Wednesday, August 29, 2018

REFLEKSI : NIKMAT SAKIT

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................


Alhamdulillah syukur segala nikmat. Samada nikmat rezeki mahupun nikmat sakit. Maaflah sudah lama Amal tak berkongsi cerita di blog ni...rasa bersawang pun ada.

Apakan daya, jiwa insan ini masih rapuh dan bertatih dalam dunia yang penuh dengan pancaroba. Sementelah diri belum pasti. Apa yg pasti? tentulah MATI.

Tahun 2018, ya 2018... ini adalah tahun yg sukar bagi Amal...sukar sekali untuk dihadapi. Bukan Allah tidak pernah mendatangkan ujian, pernah. Tapi bukan begini bentuk ujiannya.

Tahun  ini diuji dengan pelbagai dugaan dari segi mental, fizikal dan rohani. Bila peluang, rezeki dan sakit datang serentak. Peluang untuk berpindah, rezeki sambung belajar tapi sakit telah membuatkan segala yang kita rancang terbantut. benarlah manusia itu hanya mampu merancang akan tetapi perancangan Allah lebih baik dan terbaik.

Bagaimana untuk Amal mulakan coretan ini ya?

Selalunya Amal akan menulis coretan awal dalam bentuk draft di Ungu Bungu (nama untuk laptop kesayangan). Tapi kali ini, lain sikit.

Bismillah...

16 Mac 2018
Bangun pagi, bersihkan diri, tunaikan solat dan aktiviti rutin sebelum pergi kerja macam biasa. Biasalah kerja dengan budak-budak. Sebelum balik tu, badan Amal dah rasa lain macam...panas2 badan macam nak demam dan mula sakit dekat tangan.

hmmm....takde apa kot. dalam hati fikir takkan kena demam denggi lagi (boleh baca diari demam denggi). lebih kurang pula simptomnya. Amal biarkan rasa tu 2 hingga 3 hari. Hari ke4, Amal dah tak boleh nak lawan sakit tu, merebak sampai kaki dan setiap sendi badan. Gigihlah Amal pergi ke klinik dan doktor diagnos radang sendi dan puncanya mungkin kerana jangkitan kuman atau antibodi yang serang sendiri. Tak kisahlah doktor...cakaplah apa pun..masa ni, Amal nak naik motor pun tak boleh, badan Amal benar-benar sakit.

1 April 2018
Amal tak boleh nak berjalan, tak boleh berdiri. Perasaan ni benar-benar sama masa kemalangan dilanggar motor, takut akan kehilangan nikmat kaki. Alhamdulillah masa tu cuma retak tulang kaki, sejak tu tak mampu nak jadi atlet sekolah. Lumba lari ke, merentas desa ke..Amal masuk tapi selalunya nombor terakhir. Kalau cikgu tak bagi masuk pun, sibuk nak masuk sebab nak rasa nikmat berlari walaupun tak segagah kawan2 lain. eh tiba masuk cerita lain...sorry.

okay, sebabkan Amal duduk dengan kawan2 di Bangi. Jadi, Amal balik Sekinchan sebab Amal tak nak susahkan kawan serumah nak tolong pimpin naik turun tangga bagai. Walaupun sebenarnya masa sakit ni banyak menyusahkan diorang. minta maaf dan berjuta infiniti terima kasih.

Masa dekat rumah, kalau Amal nak bergerak...Amal terpaksa guna kerusi roda dengan tongkat kaki yang kena peluk kiri kanan tu. Sebenarnya kan masa ni, bukan sahaja fizikal sakit tapi emosi Amal dah tak stabil. kejap-kejap menangis, kejap-kejap menangis. Bukan apa, sebab kita dah besar...sihat wal afiat tiba-tiba jadi macam orang yang tak guna pula. Mula-mula sakit tu memang tak boleh nak terima. Semua benda nak kena minta tolong orang...sedih sangat. Rasa diri ni menyusahkan keluarga.

Tapi lepas Mak pujuk Amal dengan kata-kata yang damai lagi melembutkan, perlahan-lahan Amal cuba terima. Sesekali ujian Allah menyapa. InsyaAllah pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

1 Mei 2018
Bila dah sakit ni, tempat paling kerap dilawati tentulah klinik dan hospital. Kena cucuk jarumlah, ambik darahlah, makan ubatlah, terapilah, temujanjilah...dan aktiviti biasa bila orang sakit. Takkan tak nak sembuh. Itulah sampai bengkak tangan bekas kena cucuk.

Hampir sebulan Amal sakit, itulah dugaan semasa sakit. Dari solat sempurna, atas kerusi, hingga solat duduk atas lantai, tak dapat nikmat solat macam selalu tu. Huhu... Paling sakit bila nak tidur dan bangun dari tidur nak solat subuh. Rasa diri ni cukup-cukup lemah. Ada satu ketika masa anak buah minta di dukung, Amal menangis je sebab tak mampu nak angkat dan dakap dia...muka dia pelik je tengok mak ngah dia tak nak angkat. Ditambah lagi rasa sakit semasa orang bercakap perihal kita di belakang dengan menduga-duga tanpa bertanya. lagi sakit bila orang cakap kita ni nak mati. Tolonglah...kalau nak melawat orang sakit jangan cakap bukan-bukan depan dia. Cakaplah perkataan yang elok-elok atau lebih baik doakan kesembuhannya.

*******************

Alhamdulillah sekarang dah bulan ogos kan?.

Segala puji bagi Allah yang menurunkan penyakit dan dia juga yang menyembuhkan. Alhamdulillah hari Amal menulis ni, hari Amal dah sembuh sepenuhnya. Dah boleh berjalan, melompat dan berlari. Tak sabar nak naik bukit. Sepanjang sakit ini singgah...macam2 ibrah dan pengajaran yang Amal boleh ambil darinya.

1. Allah tahu Amal kuat dan mampu, maka diuji dengan sakit yang Amal tak pernah terlintas boleh sakit begitu sekali.

2. Allah nak tengok tahap kesabaran kita pada tahap yang mana, masih boleh solat atau menyerah tak nak solat masa sakit.

3. Banyak nama-nama ubat yang Amal dah hafal berkaitan dengan penyakit Amal serta beberapa ilmu terapi fisio.

4. Dapat hafal banyak doa sakit dan doa kesembuhan.

6. Dapat rasa nikmat atas kerusi roda dan pakai tongkat kaki, bukan selalu orang nak usung kita. hehe.

7. Dapat memahami perasaan orang sakit, lagi-lagi yang kat wad hospital tu. Tapi bab makanan memang tak best!

8. Dapat cuti banyak, spend time with my beloved family.

9. Banyak kali pergi pantai, tenang kan fikiran.

di tepi pantai yg indah ku duduk sendiri




ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal, boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan.


ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Prolog
Lakonan 30 saat (buang sampah merata-rata, buang kertas, plastik-plastik dan tisu), kamu berjalan masuk sambil geleng kepala.
Lihatlah, apa nak jadi dengan tempat ni? Buang sampah merata-rata…kotor! Agaknya tanggungjawab siapa ye?

Pembuka kata
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, tuan hakim lagi bijaksana serta para hadirin yang dikasihi sekalian. Selama 7 minit ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

Pendahuluan
Bumi adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia pula makhluk ciptaan Allah yang mentadbir bumi. Jadi, manusia bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan diatas bumi. Salah satunya jangan suka-suka membuang sampah!.
Bersih itu kan indah (berlagu)
Allah juga berfirman dalam ayat 222, surah Al-Baqarah:
                                                                              
maksudnya : Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya)
hah!, kan dah kata Allah sayang dengan orang yang bersih. Lagipun fitrah seorang manusia memang sukakan kebersihan. Hatta, binatang pun ada perasaan sukakan kebersihan. Cuba kita fikir kenapa kucing suka jilat bulunya?.. dah tentu sebab dia sukakan kebersihan.
Tapi kenapa alam sekitar kita masih kotor? Ini disebabkan sikap tidak bertanggungjawab, rasa tidak bersalah dan tidak sayang dengan alam sekitar. Kesian alam sekitar.

Isi pertama
Tanggungjawab adalah satu perasaan. Perasaan yang mesti ada pada setiap manusia. Contohnya kanak-kanak macam saya dan dewasa macam ayah saya. Perasaan untuk sayang alam sekitar.
Perlu tahu, kalau alam sekitar tercemar boleh menyebabkan sungai tercemar, tanah runtuh, jerebu dan sampah sarap. Akhirnya manusia juga dapat penyakit.
Lihat negara jepun, negaranya begitu bersih dan cantik. Dalam longkang pun boleh bela ikan.
Bersih itu kan indah (berlagu)

Isi kedua
Antara perkara untuk menjaga kebersihan adalah badan kita, rumah kita, sekolah kita, tempat awam kita dan pakaian kita. Rasa selesa bila badan bersih, seronok bila rumah bersih, segar bila datang sekolah dan gembira bila dapat bermain ditempat yang bersih. Barulah nak solat pun syok!
Dalam sebuah hadith, nabi bersabda:

Maksudnya; kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Isi ketiga
Alam sekitar perlu kerjasama semua manusia dari kanak-kanak sampailah orang tua. Alam sekitar tak boleh jaga seorang diri. Semua kena ada rasa sayang dengan alam sekitar macam sayang keluarga dia. Kena ada rasa malu dan tak mahu buang sampah merata-rata lagi-lagi di tepi jalan.
Ibu dan ayah kena tunjukkan contoh yang baik. Buang sampah dalam tong sampah yang disediakan.


penutup
kesimpulannya, menjaga alam sekitar tanggungjawab bersama. Kita tak tahu sebenarnya bumi menangis kerana kita buat kotor atas badan dia.
Sesuai dengan petikan lirik lagu “Berita kepada kawan” yang dinyanyikan oleh Ebiet G. ade tentang alam sekitar.


Kawan coba dengan apa jawabnya,
Ketika ia kutanya “mengapa”
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana alam ini
Sesampainya di laut kukabarkan semuanya
Kepada karang, kepada bulan, kepada matahari,
Tetapi semua diam tetapi semua bisu
Tinggal aku disini terpaku menghadap langit
Barangkali disana ada jawabnya
Mengapa ditanahku terjadi bencana
Mungkin tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Cuab kita bertanya pada rumput yang bergoyang



Bersih itu kan indah (berlagu)
Sekian, wabillahahi taufik walhidayah.
Wassalamualaikum.






Saturday, August 25, 2018

Saya Gadis Banjar : LISTRIK KADAP


Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



Amaran: nukilan ini disampaikan dalam Bahasa Banjar

--------------------------------------

Wayahinik amun rumah kada balistrik ngalih pang. Saja listrik manyamani idup. Handak bapadah malam samalam, tangah barabah micit-micit ka telepon...bah, kadap bakajut kada balistrik. Sipa mamajahi?

Kada kawa mambaca, kada kawa mandarasi. Bagalap pang. Maka bailun ngaran ka kawanan si nani, si zahara, si huda...Hawai haja kaya kada baurang rumah. Lagi samayangan lukuk, jar hati.

Talah hajah samanyang sabarataan, berpandiran pang masing masing aci batakun, napanya diulah hingga listrik kadap bakajut. Sipa gen kada tahuk.

Cagar manalefon ka TnB lawas banar, sajam baru mang angkat dari 8.30 hingga ka 9.30. Maka pulang manghadangi ia datang 10.30. Apa jar urang, sasakali marasani nikmat 'blackout' hanyar tahu ngalihnya kada balistrik. Kada kawa bakipas, kada kawa balampu atawa talibesen. Bunyi cacak gen dangar. Katuju banar cacak.

Tangah2 malam bakadap, maka babanian sabarataan kada tahu napa2 nan disambat listrik ni, Alhamdulillah ada hanya pertolongan dari Allah mengirimi urang nan baek2 tatangah malam mambaiki'i. Mudahan haja dibalas Allah.

Cerita pasal elektrik,
Jimatkan penggunaan elektrik!

Salam,
Dayang Bungah

Saturday, September 30, 2017

Rumah Mutiara Kata 22

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Jangan pernah berhenti, 
Teruskan berlari"

huraian : hidup ibarat perlumbaan yang akan menemui garisan penamat apabila tiba saatnya. Setiap garisan penamat seseorang itu berbeza diantara satu sama lain. Ada yang pendek sahaja lariannya sudah dijemput ilahi, ada yang lama lariannya sehingga sudah di mamah usia. Cuma disepanjang larian itu ada tugas yang perlu digalas, ada tanggunggjawab yang mesti dilaksanakan. Seandainya, masalah timbul tetap hati terus berlari meminta pertolongan dan kekuatan dari yang Esa.

Nota: Manusia yang hebat adalah mereka yang tidak kenal erti putus asa. 



Sunday, May 28, 2017

REVIEW : SEPETANG DI BAAZAR RAMADHAN SUNGAI BESAR

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



Syukur, Allah masih mengizinkan kita masuk dalam bulan Ramadhan tahun 2017. Selamat berpuasa semua.

Jadi, semalam Amal berkesempatan pergi ke bazaar Ramadhan di Sg Besar.

Saje ...jalan2 nak tengok lauk.

Keadaan Bazaar?

Tak berapa ramai...tapi mungkin sebab Amal datang awal, mana tak awal, pukul 4 dah singgah...haha review ni tak berapa kena lah.

Kat sini, banyak sangat Kueh mueh, lauk pauk dan pelbagai jenis air. Rasanya dah dekat 4 tahun bazaar ni dipindahkan depan market Sg Besar. Rasanya kurang sedikit. Mungkin sebab masih awal2 ramadhan. Entahlah.

Kalau sebelum ni, bazaar ni berada di sepanjang jalan di kawasan depan jakel. Walaupun sudah berpindah di depan market Sg Besar, kawasan lama masih ada lagi yg berniaga depan jakel tu.

Masa Amal lalu depan tu, nampak meriah gak.

Amal ada beberapa misi bazar yg berdekatan untuk diushakan.

antaranya:
1. Bazaar Sg Besar
2. Bazaar Sabak Bernam
3. Bazaar pasir panjang
4. Bazaar sekinchan
5. Bazaar Tanjong Karang
6. Bazaar kuala Selangor
7. Bazaar Sg. Nibong

Kalau ada tambahan...komen kat komen. Okay jom kita mulakan penerokaan kita.

Kueh mueh yg sedap

Ada wadai kiping la...hmm...orang banjar ke peniaga ni?

Ni kegemaran ayah, popia teluk intan

Nasi kerabu tu memang mengancam

Murtabak daging satu!

Kueh mueh di sini memang best

Haus tak?

Nasib Baik hari ni...Mak masak laksa

Kenal tak?...Kueh balungan hayam

Hailah Kueh...





Saturday, May 27, 2017

TIPS KEKAL BERTENAGA SEHINGGA WAKTU BERBUKA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...






Selamat Berpuasa semua!
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk bulan Ramadan dah kita.  Apa macam puasa, okay tak?


Tips untuk kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.
1. Ambil makanan kurang manis ketika sahur sebab makanan manis akan menyebabkan kita cepat lapar. 

2. elakkan makanan berkafien tinggi kerana minuman berkafien menyebabkan kita cepat dahaga
3. Ambil makanan berserat untuk kenyang lebih lama.
4. Lepas sahur cuba jangan tidur.
5. Bawak berzikir, baca al-quran dan bersenam.

semoga ibadah yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Tuesday, May 9, 2017

CERPEN : Solehah seekor Min Min

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tak mahu bersoal jawab, bosan kan?...ada masa ni, layan jelah. Huhhh, selamat membaca.

watak-watak dalam cerpen:
1. Min-min
2. Burung Pipit
3. Orang-orang surau
4. Ostat
5. Emak
6. Kuih-muih


Setiap hari Khamis akan diadakan Usrah mingguan di Surau Mahmudiah Pasir Panjang. Setiap kali usrah diadakan juga akan dijemput penceramah jemputan dari luar.

Macam biasa, rutin harian emak membersihkan surau pada petang rabu untuk digunakan esok. sambil tu min min akan ikut mak dari belakang ke surau. Tak tahulah apa yang dia nak buat dekat surau tu.

Mak menyapu tangga surau, halaman surau, tandas surau dan segalanya berkaitan dengan surau.

min min yang ikut tadi buat apa?

tentulah dia duduk termenung je. Apalagi yang dia boleh buat. Dia sedar dia tu dah warga emas yang sememangnya layak untuk masuk kilauan emas.

Tengah mengelamun memikirkan pertandingan kilauan emas tu, ada seekor burung pipit duduk mencicip makanan untuk anaknya dalam sarang dekat pokok pelam. Burung pipit tu tegur min min.

Ohoi...buat apa tu min min? mengelamun nak masuk kilauan emas ke? soal burung pipit.

Aha...tengah fikir lagu apa nak bawa nanti, ko ada idea pit? giliran min min pula yang bertanya.

ada...ada...apa kata kau bawa lagu meskiku rapuh dalam langkah...kadang tak sedar kau dah tua!...Jawapan bersahaja dari burung pipit.

ianya menyebabkan min min terasa deeeep!

Lantas min min terus mendapat hidayah untuk mengubah cara hidupnya yang agak sia-sia seperti tidur sepanjang hari, membunuh makhluk tak bersalah umpanya tikus dan makan tak berbayar.

Keesokannya hari khamis. Pagi-pagi lagi min min dah tunggu depan surau nak ikut majlis usrah tu. Hari tu min min benar-benar insaf dengan keadaan dirinya. Min min mengikuti bacaan surah Yaasin yang diketuai Ustazah Hanafiah dan duduk disampingnya sebagai tukang selak muka surat.

Begitulah rutin harian min min sejak 7 tahun yang lalu.

Kini min min semakin dikenali dikalang ahli jemaah surau dan digelar sebagai kucing yang solehah. Namun ada satu rahsia yang dibongkar oleh burung pipit. Sebenarnya min min ke surau sebab ada kuih-muih.

krik...krik...krik...

#kisah benar
#min min adalah kucing peliharaan penulis blog






Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...