Sunday, December 23, 2018

TRAVELOG : DISEBALIK CERITA KE KEDAH 1

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...



PERAK-PERLIS-KEDAH


Ayah Amal balik dari kerja pukul 5 petang. Masa tu hari Jumaat. Amal dengan adik-beradik yang lain baru sahaja selesai menunaikan solat asar duduklah tengok tv. Ayah yang belum sempat buka kasut terus berbicara seperti ini.

"siap...siap. pukul 6 kita jalan pergi Kedah!"

kitorang punya reaksi be like...

"Haaa??...pergi Kedah? pukul 6?" Biar betul?" 

Nampaknya bukan mimpi, bukan main-main. Ini betul-betul. Jadi, dalam masa yang tak sampai satu jam...terpaksalah kami packing baju dengan nak mandi dan bersiap lagi. Dia punya kelam kelibut tak tau nak cakap macam mana. Alhamdulillah tepat pukul 6 kami semua siap. Done!.

Amal sebenarnya tak tahu apa tentatif program perjalanan ayah ni...sebab semuanya dalam kepala ayah. Jadi, tak boleh nak agak. Rupanya nak bawa kami makan ikan bakar dekat negeri perak. Patutlah keluar awal sangat.

Segar dari lautan

Sambil tunggu ikan bakar


Macam-macam jadi di Perak

Amal tengah fikir nak cerita ke tak nak cerita...menarik ke tak menarik...

ceritalah...

Lepas kami keluar dari kedai makan  dekat pukul 10 malam...ayah teruskan perjalanan sampai dekat petronas sebelum simpang Terong, Perak. Kami singgah solat isyak dekat Petronas dulu. Lepas keluar dari Petronas...Amal cakap dengan ayah kenapa bunyi tayar kereta macam lain macam je. Ayah pun bagi signal ke bahu jalan dan berhenti. Bila ayah turun dan tengok tayar.

"Allahuakbar...tayar pecah"

Amal sengih je. Teringat terus peristiwa dekat Lebuhraya Seremban masa balik dari Pahang.Ayah ambil pusingan yang sangat jauh. Dari Pahang turun ke Johor naik ke Melaka baru sampai Selangor. Tapi sebelum masuk Selangor...Tiba-tiba tayar pecah dekat seremban.

Berbalik semula cerita di Perak. Tayar disahkan pecah pukul 11.30 malam. Ayah slow-slow bawa kereta ketempat yang lebih terang dan sesuai nak tukar tayar. Memunggah lah beg-beg baju di bonet sebab nak ambil tayar kecemasan.

Macam2 dekat bonet

Ayah sorang je lelaki kan, jadi Amal ni pun gilir-gilir dengan ayah pusing Jack. Alhamdulillah Amal pandai tukar tayar. Eceh...

Alhamdulillah...setel tukar tayar. Pukul 12.30 pagi. Ni pakai tayar kecemasan. Lepas sejam perjalanan. Amal cakap dengan ayah...bunyi tayar ni lain macam. Ayah apa lagi terus berhenti.

"Allahuakbar...tayar kecemasan ni pun pecah"

Termenung kejap ayah. Jalan tu gelap takde lampu. Jam pun dah pukul 1.30 pagi. Amal cadang dengan ayah patah balik. Cari jalan terang.

Ayah pun slow-slow bawa kereta sebab tayar pecah dah kan. Ayah nampak ada surau...ayah pun berhenti. Ayah kata dengan kami tidur sinilah dulu. Ayah keluar dari kereta tak tahu berjalan kemana...

Alhamdulillah...ayah kata ada orang dekat kedai runcit tu nak tolong. Amal pun tengok kat kedai tu ramai betul lelaki. Tuan kedai tu bagi pinjam tayar kereta dia dekat ayah. Dorang ramai-ramai tolong tukarkan tayar.

Ayah bawa kereta ke kedai


Syukur sangat...Allah datang kan pertolongan pada waktu-waktu yang kalau ikutkan semua orang dah tidur.

Tepat pukul 2.30 pagi semuanya selesai. Bukah Ayah je dah boleh tarik nafas lega, kitorang pun dah boleh bernafas sikit. 10 minit dari tempat kejadian kereta ayah meluncur masuk ke Lebuhraya Taiping dan mulakan semula perjalanan ke Kedah.  Mudahan perjalanan ini dilindungi Allah.

Tido dalam kereta 

Ayah tak tidur tau.

sambungan di Travelog: Disebalik Cerita ke Kedah 2.






Monday, December 17, 2018

REFLEKSI : SUATU HARI NANTI KITA AKAN TUA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

..............


Pejam celik, pejam celik. Tengok-tengok dah Disember 2018. MasyaAllah... cepat betul masa berlalu kan?.

Jadi, untuk penutup hujung tahun ni...ada beberapa entry list yang masih belum sempat di tulis. Banyak. Tapi Amal akan pilih-pilih mana yang sesuai untuk di entrykan. Salah satunya tajuk entry ni lah.

"Suatu Hari Nanti Kita Akan Tua"

Amal dapat ilham tajuk ni pun masa duduk dekat dalam Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Sekinchan menunggu adik punya akaun di updatekan. Lama betul...dekat setengah jam. Sambil tunggu urusan adik yang belum selesai... Amal pun tengok-tengok lah keadaan sekeliling.

Amal sedia maklum yang Bank kawasan Sekinchan ni, adalah tumpuan para pesawah, petani ataupun nelayan. Maksudnya orang-orang kampung. Maksud yang lebih dalam lagi...banyak warga emas yang berkunjung ke Pusat Perbankan ini. Jadi, tak hairanlah Bank ni agak legang dan tenang berbanding dengan Bank yang berada di kawasan Bandar.

Ada dua Senario yang Amal nak kongsi:

1. Masa beratur ambil duit di ATM
2. Masa duduk tepi cermin Bank



Senario masa beratur ambil duit di ATM

Semasa Amal beratur dan ada 2 orang pakcik yang berpangkat Atuk...yang ketiga ada Kakak dengan anaknya  dan yang keempat baru Amal. Jadi, dengan penuh kesabaran kami menunggu dua orang atuk untuk selesai urusannya. Atuk yang pertama memakai cermin mata bertanya pada atuk dibelakangnya nak tekan yang mana. Atuk yang kedua tak pakai cermin mata...jadi atuk ni kata tak tak tahu. Maka, kami dibelakang atuk ni tadi bagitahulah tekan yang mana. Bila sampai giliran atuk kedua, maka kejadian sama pun berulang.

"ya, tekan yang atas atuk...:

Bila atuk nak tengok baki, atuk suruh kami sebut.

"ada tiga ratus dua puluh lapan lagi bakinya atuk"

Atuk kata nak keluarkan seratus. Atuk tanya berapa lagi bakinya.

"ada dua ratus dua puluh lapan atuk"

heee...begitulah menyantuni orang tua. Lagi-lagi di kawasan kampung ni. Kita kena faham suatu hari nanti kalau panjang umur pun kita akan macam tu. Perlukan bantuan dan pertolongan untuk urusan-urusan sebegitu. Bila keadaan begitu teringat Amal akan arwah atuk. Begitulah keadaanya...


Senario masa duduk di tepi Cermin Bank

Cermin Bank kan selalunya cerah, boleh nampak orang luar yang berjalan masuk. Ada satu pasangan warga emas ni masuk dalam Bank. Masuk-masuk dalam Bank...Nenek ni salam adik, mak kemudian salam Amal sambil di bibirnya meniti selawat. Suami nenek ni, baru ambil nombor dah kena panggil (Amal dah cakap kan...legang dan tenang). Rupanya suami nenek ni nak bayar bil air. Kami dengar sebab perbualan antara pegawai bank dengan Atuk ni kuat. Pegawai bank kata tak boleh bayar kat sini...atuk kena pergi 7 eleven atau Pejabat Pos.

Bila nenek ni tengok suami di patah balik...nenek pun bangun dan ikut. Amal tengok juga sampai ke motor. Dua-dua Amal tengok dalam keadaan uzur. Rasa insaf dalam diri. Amal tengok atuk nak tolak motor kebelakang pun...gigih atuk menolaknya. Tengok nenek naik motor pun sama. Allahu...macam tulah agaknya kalau mak dan ayah Amal tua. Takde anak-anak bawa naik kereta. Dan begitu jugalah kalau Amal tua.


Pernah dengar pepatah ni?

Pelepah tua luruh...pelepah muda jangan ketawa.


Dayang Bungah.
Seiring doa buatmu.














Friday, December 7, 2018

Rumah Mutiara Kata 27

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Sikit tak sedap, banyak jadi mudharat...biar cukup2 je"

huraian : falsafahnya seperti membancuh secawan kopi. Takde gula atau sikit gula...nanti rasa kopi jadi tak sedap. Letak gula cukup2 rasanya okay...sedap nak minum. Tapi bila tambah lagi gula akan jadi manis sangat...dah tak best. Begitulah dalam kehidupan...kalau sedikit tak cantik, tak bagus dan tak sedap. Kalau berlebihan pula boleh jadi membazir, serabut dan pening. Jadi, ambil yg tengah...cukup2 sahaja. 



TRAVELOG : TETIBA SAMPAI DI PULAU PANGKOR (SHORTRIP)

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................



Masa balik kampung hari tu, cakap dengan ayah cuti panjang Deepavali lima hari nak pergi mana?. Ayah pun plan kata nak ke Lumut.

Tapi...ayah kata masa cuti ni kena kerja.
jadi ngak ada cuti ya dong...ngak ada juga ke Lumut juga dongggg!....

haha betapa frust menonggengnya lah...

Jadi, esok pada waktu pagi... hari Ahad yang indah damai dan tenang, Amal pun menghabiskan sisa-sisa cuti dengan mengemas ruang tamu rumah, menyapu halaman yang penuh dedaun kering kelapa membawa hati yang penuh kepagian. (korang rasa apa yang Amal cuba sampaikan?)

tiba-tiba...

satu panggilan masuk dan terpampang nama kakak ipar amal. 

"hello, Assalamualaikum Angah...pagi ni buat apa?" soalan pertama dari kakak ipar Amal.

"hello, waalaikumussalam Kak Yong...takde buat apa pun...tengah mengemas je ni, kenapa? ada nak ajak mana-mana ke?" laju je tanya soalan cepumas dekat kakak ipar.

"Kitorang nak gi mandi air terjun ...nak ikut?...kalau nak ikut pukul 10 siap kitorang sampai" tawaran yang cukup menarik dari kakyong.

"nak ikuuuuuttt....alright kami siap!" jawapan yang penuh semangat yang menunjukkan semangat.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi dorang sampai nak ambil Amal dan adik-beradik lain, rupanya dorang dan tukar plan tak jadi mandi air terjun tapi nak pergi Pulau Pangkor. 

Ohoiii...

ini lebih baik dari mandi air terjun.

Rezeki sememangnya tak pernah salah alamat. ~Siapa sangka cempedak nak jadi nangka, dari air terjun kita gi mandi air pantai....la la la la ~.

Kita mulakan perjalanan kita dengan lafaz Bismillah.



10.30 am - 12.30 pm
Kami memulakan perjalanan pada pukul 10.30 pagi dari Sekinchan ke Pulau Pangkor dengan dua buah kereta bermuatan 8 penumpang. Kalau ikutkan 2 jam memang patutnya dah cukup perjalanan nak sampai ke Lumut, tapi biasalah bila naik kereta ni...ada banyak menyinggahnya. Nak ke toilet, nak isi minyak, nak beli-beli makanan lah. Itu biasa.

12.30 pm - 1.00 pm
kami singgah makan tengahari dekat gerai makan masakan kampung sebelum simpang masuk ke Lumut. Masing-masing dah lapar.

Ouh...amal nak cerita kedai makan yang kitorang makan ni memang bagus, servis boleh kata gred A. Jarang sangat kedai biasa-biasa tapi layan luar biasa. Kalau order makanan memang laju sampai. Order air pun sama. Sangat prihatin dengan keadaan pelanggan sampai air dalam botol mineral pun nak dituangkan dalam cawan dan straw. Betapa khidmat pelanggan cukup dijaga. No wonderlah masa kami datang ramai orang singgah makan sini. Dari Tuan kedai sampai pekerja semuanya sangat mesra pelanggan. Harga pun berpatutan. Amal tak ingat pula nak ambil gambar kedai ni...tapi kalau nanti ada rezeki lain pergi lumut, InsyaAllah amal update balik entry ni dengan gambar kedai makan tepi jalan tu.

1.00 pm - 2.00 pm
berhenti solat dan rehat.

2.00 pm - 6.00 pm
Lepas solat kami terus gerak ke tempat parking kereta berbumbung tak jauh dari tempat masjid kami solat. Sebelum sampai sini, dalam kereta abang dah suruh google tempat yang sesuai nak park kereta. Makanya kami decide parking di kawasan berbumbung.

kadar dia pun murah, hanya 60 sen sejam.

turun dari tempat parking, kami pun jalan sampai dekat terminal jeti nak beli tiket ke pulau pangkor. Satu tiket hanya berharga 7 hinggit sehala.

Abang dan anaknya

Maksudnya RM 14 ringgit untuk perjalanan pergi dan balik. okay gak tu!

Masa beli tiket ni, kami tanya akak ada buat sewa kereta tak kat pulau, alhamdulillah ada...dapat kereta unser tapi lepas akak tu contact orang kat pulau katanya ada cutomer lain dah bawa dulu. Jadi tinggal satu motor dan satu  kereta. yang ni harganya dalam RM120. 


Peta Pulau Pangkor

lepas buat belian tiket, kami pun gerak dekat jeti tunggu feri sampai. Tak lama...adalah dalam 10 minit sambil bergambar dekat situ feri pun sampai. Wah...masuk dalam lebih kurang macam dalam bas je. Cuma bas ni takde roda..hehe yolah sebab kapal ni atas laut. Merepek.

confirm atas kapal ni pun batak juga...sibuk ambik gambar. adalah dalam 30 minit sampai dekat Pulau Pangkor. Alhamdulillah.

Pertama kali sampai. Biasalah. Tahukan apa maksud Amal..kan... kan

5 orang naik kereta dan 3 orang naik motor. eh? boleh je kan 3 orang...

Dapat motor krisss


Sampai sini dah dekat 3 petang lebih kot...Budak2 ni dah memang siap-siap pakai baju nak mandi..apa lagi... nampak laut yang jernih dan cantik dorang pun terjunnnnnnn!.

Amal tak bawa baju. So, Amal menikmati keindahan pantai sambil menghabiskan duit order makanan itu, makanan ini. Ambil gambar burung, pasir, pantai. Kesian minah ni. haha.

Cantiknyaaaa

Lepas masing2 dah solat asar, abang dah bagi arahan supaya masing-masing tukar baju untuk bersiap-siap pulang ke pangkal jalan. Sebab nampak macam tak sedar diri je masing-masing jumpa laut. Sampai dekat terminal dah dekat 6.30 ptg. Kitorang last naik feri. Lepas naik, terus feri gak.

7.00 pm - 8.30 malam
Sebabkan dah sampai dekat terminal waktu maghrib, kitorang solat dulu dekat terminal sebab plan lepas ni nak menyoping beli makanan2 laut untuk buah tangan. Karang kalau dah membeli, terlajak pula.

9.30 malam - 10.30 malam

Sebabkan perut masing2 dah lapar, kami singgah makan dekat simpang 4, Perak. Kedai ni kedai ikan bakar. Perghhh kena ikan bakar malam2 ni memang tak boleh nak cakap apa lah. Cuma boleh cakap pinggan licin.

11.30 malam

Alhamdulillah, sampai rumah dengan selamatnya.

Okay penat taip. Tido.














Tuesday, November 13, 2018

Apa nak buat bila datang 'bendera merah'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Lama dah Amal simpan niat nak tulis pasal perkara ni. Tapi al-maklumlah Amal ni manusia yang sibuk sangat. kononnya...heee

Moga-moga Allah tidak menyibukkan kita semua termasuk Amal sendiri dengan urusan keduniaan. Aamiin InsyaAllah.

Entry kali ni, agak perempuan sikit.
Perempuan dan datang haid.

Tapi, kalau ada lelaki yang sudi baca untuk menambah pengetahuan untuk dikongsikan kepada wanita-wanita yang dicintai takde masalah. Sama-samalah kita ye. Amal suka je orang panjangkan ilmu ni.

Amal tak nak cerita pasal pengenalan haid, berapa hari haid? kenapa haid terjadi?...tapi Amal lebih nak kongsikan apa perkara ataupun aktiviti yang kita boleh buat bila seorang wanita itu didatangi haid. Maksudnya macam mana nak dapat pahala walaupun disaat kita diberi 'cuti' dari mengerjakan solat dan mengaji.

Apa yang boleh dibuat bila datang 'bendera merah'

1. Berdoa

Bila datang haid, ucapkanlah Alhamdulillah, tanda syukur kerana Allah nak keluarkan darah kotor secara semulajadi dari diri kita dan mengelakkan diri kita daripada ditimpa penyakit. Ya, masa ni memang kita tak boleh solat tapi masa ni juga adalah peluang untuk kita memperbanyakkan doa kepada Allah. Kita cuma tak boleh solat, bukan tak boleh berdoa. Bangun subuh, mandi, lalu bersiap-siaplah dengan penuh kemas....duduk elok-elok macam lepas habis solat, angkat tangan dan berdoalah.

* tips berdoa: senaraikan apa yang kita nak minta dalam buku nota, kalau tak nak pakai buku nota, pakai phone install apps note. Bila-bila masa teringat apa yang kita hajati tu terus je taip dan tulis. Barulah kita berdoa ada tujuan. Tapi jangan lupa 3 benda dalam berdoa: 1. Pujian kepada Allah, 2. Selawat keatas Rasul, 3. Doakan kedua ibubapa...lepastu nak doa apa sahaja...doalah.

2. Berzikir

Yup! zikir. Zikir maksudnya ingatan. Ingatan kepada siapa? ingatan kepada Allah SWT. Kalau nak tahu zikir ni ada macam-macam jenis zikir. Google je, banyak zikir yang akan terpampang. Nak zikir panjang, nak zikir pendek...ikut lah sukahati. Yang penting berzikir. Hati selalu teringat-ingat dekat Allah macam ingat kekasih, lidah selalu basah dengan zikir dan tetap istiqamah sebut zikir ni. Cuma Amal  nak bagitahu, perasan tak dekat Amal punya social media macam facebook, ig, twitter dan dekat blog ni...ada satu zikir yang Amal cukup suka. Memang akan ada terselit. Macam zikir favorite lah. Kalau makanan favorite mesti tomyam, minuman favorite mesti sirap...hmmm gitulah. mesti tahukan? kan? kan? Zikir favorite Amal adalah :

سُبحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ 🌻

3. Mendengar bacaan Al-Quran

Walaupun cuti mengaji, tapi kita boleh je dengar orang mengaji. Suruh je adik beradik korang ngaji dekat telinga korang. Nak lagi gempak suruh je dorang mengaji surah-surah kegemaran korang. Kalau korang suka surah Al-Baqarah suruh adik korang baca surah tu depan korang. Ikutlah mana-mana surah yang korang suka. Tapi kalau nak dengar bacaan Al-Quran 24 jam, janganlah suruh dorang ngaji, kesian adik2...awak bukalah mp3.


4. Membaca bahan bacaan agama

Masa datang haid rasa macam banyak masa free kan. Padahal kalau ikut sama je. Tapi masa yang dikatakan free ni bolehlah kita menelaah buku-buku ilmiah dijadikan penambah ilmu didada. Ada banyak genre bacaan, macam novel sejarah islam, kisah nabi, hukum fiqh dan majalah solusi. Tapi itu cerita yang hardcopy. Takut yang menulis entry ni pun tak berapa nak buka buku...ahaks! zaman sekarang semua menalaah bahan bacaan dalam phone. kalau kat social media, google...taip je tajuk yang kita nak...macam-macam ayat yang keluar. Tapi kena pilih betul-betul lah. Jangan terus cedok, ambil percaya dan amal. hui...bahaya tu. Tapis sikit dengan lihat rujukan dan sebagainya.

5. Mendengar kuliah atau menghadiri majlis-majlis ilmu

kalau Allah gerakkan hati nak dengar kuliah, cepat-cepat buat tau. Amal suka dengar kuliah Ustazah Hafizah Musa...walaupun lembut je ustazah cakap tapi isinya sampai. Senang nak faham. Macam Amal cakaplah sekarang zaman it, zaman teknologi. Walaupun tak pergi masjid tapi ada live kuliah dari masjid. Walaupun tak sempat buka tv tapi ada rakaman dalam you tube. Cukup mudah nak dapat ilmu dan senang sangat nak dapat dengar kuliah. Alasan apa sebenarnya kita?

*tips dengar kuliah online : nak bagi rasa macam kita betul-betul berada dalam majlis ilmu atau dekat situ, amal nak sarankan supaya korang sediakan satu buku catatan khas. Setiap kali buka kuliah online yang durasi 1 jam, 30 minit atau 10 minit kebawah...setiap kali itulah buka buku catatan dan catat isi penting. kata Ustaz Jafri Abu Bakar dalam kuliah onlinenya...apa sahaja amalan nak bagi lekat, kita kena catat.

that's it...dengar je catat.

6. Melakukan amalan-amalan sunnah

Jangan fikir yang sunnah itu hanyalah solat sunat sedangkan banyak lagi perkara sunnah lain yang dilakukan Rasulullah. Contoh yang paling senang dan mudah adalah sedekah. Sedekah yang paling mudah adalah senyum. Kan senang tu. Tapi kalau nak buat yang lain takde masalah pun...buatlah. Sedekah duit, harta, tenaga. eh...banyaklah.

Amal nasihatkan buatlah.

Bila nak buat benda baik, jangan tangguh atau kata nanti. Sebab perkataan 'nanti' tu akan menyebabkan kita terlupa akan benda baik kita nak buat tadi. kalau ingat alhamdulillah. syukur...tapi kalau tak ingat pun syukur juga sebab malaikat dah catat niat baik kita tadi. its okay....cuma diri sendiri lah akan terasa rugi. huhu.


Kesimpulan

Haid bukan alasan unuk kita tinggal ibadah, tetapi semasa haid pun kita boleh meraih pahala.





















Monday, October 8, 2018

Rumah Mutiara Kata 26

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Bila Takde semangat, Bacalah selawat"

huraian : Seperti yang Amal pernah kata sebelum ni, bacalah selawat. Banyakkan selawat keatas nabi. Tak rugi pun. Jom banyakkan selawat! lagi-lagi di hari Jumaat. Dalam sebuah Hadith Riwayat Muslim ada Rasulullah SAW ada menyebut "barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah s.w.t akan berselawat untuknya 10 kali.


Friday, October 5, 2018

Rumah Mutiara Kata 25

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Banyakkan selawat, insyaAllah dapat Syafaat"

huraian : Jom banyakkan selawat! lagi-lagi di hari Jumaat. Dalam sebuah Hadith Riwayat Muslim ada Rasulullah SAW ada menyebut "barangsiapa yang berselawatt kepadaku sekali, maka Allah s.w.t akan berselawat untuknya 10 kali.

Sunday, September 23, 2018

Saya Gadis Banjar: RESEPI JERUK PELAM

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Minggu lepas balik kampung. Masa ayah belok nak parking kat halaman...Amal tengok buah pelam dekat pokok lebat betul.

"Ayah, kalau buat jeruk sedap ni..."

 "Memang nak tunggu angah petik pun buat jeruk pelam"

Pelam Bamban
                     
Esok pagi-pagi lagi, pakai cantik-cantik semata-mata nak petik pelam. Haha...warr~
 
Maka, bermulalah perjalanan membuat jeruuuuukkk peeelaammm.
Okay, ni resepi berasaskan agak-agak je.

Resepi Jeruk 
1. Petik buah pelam.
Mestilah, sebab kita nak buat jeruk pelam. Pelam kat rumah pelam bamban. So, Amal guna pelam bamban. Sebenarnya semua pelam boleh...asal pelam muda

Sebakul ni

2. Potong buah pelam mengikut saiz
Saiz yg agak sesuai, saiz nipis dan kecik. Comel-comel je. Lepas potong terus letak dalam air...basuh terus.

Ni baldi bukan pelam


3. Rendam dalam air garam dan kapur. Menurut kata pakar iaitu Mak, mak kata rendam sampai semua pelam tenggelam...ikut sukahati korang nak garam banyak mana. Kapur pun sukahati korang. Asal jadi. Rendam sehari semalam ye. Kadang-kadang mak amal ni macam gebang je...acah2 sehari semalam...tapi sebenarnya tak sampai sejam. Entah resepi ni betul ke idak.

4. Letak air gula
Suka hati juga lah. Ala...pandai2lah. banyak mana pelam tu...banyak tu juga gula ye. Haha...kalau korang buat selori pelam...selori gula.hamik.haha. Entah...tak tahu nak cakap.

5. Bubuh ubat jeruk
Ubat jeruk beli kat pasar Raya. Nama dia jeruk buah. Yang Amal beli ni harga RM4.90...kedai kampung je. Botol kecik tapi power. Yang ni kena rendam 24 jam. Yg ni tak gebang. Lepas rendam 24 jam...boleh makan. Sedap rasanya.



Masam.
Nama pun jeruk.

Sedapnyer...


Monday, September 17, 2018

TRAVELOG : CATATAN AMAL DI BUKIT BOTAK

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

................


Amal di Bukit Botak



Malam tu Amal bermimpi nak panjat bukit. Haha...sampai termimpi-mimpi Amal nak sangat panjat bukit. Pagi sebelum subuh Amal minta ayah hantar ke rumah abang di Puncak Alam. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan sampai tepat masa subuh. 



Lepas solat subuh, tiba-tiba abang tanya dekat Amal. 



"Angah, kau nak hiking tak?" 

Dengan sepantas kilat Amal jawab. 
"Nak"

Ini seperti pucuk dicita ulam mendatang ataupun seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Eh...tak²...orang nak daki bukit...diajak-ajak.

Haha memang tersangat nak lah.

Disebabkan Amal bermimpi nak panjat bukit kan. Bangun tidur tu Amal terus packing kasut. Jadi, memang dah bawa kasut hiking pun. Ngeh ngeh. Nampak tak?... Ini yg dinamakan sediakan kasut sebelum hiking.

Teruja kot. 

Setelah sekian lama kaki Amal ini berehat panjang.

Jadi...jom kita mendaki!..weee~

Abang ajak Amal pergi daki Bukit Cherakah...tapi abang kata ada juga orang panggil Bukit Botak. Ikutlah nama apapun. Bukit Botak ni berada di Puncak Alam. 

Kami bertolak dari rumah pukul 7.00 pagi dan sampai dekat kawasan bukit kira-kira pukul 7.10 pagi. Kalau ikut mula panjat pukul 7.20 pagi. Itupun sebab abang bawa anak dia yang berumur 3 tahun, makanya adalah dua tiga scene drama nak pujuk pakai kasutlah, masuk dalam carrier lah. Maka, macam-macamlah berlaku sebelum betul-betul dapat naik tu. Kebetulan pula, kakak ipar Amal tak ikut...sebab demam. Maka, memang betul-betul abang ngan Amal a.k.a makngah dia layan kerenah si kecik tu.

Steady abang!

Track Bukit Botak, untuk Amal...Amal bahagikan kepada 3 check point.

1. Kabel Pencawang

Mula je mendaki, Amal dah rasa kecuramannya, kalau ikut betul-betul ada 2 kali je kawasan rata. Dahlah dengan tak sarapan...tak warm up...main naik je. Berkicap jalen masa mula-mula nak naik. Baru 10 minit jalan...dah tercungap-cungap. Tapi sebab semangat sangatkan...maka kita teruskan. Lagipun masa ni track dekat kawasan kelapa sawit...laluan tanah merah, batu-batu. Boleh lah.  Kalau view dia kat sini biasa jela. Kami teruskan pendakian sampai lah dekat bawah pencawang elektrik. Affan tak daki pun...sampai sini...rehat jap...ambil-ambil gambar. Hari baik, mood baik...angin pula sepoi-sepoi bahasa. Memang layan.

Bawah pencawang

2. Berbukit Batu dekat Kampaet

Lepas lepak-lepak jap bawah kabel, kita dh masuk track dalam hutan. Laluan kat sini dia pecah 2. Satu track untuk hiking, satu lagi track untuk motor dan basikal. Amal suka betul kalau dah masuk track dalam hutan, laluan dia thrill sikit. Panjat memanjat, pegang tali, pegang pokok. Baru mencabar. 

Lama tak naik banyak kali juga take 5... minum-minum air. Abang lagi steady. Satunya-satunya pangkat ayah bawa anak 3 tahun kat belakang pakai carrier dalam ramai-ramai manusia hiking kat situ. Memang kalau selisih, ada je yang tegur. 


3. Kawasan lapang dekat Puncak Bukit Botak

Lepas kawasan bukit batu Kampaet, kami teruskan sampai dekat kawasan campsite. Memang cantiknya lah view kat sini...angin pula kuat...daun-daun berguguran jatuh. Aduhai...cantiknya ciptaan Allah ni. Kalau ikut dah sampai puncak. 

Puncak Bukit

Tapi abang kata, alang-alang dah kat atas ni...apakata terus sampai kawasan lapang Bukit Botak. Apalagi...kita on kan aja. Yang penat kau. Haha. Dahlah abang tak bagi Amal jalan dulu...dia suruh jalan belakang dia...dia marah Amal laju sangat. Haha. Sampai kat sini kira-kira pukul 9.00 pagi. lambat kan...sebab apa...sebab banyak berhenti. Ngeh ngeh.

Memang Botak

Apa yg Amal dapat daripada pendakian hari ni.

1. Sila sarapan dan warm up...jangan jadi macam Amal, abang dan affan. Berkicap jalen tau. At least...bawalah air dan roti.
2. Pagi-pagi tak panas, cuaca redup dan berembun. Orang pun tak ramai.
3. Track cantik, bersih dan kemas. 
4. Jangan cepat mengalah dan putus asa...teruskan perjalanan kerana kita tak tau apa yg indah menunggu di hadapan.
5. Cabaran itu sentiasa ada...tinggal kita je nak hadapi macam mana.
6. Yang naik sini tak ramai non Muslim. Tak tahulah masa Amal naik je ke. Atau masa hari lain. Ramainya muslim. 
7. Kaki Amal sakit. Tapi Amal lantakkan. Injured sebenarnya. Tak nak layan...balik cari ubat. Degil.

Kasut murahan

Boleh pergi lagi?


Thursday, September 13, 2018

Saya Gadis Banjar : KEPAH OH KEPAH

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................


Hujung tahun lepas Ayah ajak pergi laut. Mak memang angkat tangan tak nak ikut. Memandangkan anak-anak ayah yang ada kat rumah cuma Amal, Jiha dan Nonoi...maka kamilah mangsanya...haha.

ku relakan jiwa~ menjadi penghuni dalam sangkar hatimu...tiberrr
(lagu dalam hati..bila ayah ajak)

Ayah dengan motor kesayangannya Yamaha Sport lama yang banyak asap mencemar alam dah mula panggil anak-anak perempuannya yang sangat kelambatan. Di hon motor tu berkali-kali...

"pon!...pon!...cepatlah.." ayah dengan motor tu sama je bisingnya. Ajak anak perempuan memang lah. Nak cari tudung ke laut dah satu hal. Takkan nak pakai tudung cantik.

hebat ayah

oh ayah kesayanganku....Amal sayang ayah.

Kami berempat, merempit ke Parit 5, Sekinchan. Port yang kaya dengan khazanah alam semesta semula jadi. Tempat di mana remis dan kepah membiak memperbanyakkan warisan keluarganya. Sampai dekat situ...Subhanallah ramainya orang macam kami berempat ni. Jenis pemusnah alam habitat remis dan kepah. Rakus. Fokus kami hari ni kepah.

" Wahai Kepah...bersedialah!"

lumpur tu...arghhh
Kami hanya bawa seguni. Jadilah dapat memusnahkan satu family kepah. (Ya Allah...kenapa teruk sangat imaginasi Amal ni...korang layan je la ye).

Baiklah, sebelum sampai dekat kawasan kepah...Amal nak bagitahu bahawasanya pantai ni dipenuhi dengan lumpur dalam. Tepi pantai banyak pasir, kepah ada di tengah laut. Jadi, kena jalan kaki atas lumpur tu untuk ke tengah laut.

Mula-mula, semua semangat membara termasuk Amal nak cari kepah. Tapi...tapi...baru 10 langkah masuk lumpur dah mengah. Semput. Tak larat. Rasa jauh betul nak sampaikan dekat tengah laut yang padahal takde lah jauh sangat. Acah-acah je lebih. Ayah memang hebat, tak terkejar kami yang perempuan dengan ayah...ayah macam jalan atas simen. kitorang kat belakang terkial-kial angkat kaki dalam lumpur. haha.

Super Dad!
Jiha dan nonoi pun dah sampai kat ayah. Cuma Amal ni je yang lambat. Kaki Amal tak larat. Banyak kali duduk berhenti atas lumpur. Rasanya lagi penat dari daki bukit. Berhenti kejap...main dengan siput..jalan sikit. Berhenti kejap...main dengan siput...jalan sikit. entah apa-apa. haha.

Akhirnya, setelah berhempas pulas mengerah segala keringat dan tenaga...sampai juga dekat ayah. Nak pitam dah. Dah la waktu tengahari, matahari tegak atas kepala. Ya Allah, macam mana agaknya di Mahsyar nanti.

Masa tu ayah dah banyak dapat. Jiha dan nonoi pun sama. Amal baru nak cari. Rupanya senang je nak cari kepah ni, sebab dia lebih kurang macam kerang. Atas lumpur je. Fizikal kepah ni pula agak besar dan berat. Jadi memang senang sangat nak cari. Yang susah cuma nak sampai ke situ je.

rupa kepah
Alhamdulillah, kerja kami Kami dimuda sebab ada pakcik sebelah Amal yang mencari tu dia bagi je kepah yang dicari tu dekat kitorang. Baiknya pakcik. Tak pasal-pasal dapat lebih seguni. Terima Kasihh pakcik. Rasanya mak kat rumah dah panjang leher..apahal kami lambat sangat.

Sebelum balik, sempat cukai dengan ayah nak air tebu tepi jalan. Air kosong yang kami bawa ke laut dah rasa lumpur. Sebab tu dapat air tebu sejuk pula tu memang sedap tekak.

Balik tu, sampai rumah ayah request nak kepah masak sambal. Demimu ayah...

Seronok. Tapi penat.

Amal masak sambal kepah





Rumah Mutiara Kata 24

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Ilmu itu ibarat air yang mengisi botol kosong"

huraian : kenapa Amal cakap macam tu?, pendapat Amal begini..saat kita menuntut ilmu kita adalah botol kosong. kita ni tak tahu apa-apa. Bila kita hadir dalam majlis ilmu, kita bawa diri kita yang macam botol kosong tu isi dengan ilmu. Ilmu itulah air yang mengisi kita. Penuhkan diri kita dengan ilmu. Jangan bawa botol penuh...jangan bawa diri yang rasa macam banyak ilmu semasa menuntut ilmu...bila kita belajar nak isi dengan ilmu baru, nanti kita tak boleh nak terima. Kita akan rasa kita je yang betul. Ilmu yang kita dapat pula, kita bawa balik tak boleh simpan dalam rumah...simpan untuk kita sorang je. Air(ilmu) tu kita kena share, kongsi dan sampaikan pada orang lain. Barulah orang lain akan tahu nikmat air(ilmu) tersebut.

Nota: Allah akan bagi ilham bila kita selalu melihat dengan mata hati


tengok botol air pun boleh dapat ilham


REFLEKSI : HATIKU DIJENTIK...SENTAP

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

................


Ni nukilan dari Facebook Amal, kalau rasa macam dah pernah baca..ha yolah memang Amal cilok dari situ. Takpe curi dari diri sendiri...ngeh ngeh.

Alhamdulillah, Allah masih memberi rezeki masa dan kesihatan pada tubuh. Pada bulan Jun lepas, sekolah Amal mengadakan Majlis Ihtifal yang merupakan acara kokurikulum seperti kalam jama'e, tilawah, hafazan, syarahan, azan, khat dan acara2 menarik lagi lah.

Tahun ni, rezeki Amal dapat jadi juruacara acara Tilawah Al-Quran maksudnya dari awal hingga akhir dapat mendengar alunan-alunan ayat suci Al-Quran. Alhamdulillah. Ya Allah bersyukur sangat.  Walaupun sebenarnya hati ni sebenarnya menjerit2 nak meronda kawasan pertandingan nak tengok acara kalam jama'ei dan lain-lain. Dengar sayup2 je kalam jama'ei punya nada. Haha, hapalah. Pahala free pun tak nak ke??

Okay, setelah selesai semua acara lebih kurang pukul 11.30, job Amal pun dah selesai. Ada satu situasi yang benar2 menyentap hati jiwa dan sanubari Amal. Semasa Amal keluar dari tandas surau, ada seorang murid lelaki sedang solat dihujung suatu sudut surau. Sendirian. Alone...nobody. Amal agak budak ni buat solat Dhuha. Barangkali. Lama Amal perati...sampai selesai.

Amal mengagak dia adalah salah seorang peserta tapi tidak dikenali sekolah mana. MasyaAllah hebat kan dia! Bagusnya...tatkala murid2 lain seumurnya sedang sibuk makan, main dan berbual mengenai pertandingan hari ni, dia boleh ingat akan Allah. Amal sendiri yang acah2 sibuk bergambar dengan guru2 setelah habis acara tidak mampu jadi seperti dia.

Benarlah, kadang2 Allah jentik hati kita ni boleh melalui seorang kanak-kanak.

Amal.
kau kena balajar jadi macam budak ni.
Kebenaran dapat menjadi keinsafan.

itulah budak hebatnya.

REFLEKSI : NIKMAT SAKIT 2

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

................


Kalau nak ikutkan nota Amal dalam phone, agaknya boleh buat buku. Sebab Amal ni jenis suka sangat mencatat. kadang2 benda tak penting pun dicatat...haha. Amal ni jenis kalau teringat terus tulis...yelah Amal dah tua, takut lupa. So, ini catatan reflection minggu lepas.


2:03 pm, Amal Notes
Hari ni Amal turun MRT Sg buloh, Amal terus rasa sebak. Tangga tengah2, yup! tangga tengah antara escalator itu jaaaarang sekali digunakan, termasuk Amal sendiri. Kalau Amal pun lebih memilih naik escalator dan tak payah lah susah-susah nak guna kaki turun tangga. Lagi senang, berdiri je tahu-tahu dah sampai bawah kan.

Sekarang, bila dah sihat baru Amal sedar keegoan diri.  Baru pandai rasa nikmatnya naik turun tangga tengah tu. Ketika Amal sakit, Amal masih gagahkan diri naik MRT. Amal paling tak suka menyusahkan orang, apatah lagi orang tu ayah kesayangan Amal. Walaupun keadaan MRT nampak normal masa kita sihat, tapi tak masa Amal sakit. Sebab kaki Amal sakit. Setiap pergerakan memerlukan kekuatan. Sehingga Amal terpaksa berhenti seketika di tepi koridor untuk berehat, Walhal semua itu tak pernah Amal buat masa sihat.

La hawla wala quwwata illa billah

Peristiwa yang paling Amal ingat, masa abang kesayangan hantar balik ke Bangi naik kereta. Masa tu terpaksa singgah di RnR serdang, sebab hujan turun lebat dan juga masuk waktu solat. Amal seboleh-bolehnya nak solat dalam kereta je. Tapi masa tu, hujan lebat bercampur kilat. Kesian pula kereta Abang. Dengan penuh kegigihan dan kesakitan Amal gagahkan jua kaki ini melangkah setapak demi setapak untuk ke surau. Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa dirasakan jauh, perit dan sakit. Dalam surau tu tiada kerusi...menangislah Amal semasa solat kerana terlalu sakit untuk solat duduk di lantai. Amal sangat perlukan kerusi, tanpa alas...tulang Amal sakit. Alhamdulillah...abang faham kesusahan Amal. Dia sudi tunggu Amal, yang tersangat lambat. Lambat jalan, lambat gerak segala-galanya lambat. Semoga Allah murahkan rezeki Abang sekeluarga. Memang Allah sedang mengajar Amal ni....erti kesabaran yang cukup-cukup tinggi.

Alhamdulillah, walaupun Amal dah sembuh, tapi Amal kena jaga kesihatan kaki ni...kena selalu bersenam, tak boleh lasak2, tak boleh lompat2 dan tak boleh tarik berat2 dan tak boleh makan bukan2. Kaki Amal dah pernah kemalangan dan pernah jatuh sehingga retak, tambahan pula baru dapat radang. Kena sayang sikit kat kaki. Dah lama Amal tak panjat bukit...tu kegemaran Amal. Kadang2 pelik, hobi orang sakit ni...berlawanan betul dengan kemampuan dia. Sekarang, Amal belum berani...sebab naik tangga yg dekat rumah pun boleh rasa sakitnya. Setakat jogging lepas kan?

Degil.


kasut baru...yeay!




Wednesday, August 29, 2018

Rumah Mutiara Kata 23

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Kalau rasa nak buat Jahat, 
Baca Al-Quran sepantas kilat"

huraian : iman manusia itu ada kalanya naik dan turun. Kadang-kadang hati ni terdetik atau terlintas untuk melakukan hal-hal yang jahat dan sia-sia. Jadi, cara yang terbaik untuk kita mengelakkan diri kita dari terjerumus kearah itu, terus capai Al-Quran dan baca. Hati ni, bila-bila boleh berubah, niat baik pun boleh ubah jadi niat jahat tiba-tiba. Pegang telefon sampai terbuka video bukan-bukan, kita raikan sangat. hah! kat situlah nafsu dan syaitan mula cucuk jarum...awas!. Campakk telefon tu jauh-jauh dan terus baca ayat Al-Quran. Ingatlah ada Allah yang maha melihat dan ada Malaikat yang mencatat.

Nota: Iman adalah mutiara didalam hati manusia, yang menyakini Allah maha Esa maha Kuasa.


REFLEKSI : NIKMAT SAKIT

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

...................


Alhamdulillah syukur segala nikmat. Samada nikmat rezeki mahupun nikmat sakit. Maaflah sudah lama Amal tak berkongsi cerita di blog ni...rasa bersawang pun ada.

Apakan daya, jiwa insan ini masih rapuh dan bertatih dalam dunia yang penuh dengan pancaroba. Sementelah diri belum pasti. Apa yg pasti? tentulah MATI.

Tahun 2018, ya 2018... ini adalah tahun yg sukar bagi Amal...sukar sekali untuk dihadapi. Bukan Allah tidak pernah mendatangkan ujian, pernah. Tapi bukan begini bentuk ujiannya.

Tahun  ini diuji dengan pelbagai dugaan dari segi mental, fizikal dan rohani. Bila peluang, rezeki dan sakit datang serentak. Peluang untuk berpindah, rezeki sambung belajar tapi sakit telah membuatkan segala yang kita rancang terbantut. benarlah manusia itu hanya mampu merancang akan tetapi perancangan Allah lebih baik dan terbaik.

Bagaimana untuk Amal mulakan coretan ini ya?

Selalunya Amal akan menulis coretan awal dalam bentuk draft di Ungu Bungu (nama untuk laptop kesayangan). Tapi kali ini, lain sikit.

Bismillah...

16 Mac 2018
Bangun pagi, bersihkan diri, tunaikan solat dan aktiviti rutin sebelum pergi kerja macam biasa. Biasalah kerja dengan budak-budak. Sebelum balik tu, badan Amal dah rasa lain macam...panas2 badan macam nak demam dan mula sakit dekat tangan.

hmmm....takde apa kot. dalam hati fikir takkan kena demam denggi lagi (boleh baca diari demam denggi). lebih kurang pula simptomnya. Amal biarkan rasa tu 2 hingga 3 hari. Hari ke4, Amal dah tak boleh nak lawan sakit tu, merebak sampai kaki dan setiap sendi badan. Gigihlah Amal pergi ke klinik dan doktor diagnos radang sendi dan puncanya mungkin kerana jangkitan kuman atau antibodi yang serang sendiri. Tak kisahlah doktor...cakaplah apa pun..masa ni, Amal nak naik motor pun tak boleh, badan Amal benar-benar sakit.

1 April 2018
Amal tak boleh nak berjalan, tak boleh berdiri. Perasaan ni benar-benar sama masa kemalangan dilanggar motor, takut akan kehilangan nikmat kaki. Alhamdulillah masa tu cuma retak tulang kaki, sejak tu tak mampu nak jadi atlet sekolah. Lumba lari ke, merentas desa ke..Amal masuk tapi selalunya nombor terakhir. Kalau cikgu tak bagi masuk pun, sibuk nak masuk sebab nak rasa nikmat berlari walaupun tak segagah kawan2 lain. eh tiba masuk cerita lain...sorry.

okay, sebabkan Amal duduk dengan kawan2 di Bangi. Jadi, Amal balik Sekinchan sebab Amal tak nak susahkan kawan serumah nak tolong pimpin naik turun tangga bagai. Walaupun sebenarnya masa sakit ni banyak menyusahkan diorang. minta maaf dan berjuta infiniti terima kasih.

Masa dekat rumah, kalau Amal nak bergerak...Amal terpaksa guna kerusi roda dengan tongkat kaki yang kena peluk kiri kanan tu. Sebenarnya kan masa ni, bukan sahaja fizikal sakit tapi emosi Amal dah tak stabil. kejap-kejap menangis, kejap-kejap menangis. Bukan apa, sebab kita dah besar...sihat wal afiat tiba-tiba jadi macam orang yang tak guna pula. Mula-mula sakit tu memang tak boleh nak terima. Semua benda nak kena minta tolong orang...sedih sangat. Rasa diri ni menyusahkan keluarga.

Tapi lepas Mak pujuk Amal dengan kata-kata yang damai lagi melembutkan, perlahan-lahan Amal cuba terima. Sesekali ujian Allah menyapa. InsyaAllah pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

1 Mei 2018
Bila dah sakit ni, tempat paling kerap dilawati tentulah klinik dan hospital. Kena cucuk jarumlah, ambik darahlah, makan ubatlah, terapilah, temujanjilah...dan aktiviti biasa bila orang sakit. Takkan tak nak sembuh. Itulah sampai bengkak tangan bekas kena cucuk.

Hampir sebulan Amal sakit, itulah dugaan semasa sakit. Dari solat sempurna, atas kerusi, hingga solat duduk atas lantai, tak dapat nikmat solat macam selalu tu. Huhu... Paling sakit bila nak tidur dan bangun dari tidur nak solat subuh. Rasa diri ni cukup-cukup lemah. Ada satu ketika masa anak buah minta di dukung, Amal menangis je sebab tak mampu nak angkat dan dakap dia...muka dia pelik je tengok mak ngah dia tak nak angkat. Ditambah lagi rasa sakit semasa orang bercakap perihal kita di belakang dengan menduga-duga tanpa bertanya. lagi sakit bila orang cakap kita ni nak mati. Tolonglah...kalau nak melawat orang sakit jangan cakap bukan-bukan depan dia. Cakaplah perkataan yang elok-elok atau lebih baik doakan kesembuhannya.

*******************

Alhamdulillah sekarang dah bulan ogos kan?.

Segala puji bagi Allah yang menurunkan penyakit dan dia juga yang menyembuhkan. Alhamdulillah hari Amal menulis ni, hari Amal dah sembuh sepenuhnya. Dah boleh berjalan, melompat dan berlari. Tak sabar nak naik bukit. Sepanjang sakit ini singgah...macam2 ibrah dan pengajaran yang Amal boleh ambil darinya.

1. Allah tahu Amal kuat dan mampu, maka diuji dengan sakit yang Amal tak pernah terlintas boleh sakit begitu sekali.

2. Allah nak tengok tahap kesabaran kita pada tahap yang mana, masih boleh solat atau menyerah tak nak solat masa sakit.

3. Banyak nama-nama ubat yang Amal dah hafal berkaitan dengan penyakit Amal serta beberapa ilmu terapi fisio.

4. Dapat hafal banyak doa sakit dan doa kesembuhan.

6. Dapat rasa nikmat atas kerusi roda dan pakai tongkat kaki, bukan selalu orang nak usung kita. hehe.

7. Dapat memahami perasaan orang sakit, lagi-lagi yang kat wad hospital tu. Tapi bab makanan memang tak best!

8. Dapat cuti banyak, spend time with my beloved family.

9. Banyak kali pergi pantai, tenang kan fikiran.

di tepi pantai yg indah ku duduk sendiri




Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...