Saturday, June 20, 2020

Rumah Mutiara Kata 31

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Manusia boleh berubah, 
istiqamah itu yg payah, 
mintalah agar ia kekal mudah"

huraian : Allah akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja, dari seorang yg solat boleh jadi seorang yg jaga solat, dari seorang yg tak tutup aurat, boleh jadi seorang yg tutup aurat, dari seorang yg jahat, boleh jadi seorang yg sangat baik. Hakikatnya semua orang boleh berubah. Namun, disebalik perjalanan perubahan seseorang itu akan melalui detik teringat masa lalunya...saat itulah ujian istiqamah itu menyapa. Apakah kita akan kembali, tinggalkan tudung yg telah dipakai, apakah kembali menjadi jahat. Jika itu yg terjadi, ingat lah semula apa dan kenapa Kita berubah...jika kerana Allah...kuatkanlah diri agar minta semuanya kekal menjadi mudah. InsyaAllah.

Saya Gadis Banjar : PEMERAH TEBU TRADISIONAL

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

-------------------------------------------

Bosan juga petang-petang tak tahu nak buat apa. Bawah rumah Amal tu ada banyak buaian....sambil berbuai boleh merasakan angin sepoi-sepoi bahasa. ahahkkks...melalut.

okaylah, Amal nak kongsi satu benda 'rare'. Jarang nampak dimana-mana, mungkin ada di tempat tertentu sahaja.

contohnya rumah Amal.

Benda ni kita panggil sebagai alat pemerah tebu tradisional. Zaman sekarang dengan perkembangan teknologi, alat pemerah ini pun melalui revolusi untuk urusan komersial orang banyak gunakan mesin sebab lebih cepat, efisyen dan marketable untuk berniaga.


Amal pun pernah juga mesin tebu sendiri dengan ayah. Sebab bawa 2 guni tebu untuk diperah. kena hati-hati bila guna mesin tebu yg laju ni...takut terkepit je.




baiklah, balik ke cerita utama. alat pemerah tebu tradisional ni rasanya lebih selamat. sebab perah satu-satu je. tapi, penat lah sikit sebab banyak kerja. buat satu-satu...letak...tekan...sampai jus tebu tu menitis.






Jadi, kita Ada dua option nak perah tebu ni. Boleh guna cara traditional atau nak guna cara mesin. Dua2 mencapai tujuan yg sama...cuma hasil dan efisinmya yg berbeza. Kalau mahukan kekuatan tulang dan old school boleh guna yg lama. Romantik gitu. Lambat2 je dapat hasil...tapi mantap...rasa air tebunya.

Bye.

Tuesday, June 16, 2020

TRAVELOG: DI SEBALIK CERITA KE KEDAH 2

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

Sambungan dari kisah Travelog: Disebalik cerita ke Kedah 1.


Alhamdulillah, kita dah sampai Kedah!!!!

Ingat lagi pagi tu, di Hentian Rehat susur keluar Lebuhraya Kedah. Amal dan keluarga berhenti untuk tunaikan solat subuh. 

Lepas tu cari sarapan. 

Kali pertama sarapan dekat Kedai Makan Kedah ni memang lain macam betul. Kami sekeluarga memesan menu yg sama iaitu kepingan Roti Canai Goreng dengan kuah pelbagai seperti Sardin dan Udang.

Jalan punya jalan ayah bawa pergi Padang Besar.

Tengok ni...

Memang ayah ni faham mak

Macam2 mak borong kat sini...dari sakit lutut boleh sembuh mak. Ayah pula layan je...siap bagi peruntukan kat mak nak beli apa.

Sampai zuhur Kat sini, kemudian ayah pun bawa kami pergi ke Guar Cempedak, Kedah.

Sebelum sampai kesana, Amal tengok cantik sungguh pemandangan padi. Rasa lain macam. Korang Kan tahu...rumah Amal  kan  memang tanah bendang. Tapi, bila pergi tempat orang ni...teruja pula rasa. Biasa padi sekinchan rata je...lapang je. Bezanya, padi dekat Kedah ada bukit bukau dan tepi lebuhraya. Kan lain macam tu.

Ada bukit belakang tu...

Lepas berapa jam...sampailah  kami di Guar Cempedak. Tapi Masa ni perut dah lapar. Tapi bergaduh dengan ayah. Ayah nak cari homestay dulu baru keluar makan. Tapi kami nak ayah singgah makan dulu, baru cari Homestay. Tak guna gaduh dengan ayah. Ayah bertekad nak cari homestay dulu. Maka dekat dua jam pusing2 Kat situ. Akhirnya lepas dua jam... Alhamdulillah dh jumpa homestay. Kami dah sangat lapar, tuan rumah pula lambat lagi. Kami pun singgah makan dekat Kedai dulu...sementara ayah jumpa tuan rumah ambik kunci.

Nice Kan...


Pagi2 checkout, Kita singgah ke Pasar Guar Cempedak Cari sarapan...sambil tu Kita tengok lauk2 basah yg segar2.


Sarapan nasi lemak ikan kembong

Pasar awam

Lepas pergi sini ayah bawa pergi naik Gunung Jerai. Memang cantik sangat...boleh tengok pemandangan sawah padi yg cukup cantik dari atas Gunung Jerai diliputi awan-awan putih yg tergantung. Rasa tak nak turun...nak duduk dekat atas dahlah sejuk. Bunga dekat atas ni cantik-cantik warnanya...mekar.


Amboi ayah...

Okay, dah puas Kat atas...apalagi turun lah...Kita nak pergi Pantai Merdeka pula. Destinasi terakhir Kita di Kedah sebelum Kita balik ke pangkal jalan. Kita nak cari hasil-hasil laut seperti ikan kering, ikan bilis, sotong kering dan macam2 lagi dekat Tanjung Dawai. Dari pantai merdeka nak ke Tanjung Dawai ni kena naik bot. Ataupun kalau korang dari Tanjung Dawai nak ke Pantai Merdeka. Boleh lah mana2.

Tanjung Dawai

Pantai Merdeka

Sedapnya...


Sebelum balik ke Sekinchan dan meneruskan perjalanan kami perkena dulu laksa dan ABC kat sini. Ingat Tak...pasal tayar kereta yg pecah sebanyak 2 kali dalam siri pertama travelog ni...balik tu ayah singgah ke kedai yg tolong tempoh hari untuk pulangkan tayar kereta yg dipinjam serta berikan sedikit buah tangan dari Kedah. Terima kasih sangat2.

Alhamdulillah...selamat sampai kat rumah. Satu pengalaman dan perjalanan yg sangat menyeronokkan. Ingat...lihat dunia dengan mengembara.

Bye. Jumpa lagi dalam trevelog akan datang.

Sunday, June 14, 2020

REFLEKSI : HANYA ALLAH, AKU DAN SEJADAH

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

........….…


Maafkan angah ayah...angah sayang ayah.

Didalam setiap doa, dari kecik sampai besar tak pernah sekalipun Amal minta dekat Allah akan takdir hidup yg buruk. Sesiapapun pasti akan minta yg baik2 Kan. Tapi kenapa ayah, seolah2 cakap macam semua yg berlaku sekarang ni angah yg minta.

"Tolong aku Ya Allah...Tak tahu nak buat apa...menangis je...Amal dah terlalu buntu"

Dengan segala tekanan yang datang, tambah dengan kemerosotan kesihatan Amal...sungguh buat Amal rasa penat.

Ujian manusia itu berbeza-beza. Amal faham Allah sedang uji Amal. Amal terima takdir ni.   Tapi sepanjang diuji...Amal pernah rasa hampir nak putus Asa...rasa dah tak tahan sangat. Amal penat...

Satu sahabat Amal pesan
"Amal...jangan give up!. Jangan putus Asa terutamanya dengan Allah!"

Sakit ya Allah...terlalu sakit...its too pain.

Allah je tempat Amal nak mengadu bercerita apa yg betul2 terbuku dalam hati Amal...perasaan Amal. Kadang tak sedar 2 atau 3 jam masih termegu diatas sejadah. Dari basahnya telekung...mengering sendiri tanpa sedar. Minta benda yg sama sahaja...pengampunan.

Dalam merayu dan menangis merintih dengan Allah kadang2 Amal rasa Allah benci Amal. Amal datang pada Allah tapi Allah macam Tak nak Amal. Amal Tak nak Allah benci Amal. Sakit rasanya. Tapi Tak...Allah sayang Amal...dia Tak benci... Dia akan datang pujuk Amal. Allah sayang Amal. Allah cukup sayang Amal. Allah kata padaku 7...ye Amal faham angka 7 itu.

Hanya Allah, Aku dan Sejadah....










Saturday, May 30, 2020

AKIBAT BURUK DAN BAIK PERBUATAN MANUSIA


Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal yang kedua masa tingkatan 3 dalam pertandingan Tafsir (jumpa tengah kemas bilik) boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan. 





AKIBAT BURUK DAN BAIK PERBUATAN MANUSIA


Yang dimuliakan saudara pengerusi majlis. Para hakim yang menegakkan paksi keadilan, tidak ketinggalan rakan seperjuangan dan para hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Segala puji dan kesyukuran bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang meneruskan perjuangan jejak baginda sehingga kehari kiamat.

Beradanya saya disini pada hari yang berbahagia ini adalah untuk mentafsirkan ayat Al-Quran daripada surah Al-Rom (bangsa Rom) ayat yang ke-41 bertajuk akibat yang buruk dan baik dari perbuatan manusia.


Bermaksud: telah nampak kerosakan di darat  dan dilaut supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar) (Taubat)

Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kepada seluruh umat Islam diatas muka bumi untuk diamalkan apa yang terkandung didalam ayat Al-Quran tersebut. Perkara yang terkandung dalam Al-Quran adalah menyeluruh mengenai kehidupan manusia. kandungan Al-Quran seperti

1. Akidah
2. Ibadah
3. Hukum
4. Akhlak
5. Muamalat
6. Sirah
7. Munakahat

Daripada ayat surah Al-Rom 41:
Bermaksud : Telah nampak kerosakan didarat dan dilaut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia...

Daripada ayat diatas jelas menunjukkan bahawa kerosakan, kemusnahan dan kehancuran yang berlaku diatas muka bumi ini adalah disebabkan dari tangan-tangan manusia.

Akhir-akhir ini kejadian yang merosakkan bumi telah nampak dan jelas serta secara terang-terangan. Kejadian perang seperti Iran Iraq menyebabkan banyak kemusnahan dinegara tersebut berlaku. Penggunaan senjata nuklear, bom, peluru berpandu dan senjata moden yg lain menyebabkan banyak kemusnahan yang membawa kesan buruk kepada rakyatnya. contoh lain, penggunaan senjata seperti ini menyebabkan Hiroshima dan Nagasaki hilang dari peta dunia. Semuanya itu adalah terbit dari tangan manusia itu sendiri.

pendengar budiman,
perkara diatas bersesuaian dengan firman Allah SWT yang melarang melakukan kerosakan di muka bumi ini:

bermaksud : dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah SWT tidak suka akan orang yang berbuat kerosakan.

dalam ayat 41 Surah Al-Rom menerangkan konsep kerosakan darpada tangan manusia sebagai akibat dari perbuatan mereka.

akibat buruk dari tangan manusia seperti berikut

pencemaran di darat:
  • hakisan
  • suhu bumi meningkat
  • kepupusan haiwan dan tumbuhan
pencemaran di laut/sungai:
  • hidupan di dalamnya mati
  • air menjadi kotor
kepada manusia
  • mengancam nyawa
  • membahayakan kesihatan
sesungguhnya setiap perbuatan manusia itu akan disoal di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah yaasin ayat 65

bermaksud: pada hari itu kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada kami tangan yang memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

sebagai seorang muslim, kita mestilah menjauhi daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan bumi. bersesuaiann dengan hadis nabi mengenai muslim yang menjaga tangannya:
sabda rasulullah SAW
bermaksud : seorang muslim itu ialah yang merasa aman sejahtera muslim yang lain dari bencana lidah dan tanggannya.

adapun perbuatan yang baik dari tangan manusia dengan membangunkan bumi ini. manusia sebagai khalifah yang dipilih Allah SWT memikul amanah dengan tugas yang mencabar iaitu menguruskan segala yang ada di bumi ini. 
dunia dan segala isinya adalah milik semua. penghuni dunia merasa generasi sekarang dan akan datang. sebagai khalifah dibumi ini, akan berpegang teguhlah prinsip tiada toleransi dalam penyalahgunaan kuasa dalam pengurusan sumber alam yang mengakibatkan sumber alam yang membuatkan kerosakan dan kemusnahan.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah bermaksud: dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi

islam menggesa supaya umatnya bersifat lemah lembut kepada semua makhluk lain. menguruskan alam dengan baik dalam menunaikan amanah yang telah dipikulkan.

kesimpulannya,
sesungguhnya bagi orang yang pandai berfikir dan dapat merenung dengan mata hati yang jernih tiada lagi keraguan terhadapnya bahawa keperihatinan kepada penjagaan alam di muka bumi ini adalah manifestasi dari iman yang teguh serta pemahaman mendalam mengenai islam. malah ianya adalah sebahagian dari apa yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai akhlak mulia.

sabda rasulullah SAW
maksudnya : sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak.

kelangsungan hidup didunia ini adalah bergantung kepada pengurusan yang bijak keatas bumi Allah dan sumber-sumbernya. kehidupan yang sempurna yang membolehkan manusia beribadah dengan selesa adalah salah satu tujuan agama.
tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini untuk menjaga alam ini tidak terlepas dari tuntutan dan kehendak agama dan tanggungjawab setiap muslim yang memahaminya dan berharap bertemu dengan Allah dalam keadaan sejahtera. 

sebelum saya mengakhiri tafsiran ini saya ingin memberikan satu mutiara kata:
"orang yang berfikirann besar akan memperkatakan tentang ilmu, 
orang yang berfikiran sederhana akan memperkatakan tentang peristiwa,
orang yang berfikiran rendah akan memperkatakan tentang manusia, 
manakala orang berfikiran cetek akan memperkatakan tentang diri sendiri:

akhir kata, saya memohon kemaafan kepada hadirin dan hadirat kerana sudi mendengar. Segala yang baik datang dari Allah..segala kesilapan yang saya lakukan adalah dari kelemahan saya sendiri.  sekian


Wednesday, May 13, 2020

Dari Buku Notaku : Negative Mind Attitude

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal


Perkara yang  buatkita terperangkap dengan diri sendiri.

-sumber catatan amal dari kuliah online Ustaz Amin

Banyak orang tak boleh 'move on' dengan masa lalu. Dia masih dibelenggu dengan benda yg sudah terjadi dan berlaku. Sama lah dengan yg bercakap ni. Jadi, macam mana nak bebaskan diri kita dari terperangkap dalam keadaan macam tu. Paling penting kena ada AWARENESS atau orang panggil kesedaran.

Ingat tak, Rasulullah SAW pernah disihir. Dan Nabi tidak membiarkan diri nabi macam tu je...Nabi tahu ada something yg tak kena pada diri Nabi dan Nabi ubat benda tu.

Ada 3 perkara yg menyebabkan seseorang susah nak 'move on':

1. MENGELUH
Tak salah kalau Kita nak mengeluh, itu fitrah biasa lepas seseorang melalui sesuatu. Penat balik kerja, kesesakan lalu lintas ataupun masak tak jadi. Dengan kadar minimum mengeluh...'penatnya hari ni...' sekadar melepaskan keluhan. Yang jadi salah dan buruknya dalam mengeluh bila dah jadi kebiasaan...tabiat. Sehingga semua perkara dikeluhkan. Semua perkara jadi punca marah2. Kita faham awak penat balik kerja, boleh nak mengeluh...dibenarkan, tapi jangan sampai hari2 mengeluh penatnya balik kerja...sehingga 2 jam kemudian. Sebab dengan mengeluh hari2, dia akan ajar minda supaya fikir negatif. Dan hati-hati...bila kita sudah mula mengeluh ia akan mula membawa kepada point yg kedua...mula menyalahkan...

2. MENYALAHKAN
Kenapa kita menuding jari pada orang lain?...kerana kita perlukan seseorang untuk bertanggungjawab jawab dengan sesuatu peristiwa atau insiden yg berlaku. Bermula daripada mengeluh tadi...akhirnya membawa kepada menyalahkan. 'penatnya hari ni...awaklah ni yg tak reti nak jaga anak elok2...saya penat ni....saya nak rehat...jagalah anak awak ni". Nampak tak? Kita jadi suka meletakkan kesalahan 100% pada orang lain. Kena faham...dalam punca kesalahan seseorang tidak menyumbang 100%. Berapa kadar % kesalahan orang lain pada Kita. Mungkin 20%, salah isteri...30% salah Kita...50 atas faktor2 lain. Hentikan sifat suka menyalahkan orang lain kerana ia takkan bantu diri kita untuk nampak betul dan sedarlah akan diri kita juga ada salah. Akui kesalahan dan baiki diri kita.

3. MENDONGKOL
Menyimpan kenangan2 negatif dalam diri. Manusia memang susah nak melupakan benda buruk yg berlaku dalam hidupnya. Tapi belajarlah...membuang sampah dalam fikiran. Jangan simpan sampah tu...sebab itu Kita jadi sakit...bila teringat...terus sedih...bila sedih... jadi murung. Akhirnya kita akan mulakan semula mengeluh...menyalahkan Dan mendongkol. Kitaran ni takkan berakhir dan kita akan kekal terperangkap dalam kitaran ini.

Bagaimana nak keluar dari perangkap ini dan nak 'move on'?

MAAFKAN

Belajar memaafkan orang lain...dan kalau rasa bersalah dengan diri sendiri...belajar maafkan diri sendiri. Ingat...memafkan bukan melupakan. Itu 2 perkara yg berbeza. Melupakan adalah perkara lain. Kita maafkan bukan sebab Kita bagus...tapi sebab Kita nak lepaskan beban dalam hati. Kita mungkin marah dengan suami, ayah, emak, adik beradik, atau kawan2 Kita... Kerana mereka mungkin telah melakukan sesuatu yg menyakitkan hati. Kita rasa kitalah mangsa...dianiaya, dizalimi dan disakiti. Ataupun kita yg telah berbuat sesuatu benda buruk pada orang lain...lalu Kita rasa bersalah.

Saya nak bawa kembali, orang yg paling banyak dihina, disakiti dan dizalimi adalah Rasulullah SAW. Tapi Nabi tak mengeluh dengan apa yg dilakukan oleh musuh, Nabi tak menyalahkan orang lain dan Nabi tak simpan dendam. Ingat tak siapa Khalid Al-Walid sebelum memeluk Islam. Apa yg dilakukan olehnya...Nabi Maafkan. Dan tengok siapakah Khalid Al-Walid selepas memeluk Islam. Memaafkan ni hebat kan...

1. Salah dengan Allah...Taubat dan minta ampun dengan Allah.
Lambatkan solat, tinggalkan solat...hidayah Allah datang lalu rasa bersalah...

2. Salah dengan manusia...kena jumpa dengan manusia...minta maaf.
Kita fitnah dia, terambil harta dia...jumpa dan akui kesalahan minta maaf...
.
.
.
Hidup ni untuk kita rasa tenang dan bahagia. Dan... kebahagiaan itu datangnya dari diri kita sendiri bukan orang lain. Jangan bazirkan masa walau sesaat pun dari umur kita untuk hal-hal yg tak buat kita 'move on'. Mengeluh, menyalahkan dan mendongkol akan buatkan masa kita ditarik dan dibiarkan begitu sahaja. Allah bagi kita 24 jam...sayang sekali jika Kita gunakan semua masa itu untuk marah2, bergaduh, bersedih, termenung, memendam dan akhirnya tiada apa2 yg dilakukan dalam sehari. Yang mana sebenarnya masa itu boleh digunakan dengan benda2 yg bermanfaat, masa dengan  keluarga, menuntut ilmu, hafaz Al-Quran dan sebagainya. Jadi seorang yg aktif dan productive. Tenangkan diri...belajar memafkan. Teringat yg sakit2 hati tu...maafkan. kalau Tak boleh...tulis kat kertas 70 kali.

Saya maafkan....
Saya maafkan....

"Hidup perlukan diuruskan, bukan dirungsingkan"

Senyum.
Itu ubat yg paling mujarab.
Moga semua yg membaca menjadi ahli Syurga dan bimbing kita menjadi orang2 yg baik. InsyaAllah.
Salam Ramadhan.

Thursday, May 7, 2020

PUISI : CERMIN

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal...


CERMIN

Ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

kadang ada darah mengalir
di bibir
kadang ada darah membeku
bertukar biru
kadang ada lebam belum sembuh
lebih tujuh mahupun sepuluh
kadang tiada darah
cuma hati yang berdarah
tak guna senjata
tapi guna kata-kata
kata-kata maki
buat aku mati

ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

kadang aku menggigil
tapi yang sering aku menangis
tak mampu nak kira
hati aku bergelora
muka aku dah tak cantik
kulit-kulit aku sakit
buat apa berkias
aku dah tak berhias
paling aku tak boleh terima
tumbukan dan pukulan di muka
kalau dekat hidung, susah nak bernafas
kalau dekat mata, susah nak nampak
aku cuma nak solat
tapi nak ambil wuduk pun rasa ralat

ku berdiri dihadapan cermin
ku melihat raut wajahku sendiri
setiap kali ku sentuh
ku teringat luka

apa lagi nak luah
muka ni dah kau ludah
peristiwa ini kerap sangat terlintas
terpaksa aku tulis di kertas
aku cuba halang dan aku nak buang
tapi ingatan 'ngeri' selalu datang tak diundang
ubat yang pahit takkan boleh jadi manis
aku hanya ikan bilis
aku tak melawan aku turutkan
tapi apa yang aku dapat kau masih masih masih angkat tangan

ku berdiri dihadapan cermin
dan...

aku tidak mahu melihat orang dalam cermin ini sedih
lagi...

ku berdiri dihadapan cermin
dan...

aku lah peminat kau yang pertama...aku sayang kau.
aku sayang diri aku.
aku nak peluk aku.
aku nak kau terus kuat dan bangun...lepas ni tiada siapa akan sakitkan kau.
aku akan jaga aku.

aku senyum dekat cermin.
Senyumlah...itu ubat yang paling mujarab!




Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...