Tuesday, May 9, 2017

CERPEN : Solehah seekor Min Min

Nota: sumber nukilan kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis hebat lain yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tak mahu bersoal jawab, bosan kan?...ada masa ni, layan jelah. Huhhh, selamat membaca.

watak-watak dalam cerpen:
1. Min-min
2. Burung Pipit
3. Orang-orang surau
4. Ostat
5. Emak
6. Kuih-muih


Setiap hari Khamis akan diadakan Usrah mingguan di Surau Mahmudiah Pasir Panjang. Setiap kali usrah diadakan juga akan dijemput penceramah jemputan dari luar.

Macam biasa, rutin harian emak membersihkan surau pada petang rabu untuk digunakan esok. sambil tu min min akan ikut mak dari belakang ke surau. Tak tahulah apa yang dia nak buat dekat surau tu.

Mak menyapu tangga surau, halaman surau, tandas surau dan segalanya berkaitan dengan surau.

min min yang ikut tadi buat apa?

tentulah dia duduk termenung je. Apalagi yang dia boleh buat. Dia sedar dia tu dah warga emas yang sememangnya layak untuk masuk kilauan emas.

Tengah mengelamun memikirkan pertandingan kilauan emas tu, ada seekor burung pipit duduk mencicip makanan untuk anaknya dalam sarang dekat pokok pelam. Burung pipit tu tegur min min.

Ohoi...buat apa tu min min? mengelamun nak masuk kilauan emas ke? soal burung pipit.

Aha...tengah fikir lagu apa nak bawa nanti, ko ada idea pit? giliran min min pula yang bertanya.

ada...ada...apa kata kau bawa lagu meskiku rapuh dalam langkah...kadang tak sedar kau dah tua!...Jawapan bersahaja dari burung pipit.

ianya menyebabkan min min terasa deeeep!

Lantas min min terus mendapat hidayah untuk mengubah cara hidupnya yang agak sia-sia seperti tidur sepanjang hari, membunuh makhluk tak bersalah umpanya tikus dan makan tak berbayar.

Keesokannya hari khamis. Pagi-pagi lagi min min dah tunggu depan surau nak ikut majlis usrah tu. Hari tu min min benar-benar insaf dengan keadaan dirinya. Min min mengikuti bacaan surah Yaasin yang diketuai Ustazah Hanafiah dan duduk disampingnya sebagai tukang selak muka surat.

Begitulah rutin harian min min sejak 7 tahun yang lalu.

Kini min min semakin dikenali dikalang ahli jemaah surau dan digelar sebagai kucing yang solehah. Namun ada satu rahsia yang dibongkar oleh burung pipit. Sebenarnya min min ke surau sebab ada kuih-muih.

krik...krik...krik...

#kisah benar
#min min adalah kucing peliharaan penulis blog






Saya Gadis Banjar : KISAH DI SEBALIK IKAN WADIK

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



Baru-baru ni keluarga datang ziarah Amal. Sebelum mak dan ayah datang, mak tanya nak bawakan apa-apa tak?

Amal pun request nak ikan wadik sebekas. Sebab my mother yang hebat ni, memang pakar pembuat ikan wadik.

kalau sesiapa tak pasti dengan apa yang akan dibincangkan ini, sila berenang ke lautan blog ini dan klik di entry HOT Amal...Saya Gadis Banjar : Penutur Bahasa Banjar. Terima kasih atas kesudian duduk mengusha-usha makalah di Blog ini.

okay...back to real story!

Selain dari bahasa yang unik, makanan orang banjar juga antara identiti kebanjaran seseorang banjar itu sendiri. Ingat tak yang mana sebelum ni Amal pernah post pasal wadai kiping. Wadai kiping ni lebih kepada desert lar...kira makanan pencuci mulut.

tapi hari ni kita nak cerita pasal makanan juga tapi sebagai lauk 'mengancam' dalam makanan.

Ikan wadik.

Orang banjar panggil ikan wadik. Manakala orang bukan banjar akan menggelar ikan wadik sebagai ikan pekasam. Ikan wadik cukup-cukup power dalam menarik selera orang makan.

teringat zaman dulu-dulu, masa Amal masih sekolah menengah dan arwah nenek Amal masih ada. Kalau waktu adik-beradik atau saudara mara berkumpul ramai-ramai...waktu makanlah waktu paling meriah. Dan makanan utama yang ditunggu semua orang adalah ikan wadik. Ini hal belum makan lagi, belum masuk mulut. Tapi masa goreng atas kuali, perghhh aroma diaaa....memang menusuk kalbu.

Percayalah, kalau kata takde selera makan...kalau digorengkan ikan ni. Nescaya akan terbuka nafsu makan dengan seluas-luasnya. (riak bebenor kata-kata ni).

Amal tahu masih ada soalan cepugangsa yang berjalan-jalan dalam kepala.

Ikan wadik tu nama ikan ke?

1. Tak, ikan wadik tu adalah gelaran yang diberikan keatas ikan-ikan yang di pekasamkan.

2. Ikan wadik ni merangkumi ikan pelbagai jenis dan saiz, antaranya puyu, sepat, lampan, keli, haruan dan lain2.

3. Lebih kuranglah macam ikan masin. Tapi tak sama.

4. Nak jadi wadik senang je, ikan yang dah siap siang dan dibersihkan kena letak dalam balang yang boleh tutup rapat. Tapi bahan-bahan untuk jadi pekasam adalah beras, garam, asam keping. beras tu kena kisar halus.

5. lepas seminggu peram, korang boleh goreng.

6. Goreng sampai garing2 atau ikut suka hati.

7. Tips penambah selera: hiris bawang besar merah banyak2 dalam 2 biji ke. lepas goreng ikan, guna minyak yang sama untuk goreng bawang tadi dalam kuali tu sampai layu (elak kehangitan) dengan beberapa hirisan cili kering.


Kalau korang amalkan tips yang Amal bagi ni ketika makan ikan wadik, memang akan bertambah-tambah nasi dalam pinggan. lagi-lagi tips bawang tu.


adui..tulis entry ni pun rasa nak makan!












Wednesday, May 3, 2017

A'DHAUL USRATI- AHLI KELUARGA

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.

Minggu lepas adalah hari terakhir untuk Amal berpraktikum untuk KLP. Malam tu pening nak buat tajuk apa untuk sesi selian. 

Ada dua pilihan samada nak buat tajuk perbualan atau nak buat tajuk ahli keluarga.

Akhirnya amal pun pilih ahli keluarga. Buka Mr Google, memang banyak tapi tak menepati ciri-ciri yang Amal nak.

Jadi, gambar ehsan Google telah Amal edit sedikit untuk kesesuaian pengajaran.

Okay dah!



Nama-nama Ahli Keluarga dalam Bahasa Arab













Kongsikan nota ini, untuk alat BBM anda. Amal suka kalau korang manfaatkan.
Jangan risau sebelum korang minta...Amal dah izinkan.
kalau nak cari warna dalam bahasa arab tekan link ni...alwan-warna bahasa arab



Monday, April 24, 2017

Rumah Mutiara Kata 21

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Pertama Kau rasa susah, 
Kedua kau rasa mudah"

huraian : langkah pertama adalah perkara yang paling sukar dilakukan seseorang, kerana pelbagai andaian negatif yang wujud dalam fikiran. Begitu juga apabila kita melakukan sesuatu yang sukar pada mulanya. Sebenarnya dalam Al-Quran sendiri Allah sudah mengatakan setiap kesusahan akan datang kesenangan. Kita kena yakin dan kuat! percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmah indah yang Allah mahu berikan.


Nota: perjalanan yang jauh beribu batu dimulakan dengan langkah yang pertama. 




Sunday, April 23, 2017

Menarik di Peristiwa Israk dan Mikraj


Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



MENARIK PERISTIWA ISRAK &MIKRAJ

Sebelum peristiwa Israk & Mikraj berlaku kepada Nabi, terdapat pelbagai perkara sukar yang mendepani Nabi.

Dan untuk pengetahuan, Israk dan Mikraj berlaku sebelum Hijrah. Maksudnya Islam masih belum diterima, ditolak dan dihina.

Tahun 1-3 kenabian
kerasulan bermula, Nabi memulakan dakwah secara rahsia.

Tahun 4 kenabian
Dakwah secara terang-terangan, disini Nabi mula disakiti. Ruqayyah dan Ummu Kulthum diceraikan suami. Lalu Saidina Uthman mengahwini Ruqayyah.

Tahun 5 kenabian
Orang Islam terpaksa berhijrah ke Habsyah, Nabi berpisah dengan Ruqayyah kerana turut hijrah dengan Saidina Uthman

Tahun 6 kenabian
Penentangan terhadap Nabi semakin dasyat, beberapa Kali percubaan demi percubaan untuk membunuh Nabi.

Tahun 7 kenabian
Bani Hasyim dipulaukan kerana tidak mahu menyerahkan Nabi, mereka dipulaukan selama 3 tahun

Tahun 10 kenabian
Barulah pemulaun berakhir, namun 'tahun kesedihan' menyusul tatkala Abu Talib meninggal dan tiga hari selepasnya Khadijah pula yang pergi

Serangan terhadap Nabi semakin menjadi-jadi...

Dakwah Nabi ke Taif ditolak mentah-mentah, dihalau dengan balingan batu-batu bertubi-tubi sehingga berdarah Nabi.

kejamnya.

bahkan nabi dikejar sehingga ke luar kota dan mereka mentertawakan Nabi.

Selepas itu, Nabi berdakwah kepada 26 Kabilah Arab yang menunaikan haji dalam masa 10 hari, semuanya menolak dengan kasar.

Kini...Rasulullah berada dalam keadaan beban yang memuncak selepas penolakan demi penolakan, penderitaan yang ditanggung.

Allah menghadiahkan 'percutian' iaitu peristiwa Israk dan Mikraj kepada Nabi.

ISRAK
1. Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
2. Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.
3. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.

MIKRAJ
1. Dari Baitul Maqdis naik ke langit
2. Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
3. Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
4. Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.
5. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
6. Langit 4, berjumpa Nabi Idris
7. Langit 5, berjumpa Nabi Harun
8. Langit 6, berjumpa Nabi Musa
9. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.
10. Melawat Syurga dan Neraka.
11. Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
12. Naik ke sidratulmuntaha
13. Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
14. Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.
15. Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.
16. Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
17. Pulang semula ke Mekah.

Tahun 11 kenabian
Nabi berdakwah kepada Kabilah Arab, enam orang yathrib/madinah menerima dakwah. nabi hantar Mus'ab bin Umair ke yathrib sebagai dai.

Tahun 12 kenabian
Pada Musim haji: Baiatul Aqabah 1.
12 orang wakil

Zulhijjah : Muslim haji; Baiatul Aqabah 2.
73 lelaki dan 2 wanita bersumpah setia membela Nabi.

Tahun 13 kenabian
Bulan Safar Nabi memulakan HIJRAH

~ketika Hijrah usia Nabi 53 tahun...peristiwa ini perlu dilihat dengàn mata hati Dan kaitkan dengan diri kita. Agar kekuatan dalam pemikiran dapat diterjemahkañ dalam tindakan.

# kredit solusi isu68

Friday, April 21, 2017

Saya Gadis Banjar : 10 PERKATAAN BANJAR BERMULA HURUF 'A'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



sebenarnya lagi best kalau buat video dan upload kat you tube, tapi memandangkan Amal agak sibuk...tak sempat nak edit. Makanya, Amal ambil keputusan untuk tulis di blog. Bak kata pepatah omputih "better late than never". Baik ado daripada takdo, ye dok?

kalau sesiapa tak pasti dengan apa yang akan dibincangkan ini, sila berenang ke lautan blog ini dan klik di entry HOT amal...Saya Gadis Banjar : Penutur Bahasa Banjar. Terima kasih atas kesudian duduk makan minum di Blog ini.

Dahlah...banyak cerita pula.

Ayuhak sabarataan!....(Jom semua!)

1. Awak

Jangan tersilap ye, dalam bahasa banjar awak bermaksud badan. Kalau orang banjar cakap "awak letih"...ni bukan dia tanya "are you tired?". Tapi ni adalah pertuturan bila nak cakap badan saya letih. Jadi, bolehlah cuba guna perkataan dengan lebih murni.

2. Aroh

Kalau orang kelantan aruh seerti dengan bekwah. Kalau orang jawa seerti dengan rewang. Tapi untuk orang melayu ianya bermaksud kenduri. Kalau kat rumah Amal ni, kalau ada yang guna perkataan kenduri, confirm kena kecam. Hahaha... sebab kalau tanya dekat mak, mesti cakap macam ni "rumah siapa aroh?"

3. Amun

aha, ni perkataan favorite orang banjar. Kalau bercakap ada je penambahan "amun". Amun digunakan diawal perkataan yang membawa maksud if, aah..kalau. Amun rumah ku bahari, kada kaya gini ni...wayahinik haja.

4. Andak

Put that things, Usop!. Berdasarkan pembayang tadi, agak-agak korang amun ni apa?. Ya Allah pandainya meneka. Andak bermaksud letak. Amal selalu teringat arwah nenek, kalau balik dari bendang dia akan minta segelas air teh. Nanti amal akan tanya dekat nenek "andak mana nek ai?" arwah nenek akan reply "andak di palatar". Nah, ambik korang. the real conversation but how to handle it. (apsal amal terasa poyo di ayat ini)

5. Ancap

Tolong suci murni kan fikiran korang kerana maksudnya tidaklah seperti yang korang fikirkan. Ancap dalam bahasa banjar bermaksud cepat. Ni kalau buat kerja secara gayur (lambat dan lembap)...insyaAllah lah mendapat perkataan ancap dengan tone nada yang tinggi. boleh nak tercabut lutut larr.

6. Anum

Anum bermaksud muda. Ya anum macam Amal. (sambil angkat kening). Orang banjar kalau nak membahasakan orang lain, dia akan kata muhak anum.(awet muda - wajah yang muda). mesti berbunga-bunga hati kalau Amal dapat ayat ni. Tapi kalau dapat ayat Tuhak (tua), memang nangis tak berlagu lah jawabnya.

7. Apik

buat kerja kena apik. Apik bermaksud cermat. Perkataan ini boleh geng dengan ancap. Ayah amal selau guna dua perkataan ni dalam satu ayat. Buat kerja tu kena ancap tapi apik jangan gayur. hish...konfius juga nak hurai perkataan ni.

8. Arai

Arai maksudnya seronok. ada satu kedai cina motor kat sekincan tu nama Arai Soon Heng. masa sekolah tak berapa nak kisah. Dah besar ni baru perasan bila balik kampung, ayah beli motor kat kedai tu dan no plate tu ada nama kedai..Arai...

Amal tanya kat ayah..."cina tu orang banjar ke?".

9. Aur

bagaikan aur dengan tebing. takde kaitan pun kalau dalam bahasa banjar. Aur dalam bahasa banjar bermaksud sibuk. Orang banjar akan menggunakan perkataan aur ni, untuk menunjukkan betapa aurnya mereka dengan keauran.

10. Ampih

Ampihan kita. Berhenti atau tamat. ending of the story. maka, dengan berakhirnya perkataan ampih...maka Amal pun ampih lah.


Terima Kasih para pembaca.


















Pengaruh Media Dalam Pembentukan Remaja Masa Kini

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Apa Khabar umat islam?

“Anda tahu tak?...purata rakyat Malaysia menghabiskan sebanyak 32.6 jam sehari untuk aktiviti sosial media mereka!...wah banyak tu.”

“bukankah kita hanya ada 24 jam sehari?”

Dunia telah mengalami perubahan hasil perkembangan teknologi. Hasil ciptaan dan inovasi manusia mencipta komputer dan juga jaringan internet sehingga 1001 maklumat boleh diperolehi di hujung jari.  Daripadanya tercetuslah laman sosial yang cukup popular di zaman kini seperti Facebook, Instagram, Wechat, Twitter, Whatsapp dan sebagainya. Setiap salah seorang kanak-kanak yang ada di Malaysia sudah pasti tidak terlepas daripada menggunakan laman sosial ini dan boleh mempengaruhi sahsiah diri mereka.

Hari ini, anda bersama dengan saya mendengar kesan-kesan buruk akibat penggunaan media.

Kesan buruk yang pertama adalah malas. Ya malas. Apabila terlalu asyik bermain dengan media sosial, tumpuan terhadap pembelajaran akan terganggu kerana fikirannya akan sering terfikir-fikir dengan dunia maya tersebut. Mereka akan banyak menghabiskan masa didalam rumah dengan melakukan aktiviti dilaman sosial berbanding keluar bermain secara fizikal di luar rumah. Sedangkan aktiviti diluar bersama-sama dengan rakan-rakan lebih baik dan berfaedah.

Di dalam Islam, sifat pemalas adalah penyakit yang berbahaya. Kerana ia boleh mencacatkan misi perjuangan umat Islam untuk menjadi nombor satu.  Orang yang pemalas adalah orang yang lembik, mana mungkin Rasululullah akan berbangga dengan orang lemah. Justeru itu, Rasulullah telah mengajarkan satu doa agar kita terhindar dari sikap malas dan terus kekal menjadi orang yang rajin dan berani.

“Ya Allah, aku berlindung  kepadaMu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung dari sifat malas dan lemah. Aku berlindung dari sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepadamu dari beban hutang dan penindasan orang.”(HR muslim)

Kesan buruk kedua adalah banyak membuang masa dan merosakkan kesihatan. Perhatikanlah betapa khusyuknya anak-anak apabila mereka menggunakan internet. Melayari pelbagai bentuk laman sosial dengan masa yang agak lama. Kebanyakannya menghabiskan masa dengan bermain permainan di laman sosial sehingga larut malam. Bahkan ada yang celik mata sahaja telefon pintar atau tablet yang dicari terlebih dahulu akibat ketagihan.

Perkara sebegini amat-amat membimbangkan generasi muda masa kini untuk menjadi hebat kerana pengaruh media telah melalaikan dan melekakan mereka. Sedangkan banyak perkara penting dan sihat lagikan bermanfaat boleh dilakukan. Bukan sahaja membuang masa, akan tetapi perbuatan melihat skrin telefon pintar dalam tempoh yang lama boleh menjejaskan kesihatan mata dan badan.
Rasulullah ada menyebut dalam sebuah hadis.

“Ada dua kenikmatan yang manusia sering tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang”
(HR Bukhari)

Kesan buruk ketiga menambah beban ekonomi keluarga. Bermain dengan telefon pintar atau tablet sepanjang hari boleh menghabiskan bateri dan untuk menggunakan semula perlu di cas terlebih dahulu. Disebabkan pengecasan akan menggunakan tenaga elektrik, maka sudah tentu bil elektrik akan meningkat dan membebankan ekonomi keluarga yang sepatutnya boleh dielakkan. Inilah dipanggil sebagai sebuah pembaziran. Didapati juga, semasa menonton televisyen ramai yang memeriksa telefon bimbit dalam waktu yang sama. Ini merupakan titik tolak kepada kemusnahan institusi kekeluargaan yang sepatutnya boleh dimanfaatkan dengan baik.

Dalam surah  Al-Isra’ ayat 27 Allah berfirman mengenai hal membazir.

“sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada tuhannya”

Jadi mahukah kita termasuk dalam golongan orang yang suka membazir dan digelar sebagai saudara syaitan?.

Kesimpulannya, Pengaruh media dalam pembentukan remaja masa kini sememangnya sangat memberi kesan dalam jati diri untuk menjadi insan yang kuat atau lemah. Jika digunakan dengan cara yang salah maka akan lahirlah insan yang pemalas, suka membuang-buang waktu dan tidak produktif kepada keluarga. Namun, jika digunakan dengan cara yang sihat, maka sudah tentu dapat melahirkan remaja yang hebat dan bercita-cita tinggi.

Sebelum saya mengakhiri makalah ini, izinkan saya membaca surah Al-Asr yang menyentuh mengenai masa.


“demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali 
mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"


Saya tinggalkan dengan kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Banna,

“Sesungguhnya aku amat merindui seoarng pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah”

Sekian. Wabillahi taufaik walhidayah.

Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...