Thursday, May 7, 2020

PUISI : CERMIN

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal...


CERMIN

Ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

kadang ada darah mengalir
di bibir
kadang ada darah membeku
bertukar biru
kadang ada lebam belum sembuh
lebih tujuh mahupun sepuluh
kadang tiada darah
cuma hati yang berdarah
tak guna senjata
tapi guna kata-kata
kata-kata maki
buat aku mati

ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

kadang aku menggigil
tapi yang sering aku menangis
tak mampu nak kira
hati aku bergelora
muka aku dah tak cantik
kulit-kulit aku sakit
buat apa berkias
aku dah tak berhias
paling aku tak boleh terima
tumbukan dan pukulan di muka
kalau dekat hidung, susah nak bernafas
kalau dekat mata, susah nak nampak
aku cuma nak solat
tapi nak ambil wuduk pun rasa ralat

ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

apa lagi nak luah
muka ni dah kau ludah
peristiwa ini kerap sangat terlintas
terpaksa aku tulis di kertas
aku cuba halang dan aku nak buang
tapi ingatan 'ngeri' selalu datang tak diundang
ubat yang pahit takkan boleh jadi manis
aku hanya ikan bilis
aku tak melawan aku turutkan
tapi apa yang aku dapat kau masih masih masih angkat tangan

ku berdiri dihadapan cermin
dan...

aku tidak mahu melihat orang dalam cermin ini sedih
lagi...

ku berdiri dihadapan cermin
dan...

aku lah peminat kau yang pertama...aku sayang kau.
aku sayang diri aku.
aku nak peluk aku.
aku nak kau terus kuat dan bangun...lepas ni tiada siapa akan sakitkan kau.
aku akan jaga aku.

aku senyum dekat cermin.
Senyumlah...itu ubat yang paling mujarab!




Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...