Friday, April 23, 2021

Dari Buku Notaku : Menyusun waktu tidur

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye

Tahun lepas Amal ada terbaca perkongsian @ustazelyasismail ada posting pasal program tanyalah ustaz...memang Amal simpan niat nak tengok. Tajuk dia menarik!

Banyak yg disebutkan ustaz...tapi point yg menarik bagi Amal adalah bila ustaz jawab soalan dari fb..."kaitan antara jadual tidur Nabi Muhammad dengan kesan sains dan alam" mcm tu kot lebih kurang...hehe
.
Ustaz jawab dengan adab tidur nabi
1. Menutup pintu, api dan lampu, bekas makanan.
* Hikmahnya disini...kalau tutup semua tu itu adalah dasar penjimatan. Kalau nak tahu juga kalau tidur dalam gelap boleh menajamkan fikiran dan mencedaskan akal.
Subhanallah...Amal pun baru tahu yg tidur dalam gelap boleh jadi pandai...

2.berwuduk sebelum tidur
*Hikmahnya disini sepanjang kita tidur akan didoakan oleh Malaikat. Tapi kalau dari segi sains...ustaz takde sebut pula 😂...tapi takpe sahabat followers Amal bijak2 belaka kan.

3. Mengibas tempat tidur
*Kibas tempat tidur 3kali...kerana kita tak tahu ada apa atas tempat tidur kita tu...mungkin ada lipas tengah menyorok.

4. Berdoa sebelum tidur 
*Antara doanya ialah بِسْمِكَ أَللَّهُمََّ أَمُوْتُ وَ أَحْيَا . 

Kesimpulannya, tidurlah...
memang itu fitrah. Tapi orang islam biarlah tidurnya beribadah. Agar beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah.

Selamat malam semua 😴.
Semoga tidur korang jadi lubuk pahala.

Ramadhan kali ini

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Al-Quran



Berdebar dan tak sabar menanti Ramadhan kali ini. Terasa Ramadhan amal tahun lepas bukan yang terbaik dan banyak kekurangan sebagai hambaNya. Ya Allah, alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...berkatilah hidup kami dan sampaikan lah kami dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Allah yg menciptakan makhluk corona ini, Allah yg menurunkan penyakit dan Allah jualah yg menyembuhkan penyakit. Banyakkan beribadah dalam musibah, inilah peluang yg perlu direbut semua umat Islam yg yakin dengan Allah. Allah sayangkan kita. Allah sayang Amal. Berdoalah tanpa henti, berusahalah tanpa putus. InsyaAllah...yakin dengan Allah. Pasti ada hikmah semua ini terjadi. 

3 fasa Ramadhan:

Sebelum Ramadhan, 
-bersiap sedialah dari segi jadual susun atur aktiviti dalam bulan Ramadhan. Rugi sangat2 kalau takde aktiviti Ramadhan ni. 
-bersihkan kawasan ibadah, memang kita solat hari2...tapi ni bagi extra...sambut kedatangan Ramadhan, basuh telekung, sejadah, kemas rak Al-Quran, tempat nak ngaji. 
-senaraikan doa-doa terbaik, ibadah terbaik, amalan terbaik...libatkan sekali ahli keluarga.

Semasa Ramadhan,
-ikut apa jadual yg dah dirancang dan istiqamah 
-jaga percakapan, perbuatan dan jangan buang masa
-do the best we can for this Ramadhan, ingat Dan pasak dalam minda...mungkin ini Ramadhan terakhir ku.

Selepas Ramadhan,
-apa yg pernah kita buat di bulan Ramadhan...usahakan juga untuk diteruskan.
-contohnya...masa Ramadhan kita boleh bagun tahajud. Kita boleh ngaji banyak muka. 
-kalau nak tahu inilah kesan Ramadhan, kita jadi semakin baik selepas Ramadhan. Amalan sama...malah ditingkatkan

Thursday, April 22, 2021

Resepi Buku Biru : Sambal Garing Ikan bilis

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...

Atas meja makan rumah Amal, amal perasan ada balang Che Nor yg Mana terkenal dengan sambal Garing Ikan bilis. Disebabkan selalu makan sambal Garing dengan nasi putih...Tak perasan sambal Garing tu Makin habis. 

Jadi, amal pun cubalah buat sendiri...Mana tahu boleh tanding dengan che nor punya...ewahhh

Resepi sambal Garing inspired dari sambal Garing che nor.

3 bahan utama yg mesti ada.

1. Ikan bilis
2. Bawang goreng
3. Cili kering

Cara masak resepi ni....

1. Ikan bilis kena goreng sampai Garing....leapstu angkat dan letak tepi
2. Goreng bawang atau guna je bawang goreng dh siap goreng sampai Garing
3. Cili kering di sangai sampai kering dalam kuali dan blander sampai hancur
4. Gabungkan ikan bilis, bawang goreng dan cili kering dan gaul rata. 
5. Hancurkan sedikit ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula.

Alhamdulillah, resepi sambal Garing Ikan bilis dah siap


Resepi sambal Garing Ikan bilis

Sunday, March 21, 2021

Puisi : Kesayanganku

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.


Puisi : Kesayanganku

Pergimu tiada disebut
Datangmu tiada dijemput
Hilangmu tiada disambut
Kau umpama permata yg hilang

Jiwa dan cintaku 
Pergi bersamamu
Hanya kenangan harta tersimpan

Puas ku cari dalam mimpi
Rindu ini mula menghadir
Andai patahnya sayap rajawali
Bertongkat jua diri kemari

Ku susun sepuluh jari
Mendamba kemaafan hati
Biarpun tidak ada lagi
Tapi kekalkan memori abadi

Pergimu tiada disebut
Datangmu tiada dijemput
Hilangmu tiada disambut
Kau umpama permata yg hilang

Ku doakan agar kau dilindungi
Selalu dalam naungan ilahi
Senyuman bersemi










Rumah Mutiara Kata 35

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


      “Mata kanan melihat kebaikan orang lain, mata kiri melihat keburukan diri”

huraian : teringat pesanan ustaz Ebit Lew dalam ceramah livenya, beliau menyebutkan kepada Kita supaya memandang kebaikan orang lain, walaupun ada 100 keburukan nya, sentiasalah memandang pada 1 kebaikannya.  Kerana, sebaik-baik diri Kita...baik lagi orang lain dan seburuk-buruk orang lain...lagi buruk diri Kita. Jadilah seperti mata lebah yang memandang kepada kebaikan dan mengeluarkan kebaikan. Kalau benar Kita orang baik, pasti Kita akan tetap buat kebaikan walaupun orang buat buruk pada Kita. InsyaAllah. 















Tuesday, March 16, 2021

Refleksi : Sijil Kematian

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Baru-baru ni, saudara kami... merangkap orang Kampung kami juga telah pergi kembali. Bukan tentang kematiaan arwah yg ingin diceritakan...akan terapi iktibar dari sebuah KEMATIAN Itu akan terjadi pada sesiapapun...samada yg menulis entry ni ataupun yg membaca entry ni.  

Dalam surah Ali Imran ayat 3, Allah SWT berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ  ۗ وَاِ نَّمَا تُوَفَّوْنَ اُجُوْرَكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ  ۗ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّا رِ وَاُ دْخِلَ الْجَـنَّةَ فَقَدْ فَا زَ   ۗ وَمَا الْحَيٰوةُ الدُّنْيَاۤ اِلَّا مَتَا عُ الْغُرُوْرِ


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 185)


Mati Itu pasti dan tiada siapa boleh menolak kematian. Yang dilihat bukan pada sebab kematian. Mati sebab kemalangan ke, sakit ke, dibunuh ke atau lain2 sebab. Tapi, yg dilihat adalah apa yang akan dibawa semasa semasa alam barzakh. 

Persoalannya...

Yang dibawa semasa mati adalah apa yg dilakukan semasa hidup. Sepanjang Kita hidup apakah Kita sentiasa perbaiki diri, mohon ampun pada Allah, berusaha untuk melakukan kebaikan walaupun sedar bahawa diri penuh dengan keburukan. Allah lah yang Maha Pencipta yang paling kenal hamba-Nya. Allah sangat sayangkan hamba-Nya...dan rahmat Allah Itu terlalu luas.

Satu kesilapan bagi orang yg tertekan dalam hidup... apabila dilanda masalah terus  berputus asa dan meminta mati. Jangan dan jangan....

Kata alim ulama....kalau Kita benar2 orang baik... walaupun perkara buruk berlaku pada hidup kita...Kita tetap akan buat baik...dan teruskan berbuat kebaikan lagi. Dan kalau pun Kita kata ni jahat sangat dan Tak pernah buat baik... InsyaAllah...Allah ni sangat baik....Allah bagi Kita peluang untuk taubat. Macam kisah pembunuh 99 orang tu ....

Jadi, kesimpulan nya...sama2 lah Kita sentiasa baiki diri, mohon ampun dan minta pada Allah agar diberikan Kita jalan menuju ke Syurga. Kerana Sijil KEMATIAN Itu lah yg Kita takkan pernah lihat sepanjang hidup.   










AS-SAAT (JAM BAHASA ARAB)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Rindu nak kongsi ilmu...amal memang nak para guru guna dan kongsikan untuk ajar anak-anak murid. 














selamat mengajar!

slide lain yang popular:






Saya Gadis Banjar : Anakan ( anak ikan haruan)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye.

Petang tu, Ayah amal balik dari bendang lepas pam air bawa balik anakan. Ha...nak tahu apa Itu anakan...

Anakan ni adalah panggilan orang Banjar kepada anak2 ikan haruan yg kasih kecil lagi. Besar macam ikan bilis tu ha...tapi warnanya oren dan berjalur gelap.
Nilah anakan...

Yang best pasal anakan ni...rasanya. Masa arwah nenek ada dulu...memang kerap sangat dapat rasa anakan buat masak pais. Yang masak pais tu guna parutan kelapa. Tapi kali ni mak amal suka anakan ni kalau dibuat masak goreng garing tepung. 





Memang sedap sangat bila dimakan dengan nasi panas. Cara nak tahu anakan ni ada dalam sawah bila banyak sangat Kita tengok buih-buih kecik berkelompok pada satu tempat dekat dalam air. Saat tu boleh lah pakai penyauk tapi arwah nenek dulu guna je tudung saji....Itu lebih rare dan nostalgic.

Bagi orang yg pernah makan anakan dia tahu rasa anakan ni. Memang sedap sangat dimakan. Anakan ni waktu macam ni kecik memamg sesuai dimakan...tapi besar sikit dari ni...Tak okay ...sebab akan rasa bertulang halus macam ikan bilis tu. 

Dah Itu je nak cerita pasal anakan. 





TRAVELOG : SEJUKNYA CAMERON HIGHLAND 2

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......
Novel vibe~~~

(amal pergi CH masa PKPP bulan September 2020)
Inilah masanya untuk Freezing time di Cameron Hingland!


Hari Kedua - Isnin, 9.00 pagi

6. Kem Sungai Pauh, Tanah Rata, Cameron Hingland

Kem Sungai Pauh

Abang aku ni, memang suka sangat dengan aktiviti hutan. Apatah lagi tempat kem yg dipenuhi dengan Sungai, memang Itu 'makanan' dia dulu. Yelah sebab pernah jadi tour guide untuk campsite. Itu cerita zaman kegemilangan dialah...tapi, sungguh cantik kawasan hutan di kem ni. Sejuk hutan di kawasan sejuk...sangat lain rasanya. Untuk maklumat korang juga, kem ni hanya bersebelahan dengan Abang Strawberry yg ada sediakan hidangan unik iaitu Nasi Lemak strawberry. Tapi kami Tak pergi, sebab ramai orang. Abang aku ni, tempat ramai dia Tak minat. Kebetulan mak Ayah dan adik kepada kakak ipar aku ada singgah sini lepas balik kenduri...maka kami cadang bertemu di Kea Farm. Destinasi seterusnya.

7. Kea Farm Market, Brinchang, Cameron Hingland Pahang

Kea Farm Market...banyak Strawberry


Walaupun hari Isnin, kami ingat takde lah kesesakan akan berlaku. Tapi silap... Jangkaan meleset...hampir setengah jam kami mendaki dari tanah rata ke brinchang untuk Naik ke Kea Farm, macam2 diborakkan untuk hilangkan bosan dalam jem. Tambah pula sudah tengahari. Walaupun matahari sudah terpacak atas kepala...syukurnya di Cameron Hingland ni...dalam kereta..ataupun luar kereta...tetap sejukkkkkkkk...macam ada aircond. Farhana dah nampak aiskrim strawberry dijual tepi jalan. Aku pula nampak timbunan sayur2 hijau dijual berpeket-peket dan juga bunga berkuntum-kuntum. Affan pula lena dibuai mimpi tengahari. Lepas parking, kami turun menyelusuri laluan jalan bertentang arah.


Menuju ke Kea Farm...tapi itulah...setiap semua tempat ni...memang Akan ada sop. Get ready with face mask on, your phone to scan, and hand sanitizer. Benda pertama yg kami Cari adalah aiskrim. Abang aku asyik menyakat aku je...'aiskrim... jalan2...aiskrim jalan2..jalan" 

Sedap aiskrim strawberry ni


8. Guest house 🏡 Kea Farm, Brinchang Cameron Hingland Pahang

Dari atas

Belakang tu hotel...


Aku mula2 Tak fikir pun ni tempat apa...tempat yg penuh dengan bunga2...warna warni. Rupanya setelah diamati berulang2 kali, rupanya ni kawasan hotel ditengah2 market. Memang rare sangat2. Aku Tak perasan lagi awalnya ada bilik2...lepas abang aku tegur dan cakap yg kotak warna warni semua bilik2 kecik yg macam khemah. Betul2 muat untuk baring seorang. Tapi kalau Tak berapa nak selesa, mungkin boleh pilih bilik yg ada kelengkapan dan kemudahan. 

9. Ladang Teh Boh, Sungai Palas Cameron Hingland Pahang


Kali pertama pegang Daun Teh...


Abang aku suruh cari maklumat tentang ladang teh ni buka atau sudah ditutup. Sebelum sampai kami dah check memang tempat ni masih tutup dan belum dibuka lagi untuk kunjungan. Tapi, gigih sangat nak pergi maka kami sanggup menempuh risiko untuk tidak kecewa. Memang betul2 thrill nak sampai kesini...


Hijau je pemandangan

10. Animal feeding rainbow garden

Comel je kan...

Ni tempat last minute Tak tahu nak kemana, Masa dekat Brinchang...jadi memikirkan bajet yg ada kami pergi tempat animal feeding yg agak Tak ramai orang....Kat sini ada burung, kambing, arnab, kura2 dan lain2. 

11.Air terjun Kuala Woh (Kolam air panas)

Papan tanda



Semasa turun bukit, jalan raya dekat Cameron Highland ni asyik terhalang dengan kerja perbersihan jalan sebab berlaku tanah runtuh...rasanya lah lebih dari 10 runtuhkan melibatkan pokok2 besar dan ketulan baru besar yg menghalang jalan. Ada dekat sejam kami tunggu kerja perbersihan. Kelaparan dalam kereta sampai cocojar aku buat habis 3 balang ...dan Itu yg buatkan abang aku penat dan ingin rehat dan Mandi di air terjun kuala woh.

Lepas rehat Kat sini, kami nak Cari surau...memandangkan musim PKP semua tempat ibadah tutup...asal nak singgah surau atau masjid....tutup... disebabkan lapar juga melanda...kami singgah kedai makan...dengan harapan di kedai makan ada surau. Alhamdulillah, kedai makan ni ada surau yg tertutup... sementara tunggu pesanan...kami dapat solat. Alhamdulillah.

Alhamdulillah...


Sebenarnya banyak lagi tempat Kat CH ni Tak habis jelajah...antaranya:

1. Mossy Forest
2. Avant chocolate
3. Taman Rama-rama
4. Agro technology mardi
5. Rose valley

Dan banyak lagi......3 Hari 2 malam pun dh cukup fitttttt nak pergi tempat yg aku pergi tu....

Yg penting susun Masa, bajet dan tempat nak lawat. Selamat berjalan ke CH. 


Friday, February 19, 2021

HURUF HIJAIYAH

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Memandangkan PKP ramai pelajar perlu belajar dari rumah kan?, dan hasil carian juga menunjukkan bahan PdP dalam google yang tinggi. Amal kongsikan bahan PdP untuk korang semua. silakan guna tanpa ragu.

anda juga boleh intai posting  Pdp Amal yang lain. Seperti Alwan Warna Bahasa Arab















































Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...