adalah salah satu tujuan agama.
tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk menjaga alam ini tidak terlepas dari tuntutan dan kehendak agama dan tanggungjawab setiap muslim yang memahaminya dan berharap bertemu dengan Allah dalam keadaan sejahtera. 

sebelum saya mengakhiri tafsiran ini saya ingin memberikan satu mutiara kata:
"orang yang berfikirann besar akan memperkatakan tentang ilmu, 
orang yang berfikiran sederhana akan memperkatakan tentang peristiwa,
orang yang berfikiran rendah akan memperkatakan tentang manusia, 
manakala orang berfikiran cetek akan memperkatakan tentang diri sendiri:

akhir kata, saya memohon kemaafan kepada hadirin dan hadirat kerana sudi mendengar. Segala yang baik datang dari Allah..segala kesilapan yang saya lakukan adalah dari kelemahan saya sendiri.  sekian


Wednesday, May 13, 2020

Dari Buku Notaku : Negative Mind Attitude

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal


Perkara yang  buatkita terperangkap dengan diri sendiri.

-sumber catatan amal dari kuliah online Ustaz Amin

Banyak orang tak boleh 'move on' dengan masa lalu. Dia masih dibelenggu dengan benda yg sudah terjadi dan berlaku. Sama lah dengan yg bercakap ni. Jadi, macam mana nak bebaskan diri kita dari terperangkap dalam keadaan macam tu. Paling penting kena ada AWARENESS atau orang panggil kesedaran.

Ingat tak, Rasulullah SAW pernah disihir. Dan Nabi tidak membiarkan diri nabi macam tu je...Nabi tahu ada something yg tak kena pada diri Nabi dan Nabi ubat benda tu.

Ada 3 perkara yg menyebabkan seseorang susah nak 'move on':

1. MENGELUH
Tak salah kalau Kita nak mengeluh, itu fitrah biasa lepas seseorang melalui sesuatu. Penat balik kerja, kesesakan lalu lintas ataupun masak tak jadi. Dengan kadar minimum mengeluh...'penatnya hari ni...' sekadar melepaskan keluhan. Yang jadi salah dan buruknya dalam mengeluh bila dah jadi kebiasaan...tabiat. Sehingga semua perkara dikeluhkan. Semua perkara jadi punca marah2. Kita faham awak penat balik kerja, boleh nak mengeluh...dibenarkan, tapi jangan sampai hari2 mengeluh penatnya balik kerja...sehingga 2 jam kemudian. Sebab dengan mengeluh hari2, dia akan ajar minda supaya fikir negatif. Dan hati-hati...bila kita sudah mula mengeluh ia akan mula membawa kepada point yg kedua...mula menyalahkan...

2. MENYALAHKAN
Kenapa kita menuding jari pada orang lain?...kerana kita perlukan seseorang untuk bertanggungjawab jawab dengan sesuatu peristiwa atau insiden yg berlaku. Bermula daripada mengeluh tadi...akhirnya membawa kepada menyalahkan. 'penatnya hari ni...awaklah ni yg tak reti nak jaga anak elok2...saya penat ni....saya nak rehat...jagalah anak awak ni". Nampak tak? Kita jadi suka meletakkan kesalahan 100% pada orang lain. Kena faham...dalam punca kesalahan seseorang tidak menyumbang 100%. Berapa kadar % kesalahan orang lain pada Kita. Mungkin 20%, salah isteri...30% salah Kita...50 atas faktor2 lain. Hentikan sifat suka menyalahkan orang lain kerana ia takkan bantu diri kita untuk nampak betul dan sedarlah akan diri kita juga ada salah. Akui kesalahan dan baiki diri kita.

3. MENDONGKOL
Menyimpan kenangan2 negatif dalam diri. Manusia memang susah nak melupakan benda buruk yg berlaku dalam hidupnya. Tapi belajarlah...membuang sampah dalam fikiran. Jangan simpan sampah tu...sebab itu Kita jadi sakit...bila teringat...terus sedih...bila sedih... jadi murung. Akhirnya kita akan mulakan semula mengeluh...menyalahkan Dan mendongkol. Kitaran ni takkan berakhir dan kita akan kekal terperangkap dalam kitaran ini.

Bagaimana nak keluar dari perangkap ini dan nak 'move on'?

MAAFKAN

Belajar memaafkan orang lain...dan kalau rasa bersalah dengan diri sendiri...belajar maafkan diri sendiri. Ingat...memafkan bukan melupakan. Itu 2 perkara yg berbeza. Melupakan adalah perkara lain. Kita maafkan bukan sebab Kita bagus...tapi sebab Kita nak lepaskan beban dalam hati. Kita mungkin marah dengan suami, ayah, emak, adik beradik, atau kawan2 Kita... Kerana mereka mungkin telah melakukan sesuatu yg menyakitkan hati. Kita rasa kitalah mangsa...dianiaya, dizalimi dan disakiti. Ataupun kita yg telah berbuat sesuatu benda buruk pada orang lain...lalu Kita rasa bersalah.

Saya nak bawa kembali, orang yg paling banyak dihina, disakiti dan dizalimi adalah Rasulullah SAW. Tapi Nabi tak mengeluh dengan apa yg dilakukan oleh musuh, Nabi tak menyalahkan orang lain dan Nabi tak simpan dendam. Ingat tak siapa Khalid Al-Walid sebelum memeluk Islam. Apa yg dilakukan olehnya...Nabi Maafkan. Dan tengok siapakah Khalid Al-Walid selepas memeluk Islam. Memaafkan ni hebat kan...

1. Salah dengan Allah...Taubat dan minta ampun dengan Allah.
Lambatkan solat, tinggalkan solat...hidayah Allah datang lalu rasa bersalah...

2. Salah dengan manusia...kena jumpa dengan manusia...minta maaf.
Kita fitnah dia, terambil harta dia...jumpa dan akui kesalahan minta maaf...
.
.
.
Hidup ni untuk kita rasa tenang dan bahagia. Dan... kebahagiaan itu datangnya dari diri kita sendiri bukan orang lain. Jangan bazirkan masa walau sesaat pun dari umur kita untuk hal-hal yg tak buat kita 'move on'. Mengeluh, menyalahkan dan mendongkol akan buatkan masa kita ditarik dan dibiarkan begitu sahaja. Allah bagi kita 24 jam...sayang sekali jika Kita gunakan semua masa itu untuk marah2, bergaduh, bersedih, termenung, memendam dan akhirnya tiada apa2 yg dilakukan dalam sehari. Yang mana sebenarnya masa itu boleh digunakan dengan benda2 yg bermanfaat, masa dengan  keluarga, menuntut ilmu, hafaz Al-Quran dan sebagainya. Jadi seorang yg aktif dan productive. Tenangkan diri...belajar memafkan. Teringat yg sakit2 hati tu...maafkan. kalau Tak boleh...tulis kat kertas 70 kali.

Saya maafkan....
Saya maafkan....

"Hidup perlukan diuruskan, bukan dirungsingkan"

Senyum.
Itu ubat yg paling mujarab.
Moga semua yg membaca menjadi ahli Syurga dan bimbing kita menjadi orang2 yg baik. InsyaAllah.
Salam Ramadhan.

Thursday, May 7, 2020

PUISI : CERMIN

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal...


CERMIN

Ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

kadang ada darah mengalir
di bibir
kadang ada darah membeku
bertukar biru
kadang ada lebam belum sembuh
lebih tujuh mahupun sepuluh
kadang tiada darah
cuma hati yang berdarah
tak guna senjata
tapi guna kata-kata
kata-kata maki
buat aku mati

ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

kadang aku menggigil
tapi yang sering aku menangis
tak mampu nak kira
hati aku bergelora
muka aku dah tak cantik
kulit-kulit aku sakit
buat apa berkias
aku dah tak berhias
paling aku tak boleh terima
tumbukan dan pukulan di muka
kalau dekat hidung, susah nak bernafas
kalau dekat mata, susah nak nampak
aku cuma nak solat
tapi nak ambil wuduk pun rasa ralat

ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

apa lagi nak luah
muka ni dah kau ludah
peristiwa ini kerap sangat terlintas
terpaksa aku tulis di kertas
aku cuba halang dan aku nak buang
tapi ingatan 'ngeri' selalu datang tak diundang
ubat yang pahit takkan boleh jadi manis
aku hanya ikan bilis
aku tak melawan aku turutkan
tapi apa yang aku dapat kau masih masih masih angkat tangan

ku berdiri dihadapan cermin
dan...

aku tidak mahu melihat orang dalam cermin ini sedih
lagi...

ku berdiri dihadapan cermin
dan...

aku lah peminat kau yang pertama...aku sayang kau.
aku sayang diri aku.
aku nak peluk aku.
aku nak kau terus kuat dan bangun...lepas ni tiada siapa akan sakitkan kau.
aku akan jaga aku.

aku senyum dekat cermin.
Senyumlah...itu ubat yang paling mujarab!




Rumah Mutiara Kata 30

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Ilmu tidak akan berpindah pada orang sombong"

huraian : sangat2 bahaya jika hati kita ada sekelumit rasa sombong, rasa sudah tahu semua. Ilmu tidak akan masuk dalam jiwa orang yang sombong dan menyebabkan orang itu semakin tidak mengetahui apa-apa. Islam itu didirikan dengan 3 asas penting, salah satunya adalah akhlak. Untuk menuntut ilmu dan beroleh keberkatan ilmu mestilah menjaga adab. Jangan sombong. Sombong ni sifat syaitan. 

Wednesday, May 6, 2020

Dari Buku Notaku : Nikmat, Rahmat dan Berkat

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal...

Syukur sangat pada Allah SWT yang masih memanjangkan umur Amal dan kita semua dalam bulan Ramadhan ini untuk meraih keampunan dan ganjaran pahala darinya. Okaylah, tanpa buang masa jom kita kupas sikit mengenai tajuk entry kali ini. Tajuk Amal dapat ni pun hasil dari perkongsian Ustaz Amin di Live Instragramnya setiap hari pukul 8 pagi. Suka sangat amal dengan perkongsian ilmu dari ustaz ini.


NIKMAT

Sesuatu yang memberikan kesedapan kepada manusia, apa sahajalah tidak mengira besar atau kecil, sedikit atau banyak. Kata ustaz bila kita diberikan ujian...kemudian kita rasa beratnya ujian ni,  kita ingatlah kembali nikmat yang Allah beri jauh lebih banyak.

Terdapat lima jenis nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita:

  • Nikmat asasiah 
    • contohnya seperti udara...tak pernah Allah minta bayaran
  • Nikmat badaniah
    • contohnya nikmat kesihatan
  • Nikmat akliah
    • contohnya ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup
  • Nikmat qalbiah
    • contohnya nikmat yang menyenangkan hati sperti harta, keluarga dan kawan2)
  • Nikmat Imaniah
    • contohnya ketakwaan dan ketaatan kepada Allah
Bagaimana cara nak mendapatkan nikmat Allah ni?
  • nak dapatkan nikmat Allah kena USAHA
Bagaimana nak kekalkan dan menambah nikmat Allah ni?
  • kena sentiasa berSYUKUR

RAHMAT

Rahmat adalah kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya...bila kita ada hajat, Allah akan tunaikan dan bila ada masalah, Allah akan berikan jalan keluar. Kita ni sebagai manusia sentiasa ada kelemahan dan melakukan kesilapan...untuk mendapatkan rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha.

Nikmat dan Rahmat Allah akan kita perolehi jika kita bersungguh-sungguh dalam perkara ini...

  • wajib-kena buat betul-betul
  • Haram-tinggalkan dan jangan buat
  • Sunat-diperbanyakkan
  • Makruh-usaha elakkan dan hindarkan
kalau boleh setiap pagi kita niat dalam hati kita begini
                 
    "Ya Allah, aku nak jadi ahli syurga...bimbinglah aku jadi baik"


BERKAT

Sesuatu yang menyebabkan pertambahan kebaikan. Apabila kita memiliki harta, dengan harta menjadikan kita semakin suka bersedekah. Semakin kita panjang umur, semakin baik dan soleh. Dengan keluarga pula semakin bertambah erat dan hidup semakin lama semakin tenang.

Untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup kunci utama adalah dengan menjaga ADAB atau kita panggil AKHLAK. kerana ianya merupakan sumber keberkatan. Adab orang yang berotak, mestilah di isi dengan ilmu. 


Kesimpulannya, sentiasa didik diri sendiri menjadi orang baik.. sebab apa kena jadi baik?
kerana hanya orang baik berada di syurga.






























Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...