Saturday, March 28, 2020

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal Masa tingkatan 3 dalam pertandingan Tafsir (jumpa tengah kemas bilik) boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan.


BERBAKTI KEPADA IBU BAPA


Prolog
Yang dimuliakan saudari pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, tidak ketinggalan rakan seperjuangan dan para hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti jejak baginda sehingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah, beradanya saya disini pada hari ini adalah untuk mentafsirkan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Israk ayat 23 sehingga ayat 25 yang membawa kepada tajuk BERBAKTI KEPADA IBUBAPA.

 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُ وَبِٱلۡوَ ٰ⁠لِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا یَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَاۤ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَاۤ أُفࣲّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلࣰا كَرِیمࣰا)

[Surat Al-Isra' 23]

Bermaksud: Dan tuhanmu telah perintahkan sampai engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaanmu dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun 'ah'. Dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia iaitu (sopan santun). -ayat 23

(وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّیَانِی صَغِیرࣰا)
[Surat Al-Isra' 24]

Bermaksud: Dan hendaklah engkau merendahkan menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) "wahai tuhanmu! Cucurkanlah kami rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" -ayat 24


(رَّبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا فِی نُفُوسِكُمۡۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِینَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلۡأَوَّ ٰ⁠بِینَ غَفُورࣰا)
[Surat Al-Isra' 25]

Bermaksud: Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu, kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahnya, maka sesungguhnya (Allah) adalah amat pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. -ayat 25

Hadirin hadirat sekalian,

Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kepada umat Islam seluruh dunia untuk diamalkan apa yang terkandung di dalam ayat Al-Quran tersebut. Daripada diatas jelas menunjukkan bahawa kita perlu BERBAKTI KEPADA IBUBAPA.

Ada tiga cara menghormati kedua ibu bapa.
1. Bersopan santun semasa bertutur dengan mereka dan sentiasa menjaga perasaan mereka supaya tidak tersinggung.
2. Mendoakan mereka agar diampunkan Allah didunia dan diakhirat.
3. Menziarahi mereka, menghormati dan memuliakan sahabat-sahabat mereka.

Kenyataan ini dapat disokong dengan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW.

Bermaksud:
Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah menunaikan solat pada waktunya kemudian berbuat baik kepada ibu bapa seterusnya berjihad pada jalan Allah.

Didalam surah Luqman ayat ke 14 Allah SWT berfirman 

(وَوَصَّیۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَ ٰ⁠لِدَیۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنࣲ وَفِصَـٰلُهُۥ فِی عَامَیۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِی وَلِوَ ٰ⁠لِدَیۡكَ إِلَیَّ ٱلۡمَصِیرُ)

[Surat Luqman 14]

Bermaksud: Dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang bertambah lemah Dan menyusukannya selama dua tahun bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua-duanya hanya kepada ku kamu akan kembali.

Cara BERBAKTI kepada mereka
1. Melayani mereka dengan lemah lembut agar mereka sentiasa gembira
2. Merawat mereka ketika mereka sakit
3. Memberikan Wang apabila mereka berada dalam kesusahan

Doa kepada ibubapa:

Bermaksud: wahai tuhanku! Ampunilah dosa kedua ibubapa serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.

Balasan kepada anak derhaka:
1. Allah SWT murka
2. Berdosa besar
3. Allah akan menurukan azab dan balasan buruk samada didunia atau diakhirat

Hadirin hadirat sekalian,

Anak yang taat kepada ibubapa akan mewujudkan keluarga yang bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga pula adalah pemangki hin utama kearah mewujudkan masyarakat penyanyang. Seterusnya akan menghasilkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Ketaatan anak kepada ibubapa akan menghasilkan keberkatan hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya atau pengajarannya daripada surah Al-Israk ayat 23 sehingga ayat 25 ini adalah kita perlu patuh dan taat kepada ibu bapa. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan mereka selepas bersolat dan terakhir berbakti kepada kedua ibubapa dengan sebaik-baiknya. 

Sampan molek dari kelapa,
Pagar sopan kolek tidak,
Berbuat baik kepada ibubapa,
Agar amalan ditolak tidak.

Sekian.




Friday, March 27, 2020

Saya Gadis Banjar : 10 PERKATAAN BERMULA HURUF 'B'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

-------------------------------------------

Baiklah semua, berkesinambungan daripada entry lalu iaitu Saya Gadis Banjar:10 Perkataan Bermula huruf 'A', jadi hari ni Amal nak buat pula perkataan huruf B. Tak tahulah kalau Amal 'rajin' sangat nak buat sampai huruf Z. Memandangkan statistik carian dalam blog ni, inilah rating tertinggi setakat hari ni.

Okay semua!. Jom mulakan pembelajaran kita hari ni.

1. Badadas

Perkataan badadas ni maksudnya adalah tergesa-gesa ataupun nak cepat. Arwah nenek Amal selalu guna perkataan ni bila nak marahkan cucu dia suruh cepat sikit pergi bendang. Biasalah kami adik beradik, bila nak buat kerja di bendang ada sahaja alasan nak lambat-lambat turun...tu yang kena marah suruh badadas sikit turun ke bendang. Dapat dah maksud badadas?. Boleh lah guna perkataan ni kalau nak suruh sesiapa cepat-cepat.

2. Bagaya

Bila nak sebut perkataan bagaya ni, Amal sarankan korang kena tekan sikit dekat perkataan hujung sekali. Jangan sebut ya tu macam jawi ي (ya) tapi tambah 'k' di belakang. Bunyi dia akan jadi bagayak. Apa maksud perkataan ni? maksud perkataan bagaya adalah bergurau. Adik Amal memang suka bagaya dengan gaya badan sekali. "macam ni ke?...macam ni ke?...jari diletik-lentikkan. Kanak-kanak riang betul...padahal dah tingkatan 5 adik Amal ni.

3. Bagana

Haa, yang ni macam perkataan bagaya kat atas tu kan. Bezanya cuma pada perkataan na. Bagana ni maksudnya tinggal. Selalunya orang banjar kalau jumpa kulaan iya...mesti akan tanya macam ni.

"dimana ikam bagana wayahinik?"

maksudnya

"dimana awak tinggal sekarang?"

4. Bahaul

Nak sebut perkataan ni ba.ha.wul. baru jadi. perktaan ni lebih kurang macam aruh juga. Tapi aruh lebih besar dan umum. Aruh maksudnya kenduri, boleh jadi kenduri kawin. Tapi untuk bahaul ni orang banjar tahu ianya memang khas untuk kenduri arwah. Jadi, bahaul maksudnya kenduri arwah. Yup!...betul tu. Cuba sebut ba.ha.wul.

5. Bahari

Amal suka perkataan ni. Tahu tak maksudnya apa?. Maksudnya adalah dulu-dulu ataupun waktu lama. Orang tua suka guna perkataan ni bila mereka nak bercerita kan. Tahulah kita, zaman waktu kecil-kecil atuk dan nenek.

"amun bahari ni hiih, kakanakan...."

6. Bahimat

Bahimat ni maksudnya bersungguh-sungguh ataupun buat betul-betul. Tak boleh buat main-main. Tapi kan, masa arwah nenek Amal ada dulu, pernah nenek marah Abang Bain sebab buat kerja tak berehat. Arwah nenek kata jangan bahimat sangat nanti semput. Abang Amal tu ada lelah pasal tu nenek tak bagi buat kerja straight tak berhenti. Nak buat boleh...tapi berhenti sekejaplah...then sambung balik.

7. Bahambur

Bersepah, berterabur tak bersusun. Inilah maksudnya bahambur. Kalau nak cakap sangat-sangat bersepah, tak kemas dan macam tongkang pecah boleh lah tambah 'an' di belakang perkataang ini untuk menunjukkan betapa teruknya keadaan ketidak kemasan itu. Bahamburan!. Ha! dapat perkataan ni dengar kat telinga memang sakit...tapi lembut lagi. Orang banjar memang lembut (rolling eyes guys....)

8. Bagamat

Hmm...perkataan ni macam sama dengan gayur. Tapi bagamat ni lagi bagus kot kalau nak cakap orang tu buat kerja slow. Bukan maksudnya lembap bila buat kerja...tapi maksudnya orang ni buat kerja teliti. Dia perhatikan satu-satu dan tidak cincai bila buat kerja. Haa!...lebih kurang macam apik, Amal ada sebut perkataan ni dalam entry lalu. Apik ni cermat. Bagamat pula teliti. Gayur pula lambat.

9. Bagirap

Maksud perkaataan ni adalah bercahaya, bersinar-sinar. Boleh lah kalau nak kata tudung yang dia pakai tu bagirap. Biasalah tudung yang banyak manik-manik tu. (Amal sakit bahu lah nak taip...tapi Amal tak nak stop lagi, jap sikit lagi)

10. Bahinak

Amal ringkaskan maksudnya adalah bernafas. Tapi bernafas laju atau kuat. sebab tu orang cakap bahinak. Ini apa yang Amal pernah dengar masa arwah nenek Amal cakap dulu. Pernah dulu, masa Amal sekolah rendah mak Amal jatuh sakit yang tenat sampai ayah Amal waktu tu menangis dekat sebelah mak Amal. Sampai sekarang Amal ingat moment itu.

okaylah...

Amal tak larat dah nak tulis. Amal sakit bahu. Tak tahulah kenapa tulang bahu Amal ni sakit sangat. Makin hari makin sakit. Makin mencucuk-cucuk. Tapi...Amal sangat suka menulis.

Bye. Terima kasih semua.







Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

........….…

Sebelum Amal menukilkan pandangan di sini, ingin Amal nyatakan banyak sumber laman sesawang berkaitan isu Covid-19 daripada kerajaan antaranya Portal Rasmi KKM dan laman sesawang rasmi yang lain untuk melihat statistik, zona merah dan sebagainya untuk langkah-langkah pencengahan keselamatan mahupun kesihatan.

Tapi, ingat...just stay at home. okay!



Dalam infografik tu adalah waktu semasa Amal tulis nukilan ni. Apapun boleh kemaskini segala maklumat dari semasa ke semasa. okay!

Masa Covid-19 menular, kalau ikutkan Amal memang tak tahu apa-apa. Amal takde sumber maklumat yang betul-betul. Hanya sekadar dengar-dengar dan Amal tak ambil peduli langsung sebab situasi Amal ketika itu. Nama virus Covid-19 ni pun Amal tak tahu. Amal tak berbual dengan siapa-siapa, tak tengok tv, tak baca surat khabar, tak tengok YouTube, takde facebook, takde instagram, takde twitter dan tak buka google. Memang Amal putus langsung dengan dunia luar.

Sampailah diri Amal (macam baru sedar dari koma) kembali semula ke pangkuan keluarga pertengahan Mac. Ketika itu, Amal menonton tv di ruang tamu rumah Amal. Amal melihat siaran berita tentang larangan mengerjakan umrah.

"Eh, Mak...tak boleh buat umrah?...kenapa?" Amal tanya dekat mak sebab sangat pelik. Tak pernah tak boleh buat umrah.

"kan virus Covid-19, virus ni bahaya boleh bawa mati" mak Amal jawab

Amal tak tanya lebih lanjut dekat mak. Amal diam dan meneruskan aktiviti termenung. itu jelah aktiviti menarik yang Amal lakukan ketika balik dirumah.

Ayah Amal tak putus-putus bercerita tentang Covid-19 dan beliau berkata yang kilang tempat kerjanya akan ditutup sebulan. Tapi, ayah kata tunggu pengumuman rasmi dari Perdana Menteri. Kalau nak cerita pasal Perdana Menteri yang baru pun Amal tak tahu...kelakar sungguh.

okaylah.

Pada hari rabu bersamaan 18 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari dengan tujuan untuk mengekang wabak ini terus merebak di kalangan masyarakat. Semua orang kena duduk rumah masing-masing dan jangan pergi mana-mana. Bukan apa takut korang tu pembawa virus.

Walaupun maksudnya kerajaan suruh untuk 'berkurung', tapi Amal bersyukur ini lebih baik. Sebab Amal berkurung dengan kelarga. Mak, ayah dan adik-beradik ada bersama dalam 'kurungan' ini. Tak kisah kalau dikurung sebegini. Amal happy sangat walaupun mimik muka Amal tak menunjukkan riak senyum dekat diorang.

Eh, tambah lagi 14 hari sehingga 14 April 2020. Selagi wabak ini belum dapat diatasi...selagi itu kerajaan tidak boleh memberikan kata putus.

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha menjaga diri dan keluarga masing. Buatlah aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat bagi yang masih sihat walafiat ni. Hargailah masa yang Allah berikan ini...

Hakikatnya semua manusia sedang diuji dengan musibah ini, cuma nya khas untuk yang ahli keluarga dipilih Allah menghadapi wabak ini secara langsung...Amal doakan semoga korang tabah dan banyakkan bersabar ye. Semualah...Amal nak cakap.

Inilah masa terbaik untuk kita luangkan bersama keluarga. Luangkan masa untuk diri sendiri. Luangkan masa dengan Allah. InsyaAllah...moga Allah ampunkan semua dosa kita yang lalu, sekarang dan akan datang.

Allah sayangkan hamba-hambanya yang bersabar dan bertaubat.















Thursday, March 26, 2020

Rumah Mutiara Kata 28

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "peluang adalah pilihan, kita yang pilih peluang itu"

huraian : Setiap daripada kita diberikan peluang, peluang untuk memilih. Memilih yang baik mahupun yang buruk. Peluang dan pilihan itu sentiasa ada terbuka luas. Kita yang akan menentukannya. Seperti kata adik saya yang bernama Farhana, dia kata kalau kita diberikan antara sebiji epal yang buruk dan sebiji epal yang elok, kita yang ambil pilihan untuk menentukan yang baik mahupun yang buruk. sekian. jaga diri ye. 


REFLEKSI : KU LUAH DENGAN TULISAN

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

........….…


Ketika Amal sedang menulis nukilan ini, seluruh dunia tidak terkecuali negara kita sendiri Malaysia sedang dilanda pandemik Covid 19 atau dikenali Corona Virus 2019 yang boleh menyebabkan kematian kepada individu. Tapi, Amal bukan nak bercerita tentang itu...

Entry Covid 19 Amal akan tulis khas nanti.
ingat...just stay at home. baca je apa yang Amal nak luah ni.

Amal hanya nak luahkan apa yang berlaku pada diri Amal sepanjang 'kehilangan' Amal dari seluruh dunia sosial media (Blog, Facebook, Twitter, Instagram, You Tube) dan dunia Amal sendiri (Keluarga, Kerja, Sosial).

Ramai yang cari, ramai yang tanya. Bukan senang Amal nak cerita apa yang berlaku dan Amal tak boleh nak ceritakan semua. Amal rindukan menulis. Terlalu rinduuuuuu. Salah satu ubat untuk Amal hilangkan kerinduan menulis ini...

yup! pastilah dengan menulis.

kali terakhir entry Amal di Blog ni adalah pada 18 Mac 2019 kan?

maksudnya...sudah setahun Amal tak menulis sebarang entry di blog ni, sebab terlalu banyak peristiwa 'berat' yang berlaku pada diri Amal. Sehingga semua hubungan berjaya diputuskan. Tapi...satu hubungan yang takkan berjaya diputuskan.

Hubungan Amal dengan Allah.

Alhamdulillah...hari ni Amal dah boleh pegang Laptop. setahun Amal tak dapat pegang. Amal rindukan Laptop Amal.

okaylah. Amal nak luah ni.

---------------------------------------------------------------------------------

Amal sakit.
Sangat - sangat sakit.

Amal memerlukan pertolongan dan doa kesembuhan daripada semua orang. Amal tahu sakit Amal tak seberapa dibandingkan dengan orang lain yang Allah uji.

Tapi Allah sedang uji Amal dengan 'sakit' ini.

Tak pernah dalam hidup Amal akan terbayang di uji dengan sakit yang sebegini. walaupun sebelum ' ini Amal pernah menulis tentang nikmat sakit 1 dan nikmat sakit 2 dalam blog ni. Tapi 'sakit' kali ini adalah totally lost dan Amal kena bermula dari zero semula untuk hidup Amal. Amal dah tiada kerja, tiada perniagaan, tiada kawan-kawan, tiada duit, tiada simpanan, tiada phone, tiada kereta, semualah.

K.O.S.O.N.G

Allah bagi Amal rasa semua apa itu erti 'SAKIT'. Sakit yang dulu bukan sakit sebenar. Allah cuma bagi Amal sebulan tak boleh berjalan. Kali ni Allah bagi Amal setahun atau mungkin selamanya sampai mati.

sampai mati Amal. sampai mati.


menggigil...

nota:

Alhamdulillah....Allah sayang Amal. Allah selamatkan Amal. Tapi untuk makluman semua...Amal memang dah tutup sementara semua akaun sosial sebab Amal perlukan masa untuk sembuh dan tak nak berhubung dengan mana-mana atau sesiapa. Hanya orang tertentu sahaja.  Amal dalam proses sembuh, jadi Amal cuba sikit2 bercakap semula dengan ahli keluarga, sebab sebelum ni amal susah nak bercakap. Amal macam dah lama tak jumpa orang dan tak bercakap dengan orang. Salah satu cara nak berkomunikasi dengan Amal pun tulisan. Amal hilang minat untuk buat semua benda. untung sahaja Amal masih minat menulis. Hari ini Amal okay, sebab tu boleh menulis agaknya. Tapi pastinya gaya tulisan Amal ni sudah berubah. Slowly but surely... InsyaAllah.















Monday, March 18, 2019

REFLEKSI : PERUBAHAN 360 DARJAH

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

........….…


Perubahan 360 darjah,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Ada tulisan yang Amal nak kongsi dengan rakan2. Nak sangat. Memandangkan dah lama Amal tak berkongsi cerita kan?

Bulan 4, tahun 2018, yup! Tahun lepas. Satu tahun yang mengajar Amal erti fizikal, mental dan emosi serentak. Amal kira peristiwa itu adalah 'turning-point' dalam hidup Amal. Amal rasa macam Allah betul2 nak ajar Amal. Sebulan Allah 'tegur'. Sebulan tu...Amal rasa lagi sampai ke hari ni.

Habis sebulan Allah tegur...masuk bulan 5. Amal berazam banyak perkara. Perkara pertama Allah hidayahkan kat Amal adalah :

1. Ubah rutin ibadah
Solat 5 waktu tu wajib. Semua umat islam buat. Tapi Amal mula persoalkan kualiti solat Amal. Amal solat tapi rasa kosong. Amal tak rasa ini solat gred A. Banyak quotes dari para dai tulis 'kalau nak baiki hidup, baiki solatnya'.
Ini semua kerja Allah, tiada daya kekuatan Amal melainkan Allah bantu Amal. Amal memang betul2 nak berubah. Amal nak menghadirkan Allah dalam hati Amal. Dari situ Allah ilhamkan Amal mula dengan baiki wuduk. Bila Amal dah mula ambil wuduk dengan betul, Amal rasa ralat nak solat tanpa khusyuk. Hari pertama ubah cara solat...Amal rasa macam baru dapat hidayah. Bila dah dapat hidayah tu, Amal tak nak lepas. Amal nak pegang betul2. Nikmat sangat bila dahi dapat sujud atas sejadah. Setiap kali Amal sujud, betapa Amal ingat azabnya Allah tarik nikmat masa Amal sakit sampai tak dapat sujud...hanya duduk dikerusi. Amal tak nak Allah tarik nikmat itu untuk kali kedua. Ujian bermula, bila Amal rasa solat Amal lebih bagus dari orang lain.  Ini yg dipanggil ujub. Sifat mazmumah, sifat yang tercela. Sedangkan nilai bagus tak bagus tu hanya Allah yang tentukan. Keputusan solat ni, kat akhirat baru tahu.  Nak bagi neutral kan balik, banyakkan istigfhar untuk hilangkan rasa ujub tadi dan Amal kena solat dekat masjid. Kat masjid, Amal akan tengok lebih ramai manusia yang solatnya lebih lama, solatnya lebih berkualiti, doanya lebih padu dan hatinya lebih ikhlas dibandingkan Amal. Bila macam tu, Amal takkan ada rasa bagus...malah rasa teruk sebab rasa bagus, sedangkan tak bagus mana pun solatnya... sebab hamba Allah yang lain lebih bagus dari Amal. Dosa Amal masih banyak. Dorang tu lagi banyak amalan berbanding Amal. Amal kena sentiasa ingat...Allah yang bagi hidayah ni kat Amal, kalau Allah tak bagi mungkin sampai sekarang solatnya hanya sekadar solat. Buat takde rasa, terpaksa dan biasa2.

2. Keikhlasan
Keikhlasan ni duduk dalam hati. Ada hari kita ikhlas. Ada hari kita tak ikhlas. Amal pun macam tu juga. Skala keikhlasan ni selalu naik turun. Orang sekeliling boleh rasa...boleh tahu bila Amal tak ikhlas walau mulut kata okay. Nak jadi manusia ikhlas ni susah. Kena didik dengan kesabaran yang cukup2 tinggi. Amal tahu masa sebelum dan selepas sakit banyak orang terasa dengan Amal. Amal pun tak tahu macam mana nak kawal muka ikhlas tu. Tapi kan...masa sakit tu Allah ajar Amal banyak perkara tentang ikhlas dan sabar. Amal dapat rasa dalam pelukan erat yang...rasanya macam diri didoakan jadi baik. Alhamdulillah...sebab kan kasih sayang dan rahmat yang Allah berikan dan doa dari orang2 sekeliling...Amal masih dalam 'kursus' ikhlas dan sabar. Amal tak nak graduasi darinya...Amal nak terus menjadi pelajar ikhlas dan sabar. Rendahkan diri dan bergaul lah dengan orang tua. Diri tu akan rasa...untung orang tua ni...banyak amalan. Ingat senang nak jadi manusia yang ikhlas?...ouh...susah. Hati memang kena betul2 bersih. Cuci dengan zikir dan perbanyakkan istigfhar... Amal masih belajar ikhlaskan hati.

3. Keberanian
Banyak benda yang Amal takut nak buat sebelum ni. Amal takut bercakap dengan stranger, takut memandu di kawasan sibuk, takut akan tempat tinggi dan takut berenang. Tapi Allah tiupkan keberanian tu  dalam diri Amal satu-persatu.
- Bermula dengan bercakap, Allah ilhamkan Amal menjadi seorang pemula bicara. Amal mula ada kawan yg baru kenal dalam MRT, Teksi, Grab, Bas, Masjid, Jiran2 taman...selain kawan sekolah, uni, kerja dan saudara mara.
- kedua...takut memandu. lepas SPM, Amal ada lesen kereta. Ayah punya sistem...anak2 ayah mesti ada lesen kereta dan motor lepas SPM. Lepas dapat lesen, memang berkobar-kobar nak bawa. Tapi selalu sangat melanggar. Peristiwa paling takut, lepas langgar kereta seorang wanita....calar teruk.  Aduhai...rasa down dan fobia...sebab rasa tak layak jadi driver. Setahun kemudian, ayah beli kereta baru...Amal mula bawa balik kereta sekitar kampung je. Itupun tak berapa berani nak bawa ke pekan2. Dua tahun macam tu jelah. Bawa dalam keadaan takut2. Tapi lepas peristiwa sakit tahun lepas. Amal tak tahu macam mana keberanian ni datang... Amal mula bawa kereta ke pekan2 kampung, dari pekan terus ke bandar2 besar macam Shah Alam.
- takut akan tempat tinggi. Lif ke, cabel car ke, apa je lah yg melibatkan ketinggian. Kalau dulu naik lif mesti rasa nak muntah. Dalam perut macam ada benda. Takut dan tak suka sangat naik lif. Boleh je naik lif tapi bila ada tangga...Amal pilih tangga. Dulu adik Amal tinggal kat Puchong, rumah apartment dia banyak tingkat kena naik lif...sebab takut sampai kesudah Amal tak naik. Tapi entah macam mana, kekuatan ni datang. Amal boleh je naik lif. Elok je dah...tak muntah pun. Amal rasa takut ni 'mindset'.
- takut berenang. Masa Amal umur dalam 8 ke 9 tahun...Amal pernah hampir lemas dekat belakang kolam ikan ayah... Kalau air cetek beranilah. Tapi bila air dalam sikit dah takut. Tapi hari ni, Amal dah pandai berenang...kemaruk dengan air dalam2. Amal tak tahu macam mana Allah boleh jadikan Amal macam hari ni.

Semua ni mungkin sebab Doa.
Amal minta Allah jadikan Amal fasih dalam berbicara...doa pandai bawa kereta...percaya tak Amal minta dekat Allah jadikan Amal orang yang mahir bawa kereta (takde langgar2)...semua tu Amal minta spesifik dan details dengan Allah. Sebab Amal tahu, Amal tak berani. Amal minta Allah jadikan Amal orang yg berani terhadap apa yang Amal takutkan. Tapi, mungkin ada doa dari orang lain yang selalu doakan Amal. Terima kasih yang mendoakan Amal...

Sebelum Amal nak akhiri refleksi diri setahun Amal ni...Amal nak mohon maaf pada rakan2, kenalan dan sahabat di semua laman sosial Amal yg ada. Salah kata, salah tulisan yang menyinggung hati perasaan kalian. Maafkanlah Amal.  Tegurlah Amal, betulkan Amal. Nasihatkan Amal. Doakanlah Amal dan kita semua istiqamah dalam meniti jalan Allah ini.

~road to Ramadhan
Catatan Amal.

                                                 

Sunday, December 23, 2018

TRAVELOG : DISEBALIK CERITA KE KEDAH 1

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



PERAK-PERLIS-KEDAH


Ayah Amal balik dari kerja pukul 5 petang. Masa tu hari Jumaat. Amal dengan adik-beradik yang lain baru sahaja selesai menunaikan solat asar duduklah tengok tv. Ayah yang belum sempat buka kasut terus berbicara seperti ini.

"siap...siap. pukul 6 kita jalan pergi Kedah!"

kitorang punya reaksi be like...

"Haaa??...pergi Kedah? pukul 6?" Biar betul?" 

Nampaknya bukan mimpi, bukan main-main. Ini betul-betul. Jadi, dalam masa yang tak sampai satu jam...terpaksalah kami packing baju dengan nak mandi dan bersiap lagi. Dia punya kelam kelibut tak tau nak cakap macam mana. Alhamdulillah tepat pukul 6 kami semua siap. Done!.

Amal sebenarnya tak tahu apa tentatif program perjalanan ayah ni...sebab semuanya dalam kepala ayah. Jadi, tak boleh nak agak. Rupanya nak bawa kami makan ikan bakar dekat negeri perak. Patutlah keluar awal sangat.

Segar dari lautan

Sambil tunggu ikan bakar


Macam-macam jadi di Perak

Amal tengah fikir nak cerita ke tak nak cerita...menarik ke tak menarik...

ceritalah...

Lepas kami keluar dari kedai makan  dekat pukul 10 malam...ayah teruskan perjalanan sampai dekat petronas sebelum simpang Terong, Perak. Kami singgah solat isyak dekat Petronas dulu. Lepas keluar dari Petronas...Amal cakap dengan ayah kenapa bunyi tayar kereta macam lain macam je. Ayah pun bagi signal ke bahu jalan dan berhenti. Bila ayah turun dan tengok tayar.

"Allahuakbar...tayar pecah"

Amal sengih je. Teringat terus peristiwa dekat Lebuhraya Seremban masa balik dari Pahang.Ayah ambil pusingan yang sangat jauh. Dari Pahang turun ke Johor naik ke Melaka baru sampai Selangor. Tapi sebelum masuk Selangor...Tiba-tiba tayar pecah dekat seremban.

Berbalik semula cerita di Perak. Tayar disahkan pecah pukul 11.30 malam. Ayah slow-slow bawa kereta ketempat yang lebih terang dan sesuai nak tukar tayar. Memunggah lah beg-beg baju di bonet sebab nak ambil tayar kecemasan.

Macam2 dekat bonet

Ayah sorang je lelaki kan, jadi Amal ni pun gilir-gilir dengan ayah pusing Jack. Alhamdulillah Amal pandai tukar tayar. Eceh...

Alhamdulillah...setel tukar tayar. Pukul 12.30 pagi. Ni pakai tayar kecemasan. Lepas sejam perjalanan. Amal cakap dengan ayah...bunyi tayar ni lain macam. Ayah apa lagi terus berhenti.

"Allahuakbar...tayar kecemasan ni pun pecah"

Termenung kejap ayah. Jalan tu gelap takde lampu. Jam pun dah pukul 1.30 pagi. Amal cadang dengan ayah patah balik. Cari jalan terang.

Ayah pun slow-slow bawa kereta sebab tayar pecah dah kan. Ayah nampak ada surau...ayah pun berhenti. Ayah kata dengan kami tidur sinilah dulu. Ayah keluar dari kereta tak tahu berjalan kemana...

Alhamdulillah...ayah kata ada orang dekat kedai runcit tu nak tolong. Amal pun tengok kat kedai tu ramai betul lelaki. Tuan kedai tu bagi pinjam tayar kereta dia dekat ayah. Dorang ramai-ramai tolong tukarkan tayar.

Ayah bawa kereta ke kedai


Syukur sangat...Allah datang kan pertolongan pada waktu-waktu yang kalau ikutkan semua orang dah tidur.

Tepat pukul 2.30 pagi semuanya selesai. Bukah Ayah je dah boleh tarik nafas lega, kitorang pun dah boleh bernafas sikit. 10 minit dari tempat kejadian kereta ayah meluncur masuk ke Lebuhraya Taiping dan mulakan semula perjalanan ke Kedah.  Mudahan perjalanan ini dilindungi Allah.

Tido dalam kereta 

Ayah tak tidur tau.

sambungan di Travelog: Disebalik Cerita ke Kedah 2.






Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...