Friday, February 19, 2021

HURUF HIJAIYAH

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

Memandangkan PKP ramai pelajar perlu belajar dari rumah kan?, dan hasil carian juga menunjukkan bahan PdP dalam google yang tinggi. Amal kongsikan bahan PdP untuk korang semua. silakan guna tanpa ragu.

anda juga boleh intai posting  Pdp Amal yang lain. Seperti Alwan Warna Bahasa Arab















































Tuesday, February 16, 2021

Rumah Mutiara Kata 34

 Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


      “Neraka itu penuh dengan pendosa yang sombong, tetapi syurga itu penuh dengan pendosa yang bertaubat”

huraian : andai kata Kita masih Islam hari ni, maka bersyukur lah kepada Allah...kerana nikmat yg paling besar adalah nikmat Islam. Hari ni, tiada satu manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan Kita sentiasa dalam keadaan berdosa. Namun, Allah SWT Itu maha pengampun lagi maha penyanyang. Sebanyak Mana kesalahan yg dilakukan hambanya, sepuasnya putus taubat dibuka oleh Allah SWT. Kerana kasih sayang Allah pada hambanya adalah cinta sejati. 

Monday, February 15, 2021

MACAM MANA NAK JADI ORANG YANG CERIA DAN BAHAGIA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Sebelum Amal nak nukilkan tulisan isi hati, marilah sama2 kita baca zikir mudah...

سبحان الله۞الحمدلله۞الله اكبر۞لا اله الا الله
اللهم صلى على سيدنا محمد

Alhamdulillah, dapat zikir hari ni...mudahan pembaca setia blog Amal teruskan amalkan zikir ni dimana sahaja ye. 

MACAM MANA NAK JADI ORANG YANG CERIA DAN BAHAGIA

Dalam surah At-Tin ayat 4, Allah SWT berfirman:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِ نْسَا نَ فِيْۤ اَحْسَنِ تَقْوِيْمٍ ۖ 

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."

Kalau betul2 faham ayat ini, Allah nak bagitahu beza manusia dengan makhluk ciptaan Allah yg lain. Contohnya, ikan hebat berenang di dalam air, akan tetapi ikan bila berada di daratan tidak akan mampu hidup. Tetapi, manusia Allah ciptakan boleh berada di darat, di laut malah udara...siap boleh terjun lagi pakai payung terjun. Sebab tu...manusia adalah penciptaan Allah yg terbaik.

Tetapi perhatikan pada ayat seterusnya...

Dalam surah A-Tin ayat 5 Allah SWT berfirman:

ثُمَّ رَدَدْنٰهُ اَسْفَلَ سَا فِلِيْنَ ۙ 

"Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,"
(QS. At-Tin 95: Ayat 5)

Bila semua ilmu ini, disalah gunakan maka manusia ini akan jadi serendah-rendahnya. 

Dalam sehari, mengikut hasil kajian...seorang manusia akan terdedah dengan lebih kurang 5,000 toksik (negative) sehari dalam hidup. 

Dari perkataan manusia samada orang luar atau diri sendiri. 
"Tak guna lah kau ni, lembap"
"Eh...kau ni berdoa pun belum tentu Tuhan makbulkan"
"Aku ni jahat..."
"Aku ni memang bodoh...asyik gagal je exam"

Nampak tak?...tu semua negatif-talk. Ataupun kita panggil........

NEGATIVE MIND ATTITUDE

1. Suka mengeluh
2. Suka menyalahkan orang lain
3. Suka mendongkol menyimpan dendam

Dengan sikap macam ni...Kita takkan kemana...10 tahun akan datang kalau masih dengan sikap macam ni...Kita takkan ubah apa2

" Dengki dengan orang adalah pembaziran masa yg balik terburuk "

Jadi, untuk rahsia bahagia dalam hidup adalah dengan de-tox semua toksik dalam pemikiran Kita dengan cara paling mudah. Sangat berkesan dilakukan sebelum tidur. Dan esok harinya dijamin bangun tidur Kita akan dapat kecerian dan senyuman malah lebih segar di waktu pagi.


1. Baca zikir fatimah

Subhanallah 33 ×
Alhamdulillah 33 ×
Allahuakbar 34 ×
Kemudian tawakkal

Bila nak beramal dengan zikir...belajar untuk mengejar kualiti bukan kuantiti. Kalau dibaca sekadar 33× dengan laju...tanpa penghayatan...zikir takkan beri kesan. Bacalah dengan sepenuh hati. Kalau baca 1 kali pun tapi dengan sepenuh hati...tu lagi beri kesan. 

Bila sebut subhanallah...hati kita ni faham Kita sedang mengkagumi Allah. 
Bila sebut Alhamdulillah...hati ni faham Kita sedang memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat...sampai mengalir air mata.
Bila sebut Allahuakbar...hati ni faham kita sedang menganggap Allah lah segala-galanya...Kita tak nak yg lain.
Lepas habis zikir...Kita mula tawakkal...Kita serahkan segala urusan Kita pada Allah untuk diatur. 

Zikir fatimah yg diberikan Rasulullah SAW kepada Fatimah sebenarnya mahu mengejar tentang pengurusan emosi. Fatimah rasa dia penat uruskan keluarga...lalu minta khadam dari ayahnya...untuk ringankan bebannya. Tapi, Rasulullah mengajar fatimah ni disini, bahawa fatimah sebenarnya perlu rehatkan emosi. Kadang2 bila kita berkerja, bukan badan ug penat tapi emosi Kita otak Kita yg penat. 

2. Belajar memafkan orang 

Cakap pada diri 
"Ya Allah, Aku maafkan diri aku...dan Aku maafkan kesalahan orang lain terhadap diriku"

Kalau tak boleh maafkan...Cuba selawat 3 ×, baca surah At-takwir ayat 17 dan 18 3× juga..

وَا لَّيْلِ اِذَا عَسْعَسَ ۙ 

"Dan malam, apabila ia hampir habis"

وَا لصُّبْحِ اِذَا تَنَفَّسَ ۙ 

"Dan siang, apabila ia mulai terang;"

Tarik nafas...dan lepas....minta bersihkan hati. Dan cuba maafkan. Esok2, bila teringat...buat lagi...maafkan...maafkan.

3. Baca doa tidur elok2...

4. Niat bangun esok pagi macam ni:
"Ya Allah, Aku nak bangun esok dalam keadaan ceria dan bahagia dan Aku nak jadi ahli syurga"

5. Dengar bunyi Alam....sound of nature. Bunyi pokok, bunyi angin, bunyi hujan, bunyi ombak... bunyi burung... Kalau Kat bandar susah nak dengar bunyi2 ni...boleh pasang you tube. Bunyi air lalu...tido nyenyak he nanti. 

Boleh cuba cara ni...saya dah!
Senyumlah...itu ubat yg paling mujarab!

Sunday, February 14, 2021

Resepi Buku Biru : ASAM PEDAS lagi...tapi dengan side dish SULUR KELADI dan ACAR TIMUN

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...

Memangdangkan Amal tersangat suka dengan Asam pedas, untuk entry kali ni...Amal masih masak asam pedas menggunakan ikan kembung dan Amal tambah dengan side dish...iaitu SULUR KELADI masak asam dan ACAR TIMUN.

Untuk resepi asam pedas, korang boleh tengok resepi pada entry Resepi Buku Biru : Asam Pedas macam Kat kedai...

Resepi Sulur Keladi masak asam:

Bahan-bahan:
  • Sulur Keladi (dipotong pendek)
  • Air asam jawa
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah dipotong halus
  • Cili merah
Okay jom masak...
  • Sediakan Sulur Keladi, Sulur Keladi ni adalah akar keladi. Sangat sedap dimakan. Kalau dekat pekan-pekan kampung... biasanya peniaga akan jual lebih kurang seikat RM 2 ke RM3.
  • Panaskan minyak dalam kuali...tunis bawang dan ikan bilis...
  • Bila bawang dan ikan bilis dah garing...masukkan air asam jawa
  • Kemudian masukkan keladi
  • Tunggu keladi masak dah siap boleh makan...dan hidang.
Sulur KELADI masak asam


Resepi Acar Timun:

Bahan-bahan:
  • Timun (halus2)
  • Bawang merah (halus2)
  • Cili merah
  • Nenas
  • Sos cili
  • gula
Okay jom masak...
  • Campur semua bahan dan Gaul data dengan cuka.
  • Dah siap boleh hidang dan makan.
Acar Timun























CERPEN: Aku sayang Aman

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tak mahu bersoal jawab, bosan kan?...ada masa ni, layan jelah. Huhhh, selamat membaca.

watak-watak dalam cerpen:
1. Dayang
2. Aman
3. Jo
4. Kuda belang
5. Min min

(Ni cerita awal kenapa Aman dah takde)

Aman Maju Jaya



Selamat datang dan salam perkenalkan.

Ni kisah tentang dayang dan kucingnya bernama Aman. Kisah ni bermula pada waktu Aman hilang. Masa tu Aman hilang untuk beberapa hari tanpa khabar Berita tanpa ada wartawan yang tahu kemana Aman pergi. 

Memang dayang tak aman semenjak Aman hilang. Merata si dayang pergi mencari Aman, dekat belakang rumah, dalam reban dan dekat bendang. 

Tak jumpa juga!!!!!!!!

Akhirnya, pada satu hari di Hari kepulangan Aman pada dayang, Aman dilihat seperti termenung, khayal dan Tak ceria. Air liur Aman selalu meleleh...senang cerita Aman Tak seperti selalu, Tak seperti sebelum Aman hilang.

Kaki Aman pula dipenuhi dengan lumpur hitam, seperti Aman baru kembali dari paya dan hutan. 

Dayang sangat risau melihat keadaan Aman yg tidak ceria Itu.

Dijamu makan tidak makan....ikan rebus yg digaul dengan nasi Itu dibiarkan sahaja tidak berusik daripada pagi. Akhirnya min min yg makan santapan Itu.

Khabar dari pada rakan-rakan min min menceritakan bahawa, Aman berjumpa dengan kuda belang. 

Entah siapa yg membawa cerita karut.

Disebabkan Aman berbulu belang, maka Aman berjumpa kuda belang.

Ahhhhh, mengarut. Ini benar2 mengarut.

Aman sebenarnya telah makan runput beracun. Itu sebabnya Aman hilang selera makan dan mulai agak Tak bermaya.

Macam2 usaha yg dayang buat untuk pulihkan Aman. Tapi apakah daya tuhan lebih sayang Aman.

Aman mati pada Hari jumaat di kaki surau dalam keadaan kesedihan.

Tapi sebelum Aman pergi, Aman sempat bersama dengan dayang dalam tempoh 7 Hari menceritakan sesuatu yg misteri.

Aman menceritakan kisahnya, yang Mana dia telah masuk hutan kerana ingin mencari temannya yg lama. 

Nama teman lama Aman adalah jo. Dan jo adalah kucing hutan. Mereka berdua berkawan sejak zaman pembukaan hutan-hutan baru. Nasib Aman cukup baik, kerana Aman adalah kucing peliharaan manusia. Tetapi jo adalah kucing hutan yg tiada tuan. 

Kerana rindukan temannya jo, Aman telah masuk ke hutan seorang diri tanpa ditemani dengan min min, Kakak kepada Aman atau member lain seperti yibie mahupun opie. Aman benar2 sendiri.

Semasa masuk, Aman menemui semangkuk sup maggi yg masih panas. Akibat kelaparan, Aman makan maggi tersebut tanpa menghiraukan siapa pemilik maggi tersebut. Puas makan sehingga kenyang dan sendawa.... tiba2 keluar satu makhluk dari balik daun hutan.

Seekor kuda belang yang berbelang hitam dan putih. 

"Kenapa kau habiskan makanan aku?" Kata kuda belang kepada Aman.

"Aku lapar, aku minta maaf makan ko punya makanan" jawab Aman.

"Baiklah, aku maafkan. Apa tujuan ko datang hutan"...soal kuda belang.

"Aku datang Cari jo, si kucing hutan". Jawab Aman pula.

"Jo yg ada tanda parut di perut?, Dia sudah mati." Kuda belang kenal dengan jo, dan menyatakan dia telah mati.

Aman benar2 terkejut mendengar Berita daripada kuda belang dan berada sangat sedih.

Dalam perjalan pulang, Aman sakit perut. Mungkin sebab makan manggi milik kuda belang tadi. Akhirnya, Aman ambil keputusan makan runput hutan tanpa mengetahui bahawa rumput Itu beracun. Itu sebab Aman jadi macam tu. Ditambah kesedihan kehilangan temannya.

Pengajaran dari kisah ini:
Jangan jalan2 sorang....bahaya.


Dari Buku Notaku : 20 kebaikan Daun Pandan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.







بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

......

Kenal daun pandan?

Daun pandan belakang rumah


Mesti kenal sangat2 kan. Daun yg panjang dan berwarna hijau yg selalu ada tumbuh dekat belakang rumah, tepi rumah. Biasanya daun pandan kita guna untuk jadikan nasi lebih wangi, kuih lebih sedap dan warna hijau yg sangat cantik untuk bahan2 bakeri. 

Tapi, Kita tak pernah tahu apa lagi kegunaan dan manfaat daun pandan selain dijadikan penyedap masakan.

Untuk dimanfaatkan daun pandan tersebut dengan rebus 3 helai daun dan boleh minum pagi dan petang.


Antara manfaat nya adalah:
1. Diabetes
2. Blood pressure
3. Rheumatoid (Arthritis)
4. Body aches
5. Saraf kebas
6. Takde selera makan
7. Diarrhea
8. Sakit perut atau masalah pencernaan
9. Gout
10. High fever
11. Prevention of cancer
12. Detox
13. Bantu tidur lena (insomnia)
14. Skin problem
15. Masalah rambut
16. Sakit gigi
17. Energy
18. Awet muda (antioxidant)
19. Depression
20. Tenangkan jiwa (aromatherapy




Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...