Saturday, May 30, 2020

AKIBAT BURUK DAN BAIK PERBUATAN MANUSIA


Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal yang kedua masa tingkatan 3 dalam pertandingan Tafsir (jumpa tengah kemas bilik) boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan. 





AKIBAT BURUK DAN BAIK PERBUATAN MANUSIA


Yang dimuliakan saudara pengerusi majlis. Para hakim yang menegakkan paksi keadilan, tidak ketinggalan rakan seperjuangan dan para hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Segala puji dan kesyukuran bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang meneruskan perjuangan jejak baginda sehingga kehari kiamat.

Beradanya saya disini pada hari yang berbahagia ini adalah untuk mentafsirkan ayat Al-Quran daripada surah Al-Rom (bangsa Rom) ayat yang ke-41 bertajuk akibat yang buruk dan baik dari perbuatan manusia.


Bermaksud: telah nampak kerosakan di darat  dan dilaut supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar) (Taubat)

Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kepada seluruh umat Islam diatas muka bumi untuk diamalkan apa yang terkandung didalam ayat Al-Quran tersebut. Perkara yang terkandung dalam Al-Quran adalah menyeluruh mengenai kehidupan manusia. kandungan Al-Quran seperti

1. Akidah
2. Ibadah
3. Hukum
4. Akhlak
5. Muamalat
6. Sirah
7. Munakahat

Daripada ayat surah Al-Rom 41:
Bermaksud : Telah nampak kerosakan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia...

Daripada ayat diatas jelas menunjukkan bahawa kerosakan, kemusnahan dan kehancuran yang berlaku diatas muka bumi ini adalah disebabkan dari tangan-tangan manusia.

Akhir-akhir ini kejadian yang merosakkan bumi telah nampak dan jelas serta secara terang-terangan. Kejadian perang seperti Iran Iraq menyebabkan banyak kemusnahan dinegara tersebut berlaku. Penggunaan senjata nuklear, bom, peluru berpandu dan senjata moden yg lain menyebabkan banyak kemusnahan yang membawa kesan buruk kepada rakyatnya. contoh lain, penggunaan senjata seperti ini menyebabkan Hiroshima dan Nagasaki hilang dari peta dunia. Semuanya itu adalah terbit dari tangan manusia itu sendiri.

pendengar budiman,
perkara diatas bersesuaian dengan firman Allah SWT yang melarang melakukan kerosakan di muka bumi ini:

bermaksud : dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah SWT tidak suka akan orang yang berbuat kerosakan.

dalam ayat 41 Surah Al-Rom menerangkan konsep kerosakan darpada tangan manusia sebagai akibat dari perbuatan mereka.

akibat buruk dari tangan manusia seperti berikut

pencemaran di darat:
  • hakisan
  • suhu bumi meningkat
  • kepupusan haiwan dan tumbuhan
pencemaran di laut/sungai:
  • hidupan di dalamnya mati
  • air menjadi kotor
kepada manusia
  • mengancam nyawa
  • membahayakan kesihatan
sesungguhnya setiap perbuatan manusia itu akan disoal di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah yaasin ayat 65

bermaksud: pada hari itu kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada kami tangan yang memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

sebagai seorang muslim, kita mestilah menjauhi daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan bumi. bersesuaiann dengan hadis nabi mengenai muslim yang menjaga tangannya:
sabda rasulullah SAW
bermaksud : seorang muslim itu ialah yang merasa aman sejahtera muslim yang lain dari bencana lidah dan tanggannya.

adapun perbuatan yang baik dari tangan manusia dengan membangunkan bumi ini. manusia sebagai khalifah yang dipilih Allah SWT memikul amanah dengan tugas yang mencabar iaitu menguruskan segala yang ada di bumi ini. 
dunia dan segala isinya adalah milik semua. penghuni dunia merasa generasi sekarang dan akan datang. sebagai khalifah dibumi ini, akan berpegang teguhlah prinsip tiada toleransi dalam penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan sumber alam yang mengakibatkan sumber alam yang membuatkan kerosakan dan kemusnahan.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah bermaksud: dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi

islam menggesa supaya umatnya bersifat lemah lembut kepada semua makhluk lain. menguruskan alam dengan baik dalam menunaikan amanah yang telah dipikulkan.

kesimpulannya,
sesungguhnya bagi orang yang pandai berfikir dan dapat merenung dengan mata hati yang jernih tiada lagi keraguan terhadapnya bahawa keperihatinan kepada penjagaan alam di muka bumi ini adalah manifestasi dari iman yang teguh serta pemahaman mendalam mengenai islam. malah ianya adalah sebahagian dari apa yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai akhlak mulia.

sabda rasulullah SAW
maksudnya : sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.

kelangsungan hidup didunia ini adalah bergantung kepada pengurusan yang bijak keatas bumi Allah dan sumber-sumbernya. kehidupan yang sempurna yang membolehkan manusia beribadah dengan selesa adalah salah satu tujuan agama.
tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk menjaga alam ini tidak terlepas dari tuntutan dan kehendak agama dan tanggungjawab setiap muslim yang memahaminya dan berharap bertemu dengan Allah dalam keadaan sejahtera. 

sebelum saya mengakhiri tafsiran ini saya ingin memberikan satu mutiara kata:
"orang yang berfikirann besar akan memperkatakan tentang ilmu, 
orang yang berfikiran sederhana akan memperkatakan tentang peristiwa,
orang yang berfikiran rendah akan memperkatakan tentang manusia, 
manakala orang berfikiran cetek akan memperkatakan tentang diri sendiri:

akhir kata, saya memohon kemaafan kepada hadirin dan hadirat kerana sudi mendengar. Segala yang baik datang dari Allah..segala kesilapan yang saya lakukan adalah dari kelemahan saya sendiri.  sekian


Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...