Wednesday, May 6, 2020

Dari Buku Notaku : Nikmat, Rahmat dan Berkat

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal...

Syukur sangat pada Allah SWT yang masih memanjangkan umur Amal dan kita semua dalam bulan Ramadhan ini untuk meraih keampunan dan ganjaran pahala darinya. Okaylah, tanpa buang masa jom kita kupas sikit mengenai tajuk entry kali ini. Tajuk Amal dapat ni pun hasil dari perkongsian Ustaz Amin di Live Instragramnya setiap hari pukul 8 pagi. Suka sangat amal dengan perkongsian ilmu dari ustaz ini.


NIKMAT

Sesuatu yang memberikan kesedapan kepada manusia, apa sahajalah tidak mengira besar atau kecil, sedikit atau banyak. Kata ustaz bila kita diberikan ujian...kemudian kita rasa beratnya ujian ni,  kita ingatlah kembali nikmat yang Allah beri jauh lebih banyak.

Terdapat lima jenis nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita:

  • Nikmat asasiah 
    • contohnya seperti udara...tak pernah Allah minta bayaran
  • Nikmat badaniah
    • contohnya nikmat kesihatan
  • Nikmat akliah
    • contohnya ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup
  • Nikmat qalbiah
    • contohnya nikmat yang menyenangkan hati sperti harta, keluarga dan kawan2)
  • Nikmat Imaniah
    • contohnya ketakwaan dan ketaatan kepada Allah
Bagaimana cara nak mendapatkan nikmat Allah ni?
  • nak dapatkan nikmat Allah kena USAHA
Bagaimana nak kekalkan dan menambah nikmat Allah ni?
  • kena sentiasa berSYUKUR

RAHMAT

Rahmat adalah kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya...bila kita ada hajat, Allah akan tunaikan dan bila ada masalah, Allah akan berikan jalan keluar. Kita ni sebagai manusia sentiasa ada kelemahan dan melakukan kesilapan...untuk mendapatkan rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha.

Nikmat dan Rahmat Allah akan kita perolehi jika kita bersungguh-sungguh dalam perkara ini...

  • wajib-kena buat betul-betul
  • Haram-tinggalkan dan jangan buat
  • Sunat-diperbanyakkan
  • Makruh-usaha elakkan dan hindarkan
kalau boleh setiap pagi kita niat dalam hati kita begini
                 
    "Ya Allah, aku nak jadi ahli syurga...bimbinglah aku jadi baik"


BERKAT

Sesuatu yang menyebabkan pertambahan kebaikan. Apabila kita memiliki harta, dengan harta menjadikan kita semakin suka bersedekah. Semakin kita panjang umur, semakin baik dan soleh. Dengan keluarga pula semakin bertambah erat dan hidup semakin lama semakin tenang.

Untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup kunci utama adalah dengan menjaga ADAB atau kita panggil AKHLAK. kerana ianya merupakan sumber keberkatan. Adab orang yang berotak, mestilah di isi dengan ilmu. 


Kesimpulannya, sentiasa didik diri sendiri menjadi orang baik.. sebab apa kena jadi baik?
kerana hanya orang baik berada di syurga.






























Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...