Wednesday, May 6, 2020

Dari Buku Notaku : Nikmat, Rahmat dan Berkat

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

.................


Salam Ramadhan Kareem semua pembaca blog Amal...

Syukur sangat pada Allah SWT yang masih memanjangkan umur Amal dan kita semua dalam bulan Ramadhan ini untuk meraih keampunan dan ganjaran pahala darinya. Okaylah, tanpa buang masa jom kita kupas sikit mengenai tajuk entry kali ini. Tajuk Amal dapat ni pun hasil dari perkongsian Ustaz Amin di Live Instragramnya setiap hari pukul 8 pagi. Suka sangat amal dengan perkongsian ilmu dari ustaz ini.


NIKMAT

Sesuatu yang memberikan kesedapan kepada manusia, apa sahajalah tidak mengira besar atau kecil, sedikit atau banyak. Kata ustaz bila kita diberikan ujian...kemudian kita rasa beratnya ujian ni,  kita ingatlah kembali nikmat yang Allah beri jauh lebih banyak.

Terdapat lima jenis nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita:

  • Nikmat asasiah 
    • contohnya seperti udara...tak pernah Allah minta bayaran
  • Nikmat badaniah
    • contohnya nikmat kesihatan
  • Nikmat akliah
    • contohnya ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup
  • Nikmat qalbiah
    • contohnya nikmat yang menyenangkan hati sperti harta, keluarga dan kawan2)
  • Nikmat Imaniah
    • contohnya ketakwaan dan ketaatan kepada Allah
Bagaimana cara nak mendapatkan nikmat Allah ni?
  • nak dapatkan nikmat Allah kena USAHA
Bagaimana nak kekalkan dan menambah nikmat Allah ni?
  • kena sentiasa berSYUKUR

RAHMAT

Rahmat adalah kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya...bila kita ada hajat, Allah akan tunaikan dan bila ada masalah, Allah akan berikan jalan keluar. Kita ni sebagai manusia sentiasa ada kelemahan dan melakukan kesilapan...untuk mendapatkan rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha.

Nikmat dan Rahmat Allah akan kita perolehi jika kita bersungguh-sungguh dalam perkara ini...

  • wajib-kena buat betul-betul
  • Haram-tinggalkan dan jangan buat
  • Sunat-diperbanyakkan
  • Makruh-usaha elakkan dan hindarkan
kalau boleh setiap pagi kita niat dalam hati kita begini
                 
    "Ya Allah, aku nak jadi ahli syurga...bimbinglah aku jadi baik"


BERKAT

Sesuatu yang menyebabkan pertambahan kebaikan. Apabila kita memiliki harta, dengan harta menjadikan kita semakin suka bersedekah. Semakin kita panjang umur, semakin baik dan soleh. Dengan keluarga pula semakin bertambah erat dan hidup semakin lama semakin tenang.

Untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup kunci utama adalah dengan menjaga ADAB atau kita panggil AKHLAK. kerana ianya merupakan sumber keberkatan. Adab orang yang berotak, mestilah di isi dengan ilmu. 


Kesimpulannya, sentiasa didik diri sendiri menjadi orang baik.. sebab apa kena jadi baik?
kerana hanya orang baik berada di syurga.






























Sunday, April 26, 2020

Rumah Mutiara Kata 29

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "Jernihnya Hati, Jernihnya akal"

huraian : dalam badan kita ada hati, hati manusia ni ada beberapa jenis. Hati yg bersih dan hati yg kotor. Hati bersih akan mendorong akalnya untuk bercakap yg baik-baik. Akan tetapi hati yg kotor dipenuhi dengan titik noda dan dosa akan mengakibatkan diri bercakap perkara yg sia-sia. 

Saturday, March 28, 2020

BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...


Baiklah Amal nak kongsikan teks syarahan olahan Amal Masa tingkatan 3 dalam pertandingan Tafsir (jumpa tengah kemas bilik) boleh ambil 100% atau nak tambah baik sangat dialukan.


BERBAKTI KEPADA IBU BAPA


Prolog
Yang dimuliakan saudari pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, tidak ketinggalan rakan seperjuangan dan para hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta keluarganya, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti jejak baginda sehingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah, beradanya saya disini pada hari ini adalah untuk mentafsirkan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Israk ayat 23 sehingga ayat 25 yang membawa kepada tajuk BERBAKTI KEPADA IBUBAPA.

 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُ وَبِٱلۡوَ ٰ⁠لِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا یَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَاۤ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَاۤ أُفࣲّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلࣰا كَرِیمࣰا)

[Surat Al-Isra' 23]

Bermaksud: Dan tuhanmu telah perintahkan sampai engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaanmu dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun 'ah'. Dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia iaitu (sopan santun). -ayat 23

(وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّیَانِی صَغِیرࣰا)
[Surat Al-Isra' 24]

Bermaksud: Dan hendaklah engkau merendahkan menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) "wahai tuhanmu! Cucurkanlah kami rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" -ayat 24


(رَّبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا فِی نُفُوسِكُمۡۚ إِن تَكُونُوا۟ صَـٰلِحِینَ فَإِنَّهُۥ كَانَ لِلۡأَوَّ ٰ⁠بِینَ غَفُورࣰا)
[Surat Al-Isra' 25]

Bermaksud: Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu, kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahnya, maka sesungguhnya (Allah) adalah amat pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. -ayat 25

Hadirin hadirat sekalian,

Tujuan utama Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kepada umat Islam seluruh dunia untuk diamalkan apa yang terkandung di dalam ayat Al-Quran tersebut. Daripada diatas jelas menunjukkan bahawa kita perlu BERBAKTI KEPADA IBUBAPA.

Ada tiga cara menghormati kedua ibu bapa.
1. Bersopan santun semasa bertutur dengan mereka dan sentiasa menjaga perasaan mereka supaya tidak tersinggung.
2. Mendoakan mereka agar diampunkan Allah didunia dan diakhirat.
3. Menziarahi mereka, menghormati dan memuliakan sahabat-sahabat mereka.

Kenyataan ini dapat disokong dengan sepotong hadis Nabi Muhammad SAW.

Bermaksud:
Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah menunaikan solat pada waktunya kemudian berbuat baik kepada ibu bapa seterusnya berjihad pada jalan Allah.

Didalam surah Luqman ayat ke 14 Allah SWT berfirman 

(وَوَصَّیۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ بِوَ ٰ⁠لِدَیۡهِ حَمَلَتۡهُ أُمُّهُۥ وَهۡنًا عَلَىٰ وَهۡنࣲ وَفِصَـٰلُهُۥ فِی عَامَیۡنِ أَنِ ٱشۡكُرۡ لِی وَلِوَ ٰ⁠لِدَیۡكَ إِلَیَّ ٱلۡمَصِیرُ)

[Surat Luqman 14]

Bermaksud: Dan kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang bertambah lemah Dan menyusukannya selama dua tahun bersyukurlah kepada ku dan kepada kedua-duanya hanya kepada ku kamu akan kembali.

Cara BERBAKTI kepada mereka
1. Melayani mereka dengan lemah lembut agar mereka sentiasa gembira
2. Merawat mereka ketika mereka sakit
3. Memberikan Wang apabila mereka berada dalam kesusahan

Doa kepada ibubapa:

Bermaksud: wahai tuhanku! Ampunilah dosa kedua ibubapa serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.

Balasan kepada anak derhaka:
1. Allah SWT murka
2. Berdosa besar
3. Allah akan menurukan azab dan balasan buruk samada didunia atau diakhirat

Hadirin hadirat sekalian,

Anak yang taat kepada ibubapa akan mewujudkan keluarga yang bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga pula adalah pemangki hin utama kearah mewujudkan masyarakat penyanyang. Seterusnya akan menghasilkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara. Ketaatan anak kepada ibubapa akan menghasilkan keberkatan hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Kesimpulannya atau pengajarannya daripada surah Al-Israk ayat 23 sehingga ayat 25 ini adalah kita perlu patuh dan taat kepada ibu bapa. Banyakkan berdoa untuk kesejahteraan mereka selepas bersolat dan terakhir berbakti kepada kedua ibubapa dengan sebaik-baiknya. 

Sampan molek dari kelapa,
Pagar sopan kolek tidak,
Berbuat baik kepada ibubapa,
Agar amalan ditolak tidak.

Sekian.




Friday, March 27, 2020

Saya Gadis Banjar : 10 PERKATAAN BERMULA HURUF 'B'

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

-------------------------------------------

Baiklah semua, berkesinambungan daripada entry lalu iaitu Saya Gadis Banjar:10 Perkataan Bermula huruf 'A', jadi hari ni Amal nak buat pula perkataan huruf B. Tak tahulah kalau Amal 'rajin' sangat nak buat sampai huruf Z. Memandangkan statistik carian dalam blog ni, inilah rating tertinggi setakat hari ni.

Okay semua!. Jom mulakan pembelajaran kita hari ni.

1. Badadas

Perkataan badadas ni maksudnya adalah tergesa-gesa ataupun nak cepat. Arwah nenek Amal selalu guna perkataan ni bila nak marahkan cucu dia suruh cepat sikit pergi bendang. Biasalah kami adik beradik, bila nak buat kerja di bendang ada sahaja alasan nak lambat-lambat turun...tu yang kena marah suruh badadas sikit turun ke bendang. Dapat dah maksud badadas?. Boleh lah guna perkataan ni kalau nak suruh sesiapa cepat-cepat.

2. Bagaya

Bila nak sebut perkataan bagaya ni, Amal sarankan korang kena tekan sikit dekat perkataan hujung sekali. Jangan sebut ya tu macam jawi ي (ya) tapi tambah 'k' di belakang. Bunyi dia akan jadi bagayak. Apa maksud perkataan ni? maksud perkataan bagaya adalah bergurau. Adik Amal memang suka bagaya dengan gaya badan sekali. "macam ni ke?...macam ni ke?...jari diletik-lentikkan. Kanak-kanak riang betul...padahal dah tingkatan 5 adik Amal ni.

3. Bagana

Haa, yang ni macam perkataan bagaya kat atas tu kan. Bezanya cuma pada perkataan na. Bagana ni maksudnya tinggal. Selalunya orang banjar kalau jumpa kulaan iya...mesti akan tanya macam ni.

"dimana ikam bagana wayahinik?"

maksudnya

"dimana awak tinggal sekarang?"

4. Bahaul

Nak sebut perkataan ni ba.ha.wul. baru jadi. perktaan ni lebih kurang macam aruh juga. Tapi aruh lebih besar dan umum. Aruh maksudnya kenduri, boleh jadi kenduri kawin. Tapi untuk bahaul ni orang banjar tahu ianya memang khas untuk kenduri arwah. Jadi, bahaul maksudnya kenduri arwah. Yup!...betul tu. Cuba sebut ba.ha.wul.

5. Bahari

Amal suka perkataan ni. Tahu tak maksudnya apa?. Maksudnya adalah dulu-dulu ataupun waktu lama. Orang tua suka guna perkataan ni bila mereka nak bercerita kan. Tahulah kita, zaman waktu kecil-kecil atuk dan nenek.

"amun bahari ni hiih, kakanakan...."

6. Bahimat

Bahimat ni maksudnya bersungguh-sungguh ataupun buat betul-betul. Tak boleh buat main-main. Tapi kan, masa arwah nenek Amal ada dulu, pernah nenek marah Abang Bain sebab buat kerja tak berehat. Arwah nenek kata jangan bahimat sangat nanti semput. Abang Amal tu ada lelah pasal tu nenek tak bagi buat kerja straight tak berhenti. Nak buat boleh...tapi berhenti sekejaplah...then sambung balik.

7. Bahambur

Bersepah, berterabur tak bersusun. Inilah maksudnya bahambur. Kalau nak cakap sangat-sangat bersepah, tak kemas dan macam tongkang pecah boleh lah tambah 'an' di belakang perkataang ini untuk menunjukkan betapa teruknya keadaan ketidak kemasan itu. Bahamburan!. Ha! dapat perkataan ni dengar kat telinga memang sakit...tapi lembut lagi. Orang banjar memang lembut (rolling eyes guys....)

8. Bagamat

Hmm...perkataan ni macam sama dengan gayur. Tapi bagamat ni lagi bagus kot kalau nak cakap orang tu buat kerja slow. Bukan maksudnya lembap bila buat kerja...tapi maksudnya orang ni buat kerja teliti. Dia perhatikan satu-satu dan tidak cincai bila buat kerja. Haa!...lebih kurang macam apik, Amal ada sebut perkataan ni dalam entry lalu. Apik ni cermat. Bagamat pula teliti. Gayur pula lambat.

9. Bagirap

Maksud perkaataan ni adalah bercahaya, bersinar-sinar. Boleh lah kalau nak kata tudung yang dia pakai tu bagirap. Biasalah tudung yang banyak manik-manik tu. (Amal sakit bahu lah nak taip...tapi Amal tak nak stop lagi, jap sikit lagi)

10. Bahinak

Amal ringkaskan maksudnya adalah bernafas. Tapi bernafas laju atau kuat. sebab tu orang cakap bahinak. Ini apa yang Amal pernah dengar masa arwah nenek Amal cakap dulu. Pernah dulu, masa Amal sekolah rendah mak Amal jatuh sakit yang tenat sampai ayah Amal waktu tu menangis dekat sebelah mak Amal. Sampai sekarang Amal ingat moment itu.

okaylah...

Amal tak larat dah nak tulis. Amal sakit bahu. Tak tahulah kenapa tulang bahu Amal ni sakit sangat. Makin hari makin sakit. Makin mencucuk-cucuk. Tapi...Amal sangat suka menulis.

Bye. Terima kasih semua.







Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

........….…

Sebelum Amal menukilkan pandangan di sini, ingin Amal nyatakan banyak sumber laman sesawang berkaitan isu Covid-19 daripada kerajaan antaranya Portal Rasmi KKM dan laman sesawang rasmi yang lain untuk melihat statistik, zona merah dan sebagainya untuk langkah-langkah pencengahan keselamatan mahupun kesihatan.

Tapi, ingat...just stay at home. okay!



Dalam infografik tu adalah waktu semasa Amal tulis nukilan ni. Apapun boleh kemaskini segala maklumat dari semasa ke semasa. okay!

Masa Covid-19 menular, kalau ikutkan Amal memang tak tahu apa-apa. Amal takde sumber maklumat yang betul-betul. Hanya sekadar dengar-dengar dan Amal tak ambil peduli langsung sebab situasi Amal ketika itu. Nama virus Covid-19 ni pun Amal tak tahu. Amal tak berbual dengan siapa-siapa, tak tengok tv, tak baca surat khabar, tak tengok YouTube, takde facebook, takde instagram, takde twitter dan tak buka google. Memang Amal putus langsung dengan dunia luar.

Sampailah diri Amal (macam baru sedar dari koma) kembali semula ke pangkuan keluarga pertengahan Mac. Ketika itu, Amal menonton tv di ruang tamu rumah Amal. Amal melihat siaran berita tentang larangan mengerjakan umrah.

"Eh, Mak...tak boleh buat umrah?...kenapa?" Amal tanya dekat mak sebab sangat pelik. Tak pernah tak boleh buat umrah.

"kan virus Covid-19, virus ni bahaya boleh bawa mati" mak Amal jawab

Amal tak tanya lebih lanjut dekat mak. Amal diam dan meneruskan aktiviti termenung. itu jelah aktiviti menarik yang Amal lakukan ketika balik dirumah.

Ayah Amal tak putus-putus bercerita tentang Covid-19 dan beliau berkata yang kilang tempat kerjanya akan ditutup sebulan. Tapi, ayah kata tunggu pengumuman rasmi dari Perdana Menteri. Kalau nak cerita pasal Perdana Menteri yang baru pun Amal tak tahu...kelakar sungguh.

okaylah.

Pada hari rabu bersamaan 18 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari dengan tujuan untuk mengekang wabak ini terus merebak di kalangan masyarakat. Semua orang kena duduk rumah masing-masing dan jangan pergi mana-mana. Bukan apa takut korang tu pembawa virus.

Walaupun maksudnya kerajaan suruh untuk 'berkurung', tapi Amal bersyukur ini lebih baik. Sebab Amal berkurung dengan kelarga. Mak, ayah dan adik-beradik ada bersama dalam 'kurungan' ini. Tak kisah kalau dikurung sebegini. Amal happy sangat walaupun mimik muka Amal tak menunjukkan riak senyum dekat diorang.

Eh, tambah lagi 14 hari sehingga 14 April 2020. Selagi wabak ini belum dapat diatasi...selagi itu kerajaan tidak boleh memberikan kata putus.

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha menjaga diri dan keluarga masing. Buatlah aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat bagi yang masih sihat walafiat ni. Hargailah masa yang Allah berikan ini...

Hakikatnya semua manusia sedang diuji dengan musibah ini, cuma nya khas untuk yang ahli keluarga dipilih Allah menghadapi wabak ini secara langsung...Amal doakan semoga korang tabah dan banyakkan bersabar ye. Semualah...Amal nak cakap.

Inilah masa terbaik untuk kita luangkan bersama keluarga. Luangkan masa untuk diri sendiri. Luangkan masa dengan Allah. InsyaAllah...moga Allah ampunkan semua dosa kita yang lalu, sekarang dan akan datang.

Allah sayangkan hamba-hambanya yang bersabar dan bertaubat.















Thursday, March 26, 2020

Rumah Mutiara Kata 28

Nota: sumber bacaan ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.

      "peluang adalah pilihan, kita yang pilih peluang itu"

huraian : Setiap daripada kita diberikan peluang, peluang untuk memilih. Memilih yang baik mahupun yang buruk. Peluang dan pilihan itu sentiasa ada terbuka luas. Kita yang akan menentukannya. Seperti kata adik saya yang bernama Farhana, dia kata kalau kita diberikan antara sebiji epal yang buruk dan sebiji epal yang elok, kita yang ambil pilihan untuk menentukan yang baik mahupun yang buruk. sekian. jaga diri ye. 


REFLEKSI : KU LUAH DENGAN TULISAN

Nota: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang terkenal dan sudah sedia ada. Jika ada yang kurang dan salah, sudi-sudikan menegur saya.






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah...moga Allah SWT memudahkan segala urusan kita hari ini dan seterusnya...

........….…


Ketika Amal sedang menulis nukilan ini, seluruh dunia tidak terkecuali negara kita sendiri Malaysia sedang dilanda pandemik Covid 19 atau dikenali Corona Virus 2019 yang boleh menyebabkan kematian kepada individu. Tapi, Amal bukan nak bercerita tentang itu...

Entry Covid 19 Amal akan tulis khas nanti.
ingat...just stay at home. baca je apa yang Amal nak luah ni.

Amal hanya nak luahkan apa yang berlaku pada diri Amal sepanjang 'kehilangan' Amal dari seluruh dunia sosial media (Blog, Facebook, Twitter, Instagram, You Tube) dan dunia Amal sendiri (Keluarga, Kerja, Sosial).

Ramai yang cari, ramai yang tanya. Bukan senang Amal nak cerita apa yang berlaku dan Amal tak boleh nak ceritakan semua. Amal rindukan menulis. Terlalu rinduuuuuu. Salah satu ubat untuk Amal hilangkan kerinduan menulis ini...

yup! pastilah dengan menulis.

kali terakhir entry Amal di Blog ni adalah pada 18 Mac 2019 kan?

maksudnya...sudah setahun Amal tak menulis sebarang entry di blog ni, sebab terlalu banyak peristiwa 'berat' yang berlaku pada diri Amal. Sehingga semua hubungan berjaya diputuskan. Tapi...satu hubungan yang takkan berjaya diputuskan.

Hubungan Amal dengan Allah.

Alhamdulillah...hari ni Amal dah boleh pegang Laptop. setahun Amal tak dapat pegang. Amal rindukan Laptop Amal.

okaylah. Amal nak luah ni.

---------------------------------------------------------------------------------

Amal sakit.
Sangat - sangat sakit.

Amal memerlukan pertolongan dan doa kesembuhan daripada semua orang. Amal tahu sakit Amal tak seberapa dibandingkan dengan orang lain yang Allah uji.

Tapi Allah sedang uji Amal dengan 'sakit' ini.

Tak pernah dalam hidup Amal akan terbayang di uji dengan sakit yang sebegini. walaupun sebelum ' ini Amal pernah menulis tentang nikmat sakit 1 dan nikmat sakit 2 dalam blog ni. Tapi 'sakit' kali ini adalah totally lost dan Amal kena bermula dari zero semula untuk hidup Amal. Amal dah tiada kerja, tiada perniagaan, tiada kawan-kawan, tiada duit, tiada simpanan, tiada phone, tiada kereta, semualah.

K.O.S.O.N.G

Allah bagi Amal rasa semua apa itu erti 'SAKIT'. Sakit yang dulu bukan sakit sebenar. Allah cuma bagi Amal sebulan tak boleh berjalan. Kali ni Allah bagi Amal setahun atau mungkin selamanya sampai mati.

sampai mati Amal. sampai mati.


menggigil...

nota:

Alhamdulillah....Allah sayang Amal. Allah selamatkan Amal. Tapi untuk makluman semua...Amal memang dah tutup sementara semua akaun sosial sebab Amal perlukan masa untuk sembuh dan tak nak berhubung dengan mana-mana atau sesiapa. Hanya orang tertentu sahaja.  Amal dalam proses sembuh, jadi Amal cuba sikit2 bercakap semula dengan ahli keluarga, sebab sebelum ni amal susah nak bercakap. Amal macam dah lama tak jumpa orang dan tak bercakap dengan orang. Salah satu cara nak berkomunikasi dengan Amal pun tulisan. Amal hilang minat untuk buat semua benda. untung sahaja Amal masih minat menulis. Hari ini Amal okay, sebab tu boleh menulis agaknya. Tapi pastinya gaya tulisan Amal ni sudah berubah. Slowly but surely... InsyaAllah.















Ucapan Hari diLahirkan

No ta: sumber mutiara kata ini dipetik dan diambil dari hasil pembacaan dan pengalaman penulis sendiri serta dari penulis mutiara kata yang ...